Friday, June 13, 2014

Ramadhan di SABDA. Macam mana eh?

Assalamualaikum abang kakak adik kacak sekalian. Kalau rasa tak kacak nak jawab pun boleh. Tak salah pun. Yang salah bila tak konfiden dengan diri sendiri je. Oklah nak jadi ceritanya bulan Mei lepas ada jumpa kawan lama. Masa dah nak balik rumah sementara tunggu lrt datang, tiba-tiba kawan tanya,


"macam mana eh puasa dekat asrama? Jauh dari family? Tak boleh bayangkan lah aku masuk U nanti." 


Dia tanya dengan penuh keries, dah nak masuk U lah kata kan hikhik. Sebab dia pun tanya last minute. Dah nak balik pastu tanya soklan yang memerlukan jawapan yang panjang. Kalau nak aku cerita… panjang dia boleh buat lap peluh jap penat berfikir.


"Best lah best! Tak tau nak cakap best tu macam mana. Dapat makan ramai-ramai bla bla bla...."


Jawapan sependek mungkin sebab LRT dah sampai T^T maaf kawan. Pendek aku tu pun sebenarnya panjang jugak.


Di SABDA (dan dimana-mana asrama sekalipun) Ramadhan memang paling ditunggu-tunggu oleh manusia macam aku. Macam mana tu? Sebab sepanjang bulan Ramadhan riadah batal, prep petang batal, prep malam batal. Ya Allah syukurrrrr! K tu baru sedikit kegembiraan untuk orang pemalas macam aku.



Alahai excited lah kalau cerita pasal puasa dekat asrama ni. Berterabur dah cerita. Nak masuk dari mana ni?


Ok kalau bab makanan memang tak payah riso sebab dah tersedia ada. Tinggal rajin atau tak je untuk ke Dewan Makan (DM). Waktu sahur normal 4.30 sampai 5.30. Aku tau ramai dapat agak (tapi nak bagitau jugak) bahawa manusia ni memang awal-awal Ramadhan je turun makan sahur. Tengah Ramadhan sepi sikit. Hari terakhir sebelum balik raya meriah balik toksah cakap sampai lauk tak cukup. Tetibe. Nampak sangat makcik DM fed up masak lauk banyak tapi selalu tak habis. Bila dah jadi camni goreng telor mata kerbau je aih haaaaa




Suka turun awal-awal sebab lelaki tak ramai (atau sebenarnya mmg tak ada lagi) haha perempuan meriah waktu pukul 5. Perempuan terakhir menapak keluar dari DM baru ada segerombolan bebudak lelaki dengan muka tak basuh masuk DM. Untung laaaa boleh pakai kain pelikat dengan selipar jamban je. Kalau Ustad Mad turun padang... silap besar silap besar... Tengah makan pun boleh kena halau kahkah padan muka.


Nak banding dengan lelaki, perempuan memang lagi malas untuk turun DM. Yelah kami bukan macam laki  -- kain pelikat dgn selipar jamban je dah boleh turun DM. Geram betul kenapa kitorang tak boleh pakai telekung je. Maka asal dapat Hup Seng cicah Milo pun ok lah untuk sahur. Tips diet lol sangat.




Pergi sekolah macam biasa. Yang beza bila balik tak boleh lunch (amendenya nak lunch) dan terus masuk dorm. Ya Allah nikmatnyaaaaa! Tapi sejak prep petang memang dah dimansuhkan ((sejak tahun lepas)), nikmat "prep petang dibatalkan pada bulan Ramadhan" tak terasa sangat kahkah. Prep petang dimansuhkan ni memang sangat rare di mana-mana sbp. Boleh jadi bonus point kalau masih dalam consideration nak masuk SABDA ke tak.


Terima kasih kepada cecikgu yang berjuang untuk mansuhkan prep petang. Yelah, bebudak bukan belajar petang tu. Semua tidur mati kepanasan dalam kelas. Kalau belajar pun stressed je bising. Baik duduk dorm basuh baju, ya dak?


Kira waktu petang tu bebas. Kalau nak pergi kelas pun best sebab blok akademik tak ramai orang. Nak belajar tak bising. Aku harap tak ada yang buat onar dating waktu blok akademik kosong. Bulan mulia pun buat onar susah ahh cemni. Setan pun dah diikat. Bawak-bawak lah insap. Tu yang malas turun blok akademik lagi-lagi sabtu ahad. Eh.


Tapi kalau duduk dorm memang hangus lah lelap tak belajar lelagi tahun spm (berkata tentang diri sendiri). Ntahlah, belajar atas katil pun best apa. Kan? Cuma tak tahan lama lah. Lelagi dapat katil bawah kipas cam aku ni hahhh. Syurga.


Waktu lepas sekolah ni memang tak terkata kegembiraannya sebab dari pukul 2 sampai 6 petang tu free. Bukan senang ya nak dapat kehidupan free macam ni di asrama. 4 jam tak terikat dengan apa-apa. Nak basuh baju pun senang hati (ni lah point aku sebenarnya haha)


Ok kita dah sampai part paling menyeksakan "Ramadhan di sabda".




