Saturday, June 07, 2014

Buat yang bertanya


Assalamualaikum hai hai helloooo buat yang tertanya hala tuju aku sekarang (masalahnyaaa ada ke?) hahahahahahaha

Dah ready nak baca? Panjang ni. Cehhhh pernah pulak buat post tak panjang kan ehmm (garu dagu) tapi ni serius panjang. Kalau bosan tutup lah sambung baca esok HAHAHA Takyah baca pun tak apa. Entri ni pun serba-serbi apa yang berlaku pada diri lately dan kepada yang tertanya sekarang aku study mana.

Nota: Yang tak habis spm mesti susah nak hadam apa yang akan diceritakan nanti kahkah bukan apa sebab aku dulu pun fikir spm je. Memang tak ada idea pasal asasi, A-level mahupun IB kehkeh Tapi sekarang....


Ya yaaa, apa nak jadi lah manusia macam aku ni. Susah betul nak buat keputusan. Selalu kan dengar orang kata "Apply je biasiswa banyak-banyak. Biar tamak." Ingatkan susahnya berakhir sampai di situ. Rupanya nak buat keputusan pun susah! Memandangkan aku adalah sejenis manusia yang --

"nak beli warna apa?" - "tak kisah"

"malam ni nak makan apa?" - "tak kisah"

"nak kasut sukan baru tak?" - "tak kisah"

"sayur?" ------- "mmm taknak"


Nampak tak bahayanya manusia "tak kisah" macam aku ni. Kira macam hmm pilihkan je tak apa.  Hanya berpendirian tetap bila melibatkan sayur. Tapi takkan lah benda pasal belajar ni pun aku nak main "tak kisah tak kisah" lagi.

Asalnya memang tak kisah sampailah muncul sorang member ni pergi takutkan pasal A-level.... Aku mula berkira-kira "aaaaaaaa nak ambik yang manaaa?!"

Mujur member kira senasib juga. Ditawarkan benda yang sama. Jadi kami dengan jayanya buat perbincangan, senaraikan pros dan cons setiap tawaran. Kedua-dua tawaran di bawah JPA, kedua-duanya course engineering. Part ni memang nice lah kan sebab JPA pegang, setakat ni ramai cerita pengurusan JPA memang kemas.


kredit : Shafiqa

Hmm kalau pilih Korea. Nak ke Korea ni memang mudah. Gelabah je kan nak yang mudah kahkah takde lah mudah, persediaan dekat Malaysia 9 bulan. Kira kalau nak lari dari Malaysia cepat pilihlah Korea eh hehe. Pointer untuk menentukan berjaya atau tidak ke Korea tak silap JPA tetapkan 3.0. Setakat ni yang aku dengar majoriti memang berjaya lepas. 90% akan fly. Tapi belajar di sana tak mudah, tak mudah.

Biasalah dah kata Korea. Negara yang kureng jugak berbahasa inggeris ni kan. English aku yang tak seberapa ni pun boleh masuk kelas English level 5 dekat sana. Bahasa memang penghalang utama aku sekarang ni. Yaaa memang persediaan 9 bulan ada belajar bahasa, tambah setahun lagi belajar bahasa di Korea. Tapi tu belajar bahasa untuk komunikasi takat nak beli ikan, beli pen. Kalau masuk U sana, masak juga nak hadap term sains dalam Korea. Yang term sains dalam BM ni pun menangis jugak awal-awal F4 dulu.

kredit : Shafiqa

Dan banyak lagi kisah Korea untuk dibahaskan. Dengan sistem gila professor mereka. Dengan... oh ya faktor makanan jugak. Biasalah mana-mana pun susah nak cari yang halal. Sedangkan di Malaysia pun kedburi jap halal jap tak halal. Walaupun aku ni manusia yang tak berpendirian, tapi aku pasti satu benda. Aku suka makanan yang bergoreng. Nampak tak dah lari dari jiwa korea. Menangis kang kena makan yang rebus rebus ni.

Tak nak lah cerita lebih-lebih pasal Korea nanti member takut pulak nak fly. Annyeongggg!

