Friday, May 16, 2014

03. Selamat Hari Guru - Perbezaan Murid Dulu dan Murid Sekarang


Zaman sekarang ni nak jadi guru memang payah. Bukan payah apa. Perangai manusia pun makin pelik kan. Taik mata pun buang tak bersih ada hati nak sembang cinta kudus. Ni kalau mak diorang baca mesti hancur luluh jiwa raga bergenang air mata.






Tergeliat tak lidah nak baca? Amboi baca dalam hati takkan tergeliat kot. Mana lah tau ada yang baca kuat-kuat nak bagi adik korang dengar jugak supaya dia insaf tak terikut gaya hidup tak sihat ni. Lama dah aku perati gambar ni. Ingat nak buat entry "Cinta Kudus Mohabbatein" ke apa ke, tapi macam emmm.....


Zaman aku sekolah rendah pun kengkawan sebaya kemain hangat bercinta. Aku nak ingat balik pun tak sanggup. Apatah lagi tahun 2014 sekarang ni. Yelah zaman aku bukan zaman budak-budak main smartphone. Zaman aku adalah ketika nak tanya kawan kerja sekolah pun guna telefon rumah dan ketika zaman member mula tukar phone Nokia Butterfly ke Sony Ericsson.


Dia macam.... yang phone untuk texting pun dah boleh buat budak sekolah rendah hanyut. Sekolah rendah k, sekolah rendah. Apatah lagi sekarang ni yang lahir-lahir je dah memancing ikan dekat iPad. Siap sign up account fesbuk padahal tak mumaiyiz lagi. Alahai dik, akak pun takde phone masa sekolah rendah. Speechless - wordless aku tak tau camne nak taip lagi.




Dan sekarang ni nak jadi guru sekolah rendah pun boleh dapat surat ugut dirogol. Diorang ni dekat sekolah memang belajar perkataan rogol je ke? Tak tau ke perkataan tu menakutkan T^T mashaaAllah anak anak ni. Aku jadi seram pulak. Macam mana tahun-tahun akan datang? Adakah gejala pelik ni akan menjadi-jadi? Atau akan datang masyarakat aku dah mengamalkan budi bahasa budaya kita secara keseluruhan mmmmmm


Dulu dan sekarang memang berbeza. Contohnya, masa tadika dulu paling basic aku belajar A for Apple. Tapi sekarang silibus kena ditingkatkan A for Astronaut. Astronaut tu Astronaut jugak, tapi baik ajar anak A for Allah hehe


Nak sembang pasal perbezaan dulu dan sekarang buat 5 entri pun tak cukup. Tetibe aku teringat batch aku ada buat video khas untuk hari guru tahun lepas. Ringkasan untuk entry ni. Maaf ada ralat pada tajuk video. 

Tajuk yang sebenar : Perbezaan Murid Dulu dan Murid Sekarang




Hahahahahaha aku gegelak je tengok video ni balik


hahahahahahaha kalau rasa tak lawak diam-diam je aku nak gelak ni


hahahahahahahahahahahahahaha


 minit ke 9:44
"kawan, kawan juga. Hormat perlu ada!"


-Tamat-

No comments:

Post a Comment

Have you said Alhamdulillah today?