Waktu nak berbuka ni palingggg seksa. Tak tipuuu. Pukul 6.30 dah kena beratur. Beratur kalau barisan bergerak tak apa. Rupanya lauk tak siap masak lagi. Kasar. Masa ni boleh tengok tahap kesabaran masing-masing. Kitorang ni takde lah rajin sangat nak beratur awal. Tapi kalau kau datang 6.45 atau 6.50 memang panjang sampai terkeluar dari pintu DM. Masalahnya DM tak bukak lagi tapi bebudak dah kerumun depan pintu dah kenapaa?


Ada jugak kes waktu dah masuk tapi barisan panjang lagi, tak dapat makanan. Aku pun tak faham camne benda ni boleh jadi. Alah biasalah kawan jagakan line, nanti ada selit-selit tengah barisan tu. Senior ke junior ke sama je hahaha tapi aku tak tau lah bahagian lelaki kot kalau ada junior berani potong korang.


Tapi biasalah benda macam ni. Pandai-pandai hidup, pandai-pandai fikir. Macam kita tak pernah buat kan? Sekali sekala terkena balik tu senyum je lah gelakkan diri sendiri hahahahaha asal ayat redha sangat ni.


Bila dah masuk waktu tu suasana hiruk-pikuk terus jadi sunyi dalam masa 0.003 saat. Pantas tul. 7 minit yang pertama semua fokus makan. Pastu mula lah pertandingan siapa hantar pinggan dulu (engkorang dah kenapa) kahkah tapi standard lah selalunya muka sama je hantar pinggan dulu. Time nak hantar pinggan pun seksa jugak. Malas nak cakap, sebab bila bayangkan pun dah sesak nafas.


Waktu berbuka ni pun nikmat jugak. Dapat makan ramai-ramai. Iftar Jamaie. Rasa seronok! Ntah lah camne nak cakap seronok tu eh. Yang pasti bila dah keluar dari sekolah memang rindu nak berbuka puasa ramai-ramai macam tu. Ntah bila lagi nak rasa suasana macam ni. Kat KMB nnt kot eh koff koff




Lepas berbuka je memang rushing lah nak balik serama (dekat je tak sampai seminit) haha k ambik whudu' ambik telekung gerak surau. Maghrib isya' Tarawih. Bagi aku ni salah satu waktu yang berbaloi, sangat tak sia-sia masuk asrama. Surau pun dekat. Lepas tu kita ni dalam kawalan "kena buat tarawih 20 rakaat" kalau tak... kalau tak apa? Tak ada denda pun. Tapi takkan lah bila orang suruh buat baik kau nak rebel. Derhaka betul.


Dah nampak ke sebab kenapa prep malam dibatalkan? Yaaa betul sebab tarawih berjemaah ini


Haaa lepas tu balik dorm tak mampu nak buat kerja sekolah. Lepas tu kasi alasan dekat cikgu "sebab tak ada prep malam cikgu". Ini pun derhaka kasi alasan. Itu lah dugaaannya. Aku pun tak suka buat kerja dalam dorm. Nak pergi kelas pun tak suka. Ntah apa yang aku suka pun tak tau lah. Mungkin suka dalam menyalahkan syaitan. Tapi tulah Ramadhan pulak kan.




Ramai tertanya macam mana rasa berbuka dekat asrama. Tapi dari Ramadhan tahun lepas aku tertanya "macam mana lah nanti rasa dah tak berbuka dekat asrama." Dah 5 tahun hidup begituu T^T


Rupanya Allah hantar aku pergi KMB. Di mana tak jauh beza pun dengan SABDA, ada kelapa sawit, ada dewan selera jugak ^^ ahh haha chill lah Jan.


12 comments:

blowie said...

KMB tu mende weh?

Shahizan Azmi said...

Kolej Mara Banting (:

Unknown said...

banyak jgk ubah regulation kt SABDA rpenye... ^__^

Shahizan Azmi said...

Aah, tapi dedulu tetap lagi best sebab peraturan tak ketat macam sekarang haha :D

sabmeera said...

so akhirnya prep petang dah takde la eh? best ah mcm tu :) asal macam masa zaman kiteorg je horror ni :O

Shahizan Azmi said...

TAK ADA :D Tapi ntah lah tahun-tahun akan datang macam mana. Sebab kalau jemaah Asar merosot (ramai tidur mati hehe) mungkin diwujudkan balik prep petang (:

hamidah96 said...

Makan x de DM pun payah jgak Jan, sbb x tahu nak makan apa. Duit pun keluar je memanjang. Tu pun parah

Shahizan Azmi said...

Hehe itu lah bersyukur sangat makanan dah disediakan :') Bestnya Ida dah ada pengalaman macam mana nak uruskan duit beli makanan

Unknown said...

Nostalgic abes

Unknown said...

pinggan jatuh bederai masa letak tu takde.. hahaha����

Shahizan Azmi said...

Hahahaha ya Allah yang tu pun, kalau boleh nak hantar awal-awal sebab taknak jadi punca pinggan bertingkek-tingkek jatuh berderai

SpAngA said...

Nostalgia sungguh....huhuhuhu