Mungkin banyak juga dipengaruhi oleh Shafiqa. Dah dia selalu cerita yang buruk-buruk je pasal Korea -_- tapi ada juga yang best, dapat jalan-jalan. No doubt! sana memang lawa tapi bak kata Shafiqa "Kalau pergi UK pun kau boleh jalan-jalan" T^T



Hmmm kalau UK, penghalang utama adalah A-Level. Macam dikatakan awal-awal tadi, mula-mula memang tak kisah. Tapi bila datang member bukak cerita secara seram-seram, aku jadi.... Jadi ahhhhh nak masuk UM balik boleh tak? (menangis hempuk kepala kat dinding) tapi hari pendaftaran UM dah berlalu.

Persediaan dekat Malaysia 2 tahun. Nanti kawan yang ke Korea dah fly tapi nasib aku ni belum lagi ditentukan sama ada lepas ke tak A-Level ni. Tak ke jeles tengok gambar kat stegram dia nanti. Tak ke?!! Nak tak nak mesti akan terdetik, "kalau tak aku mesti dah kat situ" --- bahaya ni. Biasalah iman tak kuat mana sobssss.

Bila tanya seniors memang ternyata benar apa yang member ku cerita tu. Chance nak lepas A-level memang tipis. Last batch yang fly pun 15% je. Fifteeennnnnnwhattt.... Selepas mendengar khabar ni hari-hari ku berlalu dengan perasaan malasnyaaa nak makan. Macam ni ke orang kata rasa putus cinta? Makan pun tak lalu kahkah.

Memang, memang ramai kata kalau rajin boleh lepas. Dan ada yang kata kalau dekat INTEC ni payah sikit nak lepas, tak tau lah kenapa haha sebab dekat dengan bandar kot susah nak fokus mmm ntah lah haha. Dan ada jugak yang kata kalau SPM boleh, A-level boleh punya. Cuma up sikit (sikit ke?) -- Hah kata-kata motivasi beginilah yang kita mahukan!


Tapi kalau lepas, dekat sana inshaaAllah belajar lagi mudah dari di korea. Bukan masalah syllabus lebih mudah no no susah jugak. Cuma kalau tak faham apa prof ajar, atleast buku rujukan bahasa inggeris. Boleh lah jugak nak stay up kan. Kalau korea sakit hati juga nak translate satu buku kalau study sorang-sorang. ber-double-triple juga tekanan. Kalaulah diri ni kpopers tegar mungkin kurang sikit stressnya.

Jadi setakat ni aku berpegang dengan pepatah bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Aku dah buat keputusan setelah istikharah, perbincangan ala-ala jayanya, ditambah dengan pendapat orang lain (yang tak ada sorang pun suggest aku ke korea) -_-

aku pilih untuk buat A-level tapi tak nak persediaan dekat INTEC. Demanding kan! hahaha. Padahal INTEC bilik lawa, kedai banyak. Cuma mmm tulah dengar macam-macam mitos kan haha Masa tu tak boleh download dokumen lagi. So tak tau pun mana tempat persediaan nanti. Boleh jadi dekat Kolej Mara jugak. Biasanya antara dua tempat ni je JPA akan hantar.

Masa tu ada beberapa hari lagi untuk terus berdoa supaya tak ke INTEC. So setiap kali hujan, waktu antara azan dan iqamat, lepas solat, hujan lebat, hujan rintik, tak kiralah - mesti! Mesti doa "Tolonglah bukan INTEC. tolong tolong tak nak INTEC..."



Dan semalam 4 petang dah boleh download dokumen segala bagai. Dan kemudiannnnn...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, doa hamba untuk tak ke INTEC termakbul! :')

Hamba ke Kolej Mara Banting! Rasa nak jerit sangat masa tuuuuu! Tapi sekejap je perasaan tu. Dan rupanya bukan buat A-Level!




