Monday, August 14, 2017

Attachments

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah, pre-departure programme (JOM - Journey Of A Muslim) diizinkan untuk berjalan dengan lancar jumaat-ahad lepas. 3 hari 2 malam di UPM and I was expecting myself to do some technical stuff on that day. Media on the ground - jadi tukang tangkap gambar ke apa. Tapi selepas dibincangkan beberapa kali dengan ketua faci, akhirnya kena jadi full-timer faci hahaha

Btw, I'm ok with that. Sami'na wa ata'na dan memang ada plan untuk menyibuk dalam mana-mana group dan mingle dengan peserta pun kalau sepanjang JOM kena buat kerja teknikal uhuhu

But, being Shahizan -- I need to bring my own camera everywhere. Walaupun bukanlah ditugaskan untuk menjadi photographer. Tak tahulah kenapa, tapi rasa selamat bila ada camera bersama. Selamat yang macam mana tu tak taulah nak describe. Bukan selamat yang macam camera tu bagi perlindungan ke apa. Astaghfirullahalazim bukan begitu maksud ana sisturs sekalian.




Contohnya, dulu selalu kena marah sebab motor parking tepi tong sampah pun nak ambik gambar. Hmph I kennot expecting someone to get that kind of gambar pelik for me. Jadi solution-nya adalah pergilah tangkap gambar tu sendiri. Bahasa mudahnya: I don't wanna miss any moments perhaps (; 

Rasa secured dan puas bila kita sendiri yang tangkap gambar, kita tahu gambar macam mana yang kita nak, dari angle dan perspective bagaimana etc. Walaupun tidaklah lawa mana gambar yang diambil tu hahaha tapi tetap merasai kepuasannya.


"But I'm afraid if that could be my attachment...



Jadi tak hairanlah ada satu ketika DSLR yang digunakan bertahun-tahun lamanya rosak tiba-tiba. Tak terjatuh atau masuk air pun, tiba-tiba je. Nak hantar pergi kedai pun macam... hm tak payahlah. Harga dia mungkin boleh dapat satu camera baru. Siap tanya orang, google dan tengok youtube nak baiki balik tapi tak berjaya. Nak beli baru pun tak adalah kaya mana.

Setahun lebih memang stop untuk tangkap gambar sana-sini. Masa tu pulak guna phone cikai yang camera dia Allahu tak function pun :')

Tapi Alhamdulillah, itulah tempoh yang sangat membersihkan. Tempoh untuk muhasabah yang "janganlah attach sangat dengan camera Shahizan oii"

Waktu tu teringat yang sendiri pernah minta pada Allah, if I have any attachments upon anything please jauhkan dari diri. Tak lama lepas tu camera rosak huhu terus muhasabah dekat bucu katil. Nak sedih teruk pun tak boleh sebab kita sedar Allah sedang makbulkan permintaan kita. Patutnya bersyukurlah kan sebab Allah dengar doa kita.


Nottingham and its cleanliness- Waktu ni dah tukar phone hehe

Cerita attachment tentang camera ni mungkin nampak kecil sebab for certain people, it's just a camera at the end of the day. Tak reti sangat pun nak define attachment ni macam mana. Tapi kita sendiri akan faham yang kita sangat suka benda ni reasonnya bukanlah kerana Allah. Bila rasa dah betul-betul bersedia then baru lah beli camera baru (hahaha beli jugak akhirnya di uk sebab rasa affordable bila beli dekat sana) 

Kisah camera ini adalah contoh yang paling kecil, mudah dan ringkas untuk dijelaskan. Marilah lihat dalam skop yang lebih besar -- Tentang rezeki kita. Especially student yang tiap bulan dapat elaun dari sponsor ni.

Boleh jadi tanpa sedar kita sangat attached pada sponsor untuk bagi duit makan. Kita terlupa minta pada Allah untuk cukupkan keperluan kita. Sebab tiap bulan hidup senang ada sponsor bank in duit (esp elaun student yang dekat uk ni huhu). Pada ketika itu attachment kita pada Allah dalam memberi rezeki jadi tenggelam timbul. Kita tahu je tapi terlupa. Biasalah manusia.

Sebab Allah sayang dan nak ingatkan kita balik lah kita mungkin akan diuji dengan keadaan elaun yang tiba-tiba lambat masuk. Sebulan lewat misalnya. Masa tu kita akan sedar yang mencukupkan keperluan kita hanyalah Allah. Contohnya, pertolongan Allah yang datang dari arah tak disangka-sangka -- tiba-tiba ada senior hantar makanan lah, pinjamkan duit lagi, support sikit-sikit. Masa tu kita akan sedar yang untuk survive sebulan tu bukanlah pada elaun yang sponsor bagi semata-mata.


Mayfield Alpacas, Sheffield

Banyak lagi kisah-kisah mereka dekat luar sana yang aku tahu sangat hebat ujiannya. Bila Allah benar-benar mahu detach dia dengan benda-benda dunia yang selama ini menjadi pergantungannya. Ada yang diuji dengan keluarga, kawan, kewangan

Kenapa semua bermula dengan huruf 'K' ni? Kamera? Hmmm

Selingan: salah satu perkara yang dimuhasabahkan tentang attachment kepada kawan ni ialah bila member kmb yang kita rapat semuanya fly ke negara lain. Semua. Tak ada sorang pun atleast ke UK ;( huhu yang ni memang sakitlah proses pembersihannya. Ambil masa yang lama juga untuk pulih

Tak salah pun untuk menggunakan segala apa yang ada di dunia ni. Cuma janganlah hingga kita larut dan bergantung kepadanya lebih daripada pergantungan kita pada Allah.

Dan Allah uji sebab Allah tahu kelemahan kita di mana. Bukanlah ujian untuk melemahkan lagi, tapi menguatkan pada masa-masa akan datang.

Mungkin lepas ni kalau pergi mana-mana dan kamera tertinggal dekat rumah atau battery run out tak tentu pasal, diri ni boleh menjadi lebih tenang dan tak anxious seperti dahulu hehe.



Moga satu hari nanti kita pulang  ke sisiNya beserta Qalbin Saliim


No comments: