Friday, May 16, 2014

0.1 Selamat Hari Guru - Kerjaya guru tu mulia



Senyum kit hehe - cecikgu SABDA

Tahu tak

Aku paling tak boleh dengar orang kata 

"alah cikgu je pun" 

"menyesal aku tak mohon IPG hari tu" -- ayat bebudak bila takde UPU terima. 



Aku bukan tak boleh apa. Tapi macam... kamon lah kenapa aku rasa statement macam ni jadikan profession seorang guru tu macam pilihan terakhir? Atau aku je rasa macam tu? Nak taip perenggan ni pun aku rasa sakit haih. Sakit hati limpa usus pankreas. Senak.

Kalau orang tanya aku nak jadi apa, jadi guru lah benda pertama aku fikir. Kemudian baru kerja yang jual-jual ubat. kerja bina bangunan. Kerja gali minyak. Kerja ukur jalan. 

Kalau aku nak throwback paling cikai pun zaman dedulu zaman sebelum Malaysia tukar nama lagi. Watak seorang guru lagi tinggi dari YB-YB yang goyang kaki. Contoh bila cikgu masuk pejabat pos, semua bagi laluan macam YB datang. Pehhh lap peluh jap. Kalau line panjang kau boleh dapat turn paling depannnnnnn sekali sebab kau guru. Sebab respeknya pada orang yang memberi ilmu kepada generasi mereka.

Mesti ada yang tuduh aku reka cerita ni. Aku tengok sendiri situasi camni, aku kan hidup dari zaman jepun lagi *flip tudung* hehe


"The best teachers teach from the heart not from the book" - cecikgu SKTM


Nak trobek jauh sikit, kita pandang Tamadun China. Bukan calang-calang manusia dapat jadi pengajar. Dan waktu tu pengajar merupakan kerja yang paling power. Power habis. Alah takkan dah lupa Sejarah. Aku yang tak suka sejarah pun ingat lagi silibus ni. Paling atas kot cikgu. Bukan enjinier bukan arkitek, bukan bukan. Tapi si penyampai ilmu. Kekadang aku pun tak paham asal gaji guru tak sama dengan para enjinier dan doktor. kahkah k ni bab lain. Hal duit kemudian, niat utamakan.

Bukan nak salahkan guru tapi sebab hal "terpaksa menjadi guru" dan "guru adalah pilihan terakhir" lah yang buatkan tamadun makin rosak. Maka beranak pinak lah generasi -- ramai yang tahu tapi tidak berilmu.

Jadi hati-hati lah bila menjadi guru. Bukan main sekati je buat keputusan, "eh result aku tak seberapa hmmm jadi cikgu je lah". Apa kau ingat yang jadi cikgu ni pesen result tak seberapa macam engko ke eyyy.


Bukan nak kata tak boleh jadi enjinier ke akauntan ke arkitek, tak tak. Boleh je. Cuma jangan padang rendah pada profession macam ni. Faham tak? Kalau tak faham scroll balik dr atas, kalau malas ctrl+w herher

Harapan aku untuk batch 96 yang berjaya masuk IPG, teruskan usaha murni engkorang untuk menjadi seorang lejen. Tajdid niat dan tahniah sebab pilih profession ni.




Aku?

Entoh lah. Aku belajar apa aku minat dulu. InshaaAllah ada rezeki aku nak mengajar. Tak kisahlah rendah ke menengah atau pensyarah hahaha

Selamat Hari Guru!

Saya sayang cecikgu semua.

Cecikgu comel sangat pakai baju sekolah hari ni hehe






Alahai gambar pecah. Biasalah, gambar curi dekat stegram je




No comments:

Post a Comment

Have you said Alhamdulillah today?