Tapi IB

Sentap mak! Terus masuk bilik macam orang mati somi. IB ni berganda skerinya dari A-Level. Kalau A-Level pun aku dah macam gila nak buat keputusan. Tup tup dapat IB! (menangis dengan lebatnya)

Tapi tak lama, lepas tu ok balik. Sebab otak dah penat kot fikir pasal A-level. Cuma sebaklah bila orang acah-acah aku dengan IB ni. Kalau depan muka memang kena tumbuk dah.

Reaksi sentap ni 95% sama macam mula-mula aku baca surat masuk ke SABDA hahahahaha masuk bilik, call kawan. Keluar bilik macam tak ada apa. Tapi siapa bukak topik tu memang sebak dik sebak.

Takpa jom sama-sama muhasabah sat jom jom,

Selama ni Tuhan kasi aku senang. Alhamdulillah mudah nak belajar. Takkanlah aku nak sentiasa semuanya mudah. Bila lagi nak rasa susah? Jadi tiap kali lepas solat guwa tetap ucap rasa syukur walaupun bukan mudah sebab guwa bukan malaikat sobs. InshaaAllah aku yakin kalau aku bersyukur Tuhan permudahkan urusan belajar hambaNya.

untuk pengetahuan semua, IB dan A-level ni bukan kami yang pilih. Maksudnya JPA yang tetapkan sama ada UK atau US. A-level atau IB. Macam mana JPA tetapkan hmm tu aku musykil. Mungkin secara rawak, sekati dia lah kan haha. Apa pun Allah jugak yang gerakkan hati diorang.

Sebab Tuhan tahu mungkin aku takkan lepas A-level tapi aku boleh bawa IB. Walaupun IB ni payah dan memenatkan. Tapi semua benda pun susah. Tak boleh jugak kalau hidup nak senang je. Dan untuk course Engineering, JPA dah tetapkan A-level kena skor 15/15 untuk lepas, dan IB 36/45. 

Entri ni pun bukan semata nak bagitau engkorang mana hala tuju aku lepas ni. Tapi lebih kepada untuk Shahizan di masa hadapan. Bila masa aku rasa jeles dengan kawan dekat Korea atau menyesal dengan apa yang aku pilih, aku akan baca entri ni balik. Kenapa aku pilih jalan ni.

Psst, tapi jangan pulak terkejut kang tetibe ada entri meroyan sebab stressed belajar IB kahkah aku pun manusia. Doakan aku lepas IB fuhhh riso tetibe. Kalau tak lepas tak kisah pun stay dalam Malaysia (:


conversation dengan Farina suatu ketika 'aku ingat aku buat A-level' kahkah


Mujur ada member buat IB jugak. Boleh meroyan bersama nanti eh haha 


Dan member yang senasib dengan aku tu boleh tahan kurang ajar jugak. Sekarang dia tinggalkan aku sorang-sorang fikirkan masalah ni. Member tolak dua-dua tawaran JPA sebab dia dapat Tunas Potensi. Orang berpotensi ennnn hiew hiew congrats bro. Mekasih jugak kasi aku kusut selama beberapa hari.


34 comments:

D-SIM said...

" Rasa macam nak bunuh diri belajar IB, tapi tak cukup masa"

- IB students quote on uncyclopedia

NurFarinaAzwa (Y) said...

^ deep gila

Anonymous said...

Janganlah cerita pasal aku. Terharu sia…………

-ike-

Anonymous said...

Good luck sis
이 세상에서 흔들이지 않은 꽃이 어디 있으라? ~~~~~

-Shafiqa-

Shahizan Azmi said...

Kasar ni.... Kasar T^T takpelah sekurang-kurangnya IB tak akan membunuh (tak sempat)

Shahizan Azmi said...

Tenggelam lemas.

Shahizan Azmi said...

Tanda penghargaan buat aku kusut dan tak tentu arah.

Shahizan Azmi said...

Nanti jadi tour guide akuuuuuu!

twomakestirty said...

Rasa semangat pulak akak baca post cijan yang ni hahaha
inshaaAllah boleh :)

All the best cijan! and all zealots :D

Anonymous said...

