Dalam hidup ni ada 3 jenis guru yang kita tak boleh lupakan sampai mati.
- Guru pertama yang mengajar kau kalam Tuhan. Tak kira siapa orang pertama tu. Aku sendiri -- mak aku yang ajar dari iqra' ke Muqqadam ke al-Quran hihi
- Guru yang mengajar tentang ilmu dunia. Guru tadika - rendah - tusyen - menengah - kawan
- Guru yang mengajar kau memandu.
Yang ketiga bukan aku ambil dari Lawak Kampus, Ujang, Apo - bukan bukan. Serius ni. Pernah ke aku memain. Aku serius kan! Hahhh kan dah keluar tanda seru. Yang ketiga tu antara yang terpenting sebab dia mengajar ilmu libatkan nyawa (kata seorang pakar motivasi kepada guru memandu aku lalu diceramahkan kepada aku pula) Nampak tak permainannya di situ?
Memandangkan aku dah bukak kisah guru memandu ni, jadi aku nak cerita sikit tentang cikgu memandu aku. Sepanjang bercerita ni aku gelarkan dia dengan gelaran Cik Mie, acah-acah mesra gitu. Umur beliau ada laa dalam 63 tahun (kot). Rasanya dah 6 kali dia bagitau aku umur dia tapi aku asyik lupa kahkah tapi tahap kecergasan beliau macam baru 45 tahun.
Cik Mie ni kira dia bukak bisnes kelas memandu persendirian bukan macam syarikat besar macam SKEM-pebenda-tah tu. Kalau kau ambil dekat SKEM memang diorang ajar kau gitu-gitu selama 8 jam kau lulus ke tak lantak lah kan, asal diorang dapat gaji. Kalau nak tambah kelas kena tambah rm50. Ini SKEM ehmmmmm
SKEM - Suatu kawasan di mana Kancil beranak pinak
Tapi dengan Cik Mie ni dia bukan takat ajar aku pasal nyawa dan jalan raya. Sampai ke kesihatan, pemakanan semua dia nasihat. Kisah cinta monyet masa dekat sekolah dulu pun dia cerita. Kekadang kena ceramah agama dalam kereta. Cik Mie ni memang pot pet pot pet tak reti diam. Kekadang aku angguk je pebende semua dia kata. Bukan apa..... dah lah jalan yang aku lalu berbukit.... Tepi tu gaung.... Monyet banyak suka buat parti dekat situ... Aku pulak bukan pemandu cekap, kang tak pepasal dekat first page Metro, "Kancil terjun gaung". Tolonglah jangan sembang dengan aku masa lalu tepi gaung.
Dan apa yang bestnya Cik Mi ni, kalau kau tak power lagi bawak kereta dengan 8 jam kelas, dia akan kasi 6 jam kelas percuma. Ya Allah baiknya beliau. Semoga rezeki beliau dimurahkan. Dia siap cakap dekat aku, kalau aku lulus dia kasi hadiah rm50. Tapi aku gagal kahkahkah (gelak besar sebab nak cover rasa pilu T^T) lepas tu dia kasi lagi 4 jam kelas tak payah bayor. Baikkannnnn! Aku takleh lah jumpa orang gini rasa terharu tu susah nak hilang.
Perasan tak perenggan atas ni macam takde benda pun kahkah Aku saja nak promote. Siapa area Taman Melati aku recommend daftar lah dengan dia hahaha memang fuhhh fames lah Cik Mie dekat kawasan ni. Makcik umor 46 tahun pun daftar sini.
Dan lagi, Cik Mie ajar aku untuk redha kalau gagal JPJ. Nasihat dia buat aku sedar yang biar aku gagal sekarang daripada aku bawak atas jalan pastu accident kahkahkah (gelak lagi nak sedapkan hati) Setiap kali berjaya buat something dia akan ingatkan aku
Ingat Cik Mie nak pesan ni, setiap kali kita lepas sesuatu ucap "laa haula wa laa quwwata illaa billaah" - tiada kehebatan dan kekuatan kecuali dengan Allah
Gagal atau lulus bukan JPJ yang tentukan. Tapi Allah yang gerakkan hati dan tangan mereka untuk tanda kertas tu
Tak apa biar gagal sekarang, soal ilmu kita jangan berkira. Biar bersusah dulu.
Lepas gagal tu aku rasa macam aku je yang happy dekat situ. Yang lelain siap buat open table, pibg, confession session. Aku? Aku bukak fon main game sementara tunggu kawan lain habis her her lifeless
Bukan apa... kalau marah tu boleh ubah keputusan JPJ aku pun nak marah jugak haha. Benda nak jadi juga kan. Hahh nampak tak kesan selepas otak aku dah kena basuh siap-siap dengan Cik Mie. Jadi aku dapat berfikiran waras dan bermuhasabah jap hahaha Banyak benda lagi aku kena belajar dari Cik Mie. Hal ehwal nyawa pulak tu. Padahal masa latihan perfect takde problem (acewah). Cik Mie pun ingat aku buat lawak masa aku call kata aku gagal. Tak pasal-pasal jadi pelawak kejap :')
"Allah tau aku tak cukup ilmu lagi pasal jalan raya ni, jadi Allah hold aku untuk lulus." -- kata shahizan kepada shahizan sementara tunggu Cik Mie datang ambik kitorang
Biasalah bila hari kejadian macam-macam boleh berlaku. Dengan kereta yang pepelik je aku dapat. Sedih jugak lah sbb aku bukan orang kaya yang tak heran repeat JPJ sejuta kali. Sesiapa nak taja aku bayar JPJ boleh whatsapp sepantas kilat kahkah asal mahal sangat sampai beratus ey aku lah kan. Stress. ((CIS APAHAL LARI TOPIK NI))
Tak kira lah sesiapa pun, asal dia sampaikan ilmu baru pada kita -- janganlah kita lupa guru-guru ni. Walaupun jawatan kita lebih tinggi satu hari nanti. Tapi please lah sedar diri. Takkan nak aku nyanyikan dekat telinga korang lagu Terbang Tunduk baru nak sedar diri eyy.
Selamat Hari Guru kepada semua guru! Doakan saya lepas JPJ akan datang hehe
Terima kasih baca sampai habis, nah saya belanja gambar sunset satu kehkeh
Jeti Bagan Datoh
1 comment:
Assalam...masuk mana study?
Post a Comment