Saturday, June 24, 2017

A new one, please?

1438H,

Ramadan kali ni terasa singkatnya.

Sedih sebab rasa macam tak hidupkan sangat pun Ramadan tahun ni dalam diri.

Macam mana kalau ini Ramadan yang terakhir?

:'(

"Eh Shahizan, apa je kau dah buat sepanjang Ramadan ni?"


Takut sangat kalau hati ni dah mati.

Sangatlah berharap dan berdoa Allah kurniakan hati yang baru bila keluar dari bulan Ramadan ni.

Hati yang hanya mencintai Dia.

Hati yang sentiasa bergantung harap pada Dia.

Yang benar-benar bertawakal dan meletakkan kepercayaan yang tinggi dalam mewakilkan Dia atas segala urusan kita.

Hati yang bersih dari segala penyakit hati -- Hasad, dengki, riak, ujub, takbur.

Yang hanya melihat kebaikan pada segala kejadian.

Hati yang mencintai dunia hanya keranaNya.


Ya Allah, aku mohon.

0123 hrs, 30 Ramadan 1438H


ps: May Allah grant us to see many more Ramadan


No comments:

Post a Comment

Have you said Alhamdulillah today?