KENAPA TAKNAK INTEC?! Ya Allah Intec is much more better than KMB. KMB buruk nak mampus. Ruang utk solat dlm bilik pun tak cukup sbb terlampau sempit. And you can ask ex-IB student.. berapa org je yg lps utk sambung ke luar negara. Kalau markah tak mencukupi, belajar di IPTS je jawabnya. Tapi masih di bawah tajaan JPA. *IB DUA TAHUN

Iliana Yusoff said...

Salam. Hey i saw your comment on my blog chatbox. Haha. All the best doing IB! I tell ya, memang penat tapi penat tu kita takkan berseorangan, kita akan kongsi dengan kawan-kawan, so nanti boleh penat buat at least 2 lab reports every week sama-sama, boleh rasa blur sama-sama dalam kelas TOK, boleh enjoy sama-sama present IOP untuk subjek Malay A1 dengan English, and towards the end, boleh menangis sama-sama tengok grade TOK essay yang buat berulang-ulang kali, buat Extended Essay, buat World Literature, sampai la nak dekat final IB, tengok-tengok nama kita pulak yang naik untuk hantar Internal Assessment dekat centre IB, masa tu kejar-kejar nak baiki IA yang markah rendah sebab nak selamatkan markah satu batch. I tell ya, you'll face all this, but just take your time, enjoy every moment in it, especially during CAS. Ya Allah i really miss IB. No, not really, I am more to missing my old college, Kolej Mara Seremban. Haha. Anyway akak penah pegi KMB masuk pertandingan design bunting wakilkan KMS, and asrama kat KMB gilaa jauh dari ds. Haha terpanjang cerita pulak. Anyway, bittaufeeq wannajah!

Shahizan Azmi said...

Thanks kak miraaa ^^ hahaha

Shahizan Azmi said...

Hahahaha ya Allah kelakar rasa nak like comment ni ;D bukan taknak INTEC... cuma hmmm ntah lah hehe biasalah saya ni kan manusia yang mudah dipengaruhi sobs (sbb tu lah kot Tuhan hantar masuk pedalaman T^T)

INTEC memang lawa no doubt! banyak kemudahan, bilik selesa, senang nak pergi kedai berbanding dengan kmb yang... (mashaaAllah) 8km baru jumpa pekan, kelapa sawit everywhere T^T hehe ohhehemmmm i see tak ada beza intec dgn kmb ni sebenarnya haha hakikatnya bergantung pada diri masing-masing -- siapa rajin dia berjaya T^T takpelah saya redha JPA campak saya dekat KMB walaupun at the end saya mungkin masuk IPTS je hehe

Unknown said...

Good Luck at KMB..Fokus betul2 dekat Physic HL and Math HL..Becoz they'r killer paper! Don't worry, ramai je bdk engine my batch yang lepas overseas. Hv a nice day at KMB!!

Shahizan Azmi said...

Hyeee kak Azuwa! Glad to see my senior from sabda drop her comment here ^^ really appreciate it. InshaaAllah kak, i'll do my best! (:

fatin norsahida said...

awak , kita dapat tempat yang sama ! hehe , cuma kos yang lain. kita senasib, tak expect pun nak dapat IB and ramai pulak yg momokkan kata IB susah gila but ramai yang support esp family. Bila baca entry awak terasa macam kita berada di kes yang sama. Apeapepun salam ukhwah fillah sahabat! Semoga Allah pertemukan kita di bumi KMB ! ( *cheh, ayat skema! )

Shahizan Azmi said...

Eh hyeee hyee! ^^ medic eh? Moh leee kita sama-sama tempuhinya walaupun bidang lelain haha jumpa dekat kmb nanti ya! InshaaAllah ^^

Anonymous said...

Assalam. Congratz. IB bagus je. anak sedara dah fly pun ke ireland. Ala....sabda boleh survive, KMB pun sure boleh. See the bright side. InsyaAllah. All da best to u. Rajin2 update coz auntie nak folo u for my son's future jugak. Dia pun kemaruk nak buat engine.

Shahizan Azmi said...

