Assalamualaikummm, hai hai semua! Sejak dua menjak ni aku macam terkena sumpahan rajin, terasa macam rajin je nak menaip kahkah ntah apa kaitan. Lepas aku masuk KMB minggu depan mungkin 2 tahun lepas tu baru aku update haaaa tak ke lama tu. Ni macam balas dendam awal-awal pun ada jugak.
Sebab bila aku search pasal IB semuanya ditaip selepas diorang keluar, dah habis belajar. Tak ada yang taip saat-saat diorang masih dalam kolej. Senior aku yang tengah IB lagi ni pun, dulunya aktif dalam arena blogawan sekarang menyepi. Tahun depan dia mengganas balik kot haha. Jadi aku dah nampak dah apa nasib aku. Dah mula terasa kesibukan dia sampai nak meroyan pun tak sempat nanti. Kot.
Macam awal-awal tadi aku cakap yang aku terkena sumpahan rajin kan. Ate teman ada benda nak share dengan kome (pengaruh duduk perak 5 tahun ey) Tengah rajin nak buat review (dan tutorial) -- facepalm
Kan kadang-kadang kita ni pesen bila orang recommend baru nak merasa. Untuk klip video ni ntah macam mana aku terjumpa balik. Biasalah related video belah tepi-tepi tu kan. Walaupun terjumpa 'balik' perasaan dia sama macam aku mula-mula dengar dulu. Gituuu. First time aku tengok terus rasa...... Rasa...... Ok play lah tunggu pe lagi.
Sampai hati siapa yang terus scroll tapi tak tengok video ni sampai habis :'(
Mula-mula dengar amboi pop rock gila nasyid ni. Deras. Siap gitar piano drum amboi. Kotemporari. Tapi bila dah sampai saat dia cakap "ke mana hilang janji dan sumpah setia" terus layan hah hah
Klip video ni walaupun masa tu first time dengar, aku terus suka! Ntahlah nak rate berapa pun aku tak tau. Sebab lirik dia, kualiti video, plot cerita, nilai-nilai yang ada. Tak sia-sia diorang buat klip video ni. Padu betul mesej.
Tengok sepuloh kali pun tetap menyentuh hati. Paling tersentuh minit 3:43. Lahai aku nak check minit ke-berapa scene tu pun tersentuh lagi sekali haha hati tisu tul ey. Ok usha sikit lirik dia.
Bila dah jumpa lagu best dekat youtube lepas tu alamak mana nak download. Convert to mp3. Nak masuk dalam mp3. Alamak alamak. Lelagi kalau bukan lagu femes kan. Jadi ku selalu guna kaedah ni. Banyak je web lain. Tapi malas sebab serabut haha
1. Pergi web ni http://www.youtube-mp3.org/
2. Copy url vid yang nak di-convertkan
3. Paste, pastu convert video, pastu tekan download
4. Pastu pandai-padai lah hidup kehkeh
Gilalah, asal mudah sangat ni. Gila betul. Step 2, 3, 4 tu tak payah cerita pun takpe dah. Kasi link pastu pandai-pandai lah kan. Tapi sengaja nak kasi tau details. Kasi korang menyampah baca panjang-panjang. Alaa lepas ni mana ada masa nak taip panjang-panjang lolz.
Benda ni pun boleh di aplikasikan dekat telefon pintar masing-masing. Terus masuk simpan dalam folder mp3 korang. Nak jadikan ringtone pebenda semua pun boleh. Tapi aku selalu guna browser. Sebab kalau terus ke youtube app tak salah aku tak leh copy url. Ntahlah, aku punya tak hado. Kau punya hado?
Hahahahaha kelakar pulak sebab buat tutorial camni. Ntah asal semangat semacam. Sebab aku nak semorang download lagu ni dalam fon memasing. Mekasih. Tepuk tangan sikit.
Masjid Muadz Setiawangsa. Daftar percuma, pahala percuma. Ada kelapangan meh lah datang. Rasanya tak terlambat lagi bagitau haha sebab program ni esok tapi program mula pun waktu Maghrib.
No comments:
Post a Comment