Waalaikummusalam, thankyou auntie ^^ InshaaAllah kalau ada masa terluang saya update selalu (: all the best for him too ^^

Anonymous said...

Tq

Anonymous said...

Dont worry lah. As an A level student, I may not understand what IB students had to go through but one thing for sure is the fact that you'll be able to be a better person as the things that you have to do throughout IB will shape your personality and enhance your character(based from my very own IB friends in KMS). Trust me, two years aren't that long :)

Shahizan Azmi said...

Whoever you are, thank you for ur comforting words ^^

Anonymous said...

salam tumpang tanya.... yg ni you apply melalui JPA org melalui JPA-MARA ye?

Ainatul Mardhiah said...

KAAAAAAAAKK!!! WAA BANGGANYA!! Nak tanya, macammana nak a-level ke UK sbb thn ni JPA buat program ke jerman, perancis, jepun dan korea sahaja.

Ainatul Mardhiah said...

Oh, tapi cane boleh dapat IB ek? Bukan ke mohon JPA semua A-level. And dia suka suka hati boleh tukar gi UK ke? (I'm so sorry, saya ni lembab sikit)

Shahizan Azmi said...

sookay tanya je, akak jawab mana yang mampu ^^

Akak tak tau how it works now. But for JPAMARA, masa nak mohon they didn't make any options which programme we'll go to. Just pilih nak course apa and bound to where.

After the interview bla bla, they gonna rank all the selected students then they will decide which programme we gonna take. Maybe A-level, IB or ADFP. During my batch, the top 20 they sent to IB programme T^T *I just knew bout this*

But for MARA, kita boleh pilih siap-siap nak course apa, bound to where and what programme. Itupun 70% je kemungkinan untuk kita dapat apa yang kita mohon. Sebab classmates akak mohon medic but she got engineering. Mohon Alevel but now he takes IB. Sedih kan hmm.

Anonymous said...

haii. i reach here after searching 'susahnya buat ib'. bila terbaca part muhasabah diri tu, its motivate me. im going to start sem 2 this january but suddenly i feel like Ya Allah kenapa aku buat ib , aku tak mampu * sambil nangis lol. then bila baca ni yesss i got it please bersyukur. inshaAllah everythings going to be okay. baru sem 2 dah nak meroyan kan. anyway goodluck for final sem ib.

Shahizan Azmi said...

Hyee ^^ ur searching was so random btw hahahaha

if u searched "IB Senang", that will lead you to this blog as well -- way more positive kot dia punya keyword but the content still.... huhuhu (u kno how IB works kan *nangis jap*)

InshaaAllah my super senior cakap IB ni sangat membantu because it trains us to study macam orang gila with gila banyak workloads (that’s only ib student will understand tsk) sampai kita akan immune koff koff

Goodluck for you too kid ^^ InshaaAllah we’ll be the ib survivors

(If you happen to read this, may I know where are you studying currently?)

Ainatul Amin said...

It's much sadder when you know that JPA is low on money now and I am a JPA bound student 😂🔫

Shahizan Azmi said...

Doa banyak-banyak ya :'''')

Mohd Amin said...

Insya Allah :') Terima kasih..

Shahizan Azmi said...

Wasalam Kak Iliana, hope u're gonna notice this. Alhamdulillah, I managed to end my IB well ^^ and currently studying in Uni of Nottingham taking EE Engineering. Bila baca comment akak ni rasa nak nangis, semua yang akak describe tu semua betul and saya lalui kisah-kisah tu hahaha rasa kelakar je bila ingat balik the blur moments dalam kelas TOK, tak tidur malam nak prepare TOK presentation, IOP pun cemas kemain etc etc that only IB students kno hahaha Alhamdulillah I did Malay Literature for my EE ^^ tak ada lah main kejar-kejar sangat dengan advisor huhu ter-reply panjang pulak :p

nurzakirah96 said...

Sis,klau bi c+ boleh apply intec ke?

Shahizan Azmi said...


Ops sorry, don't have any idea about that. But, just give it a try! ^^