Saturday, April 26, 2014

HILANG INGATAN


Pernah terfikir kalau-kalau terjadi dekat diri sendiri?

Walaupun tak alami. Tapi pernah terfikir tak apa perasaan orang yang alami masalah ni.

Adakah tiba-tiba bangun atas katil sepital lepas tu depan mata ada orang orang yang kau tak kenal. Lagi kritikal bila nama sendiri pun tak tau. Ada yang kata hilang ingatan ni ada jenis-jenis dia. Well, takdelah terus lupa ABC. Lupa apa yang belajar masa sekolah dulu. Lupa macam mana nak tekan kalkulator. Tak ada lah sampai macam tu. Orang kena sambar petir je terus lupa ABC. Ada jenis-jenis dia.

Aku nak sangat pergi dekat orang macam ni dan tanya apa perasaan dia. Pengalaman dia. Tapi macam biadap je, kang tak pepasal kena tampar cakap aku tak sensitip dengan keadaan dia.

Maka aku akan teruskan dengan teori aku. Bukan teori, tapi imaginasi mungkin.




Pernah tak bayangkan malam ni kau tidur. Kau kata besar nanti nak jadi kaya nak tolong orang susah, nak wujudkan pendidikan secara percuma, nak bina sekolah untuk orang susah, nak beli rumah yang boleh muat 50 orang.

Kau pejam mata dan tidur.




Esok pagi kau bangun, bukan atas katil lagi. Tapi dalam terowong gelap. Kau jalan keluar nampak kereta terapung, pokok buatan manusia, fesyen persis alien, kedai menjual udara segar, bangunan-bangunan tinggi yang kali terakhir kau datang kat situ hanyalah kawasan parking kereta berbayar sejam 3 ringgit. 

Kau nampak pakcik yang sedang merokok. Kalau lihat pada nama kotak rokok yang di tangan kirinya, jenama Matilubro, jenama yang kau tak pernah dengar. Datang dekat dan tanya, “pakcik sekarang tahun 2014 ke?”

Dia pandang kau, “Apa anak ni. Sekarang dah 2024”, kata beliau. Bangga. Sudah lama tak rasa bangga begini. Kali terakhir rasanya ketika di bangku sekolah dahulu. Masuk universiti sem pertama sahaja sudah ditendang. Itulah, banyak bermain. Kutuk beliau dalam diri.

Dia rasa anak ini gila. Jarang-jarang orang minta kepastian tentang tahun apa ini. Dia pandang kau atas bawah -- dan pergi. Siapa nak layan orang gila. Kau nak ke?

Kau pandang diri kau jugak. Atas bawah. Kau lari cari tandas awam. Masa tu pun tandas awam sekali masuk 5ringgit. Muka kau lain. Lain sikit dari dulu. Mari kita anggap kita semakin kacak (Hahahahaha) dan kau anggap ini satu keajaiban yang Tuhan bagi. Macam tup tup bukak mata “eh aku dah 10 tahun akan datang” wow tak payah belajar susah susah masuk U. Kita dah graduate. Boleh buat semua yang kita impikan.

Well, ramai kononnya nak skip zaman belajar nak terus kerja pegang duit sendiri katanya. (tapi hakikat bila dah bekerja nak belajar balik eyy manusia ni)

Kau rasa itu satu keajaiban. Tapi sebenarnya kita hilang ingatan. Gulp! 






Sepanjang tempoh 10 tahun tu macam-macam peristiwa dah jadi. Tapi kita yang lupa. Kita hilang 10 tahun peristiwa dalam masa 1 malam je. Masa ni kau nak rasa apa? Gembira atau takut? Macam mana dalam tempoh 10 tahun tu kita ni sebenarnya pembunuh. Atau kita dah kahwin. Lebih takut bila ada budak kecik datang mengaku dia anak kau. Takut? Gembira?

Macam mana?

Bila orang hilang ingatan terjaga dari lena, apa benda terakhir yang dia ingat? Adakah dia rasa macam yang aku katakan ni. Silap, apa yang aku imaginasikan ni?

Tidur – dan esoknya sudah 10 tahun kemudian.

Hmmmmmmmmmm.


Andai kata kalau aku hilang ingatan. Tolong tunjukkan post yang aku tulis ni pada diri aku. Bukan nak minta, tapi kita tak tahu apa akan jadi.

Sepanjang aku fikirkan pasal imaginasi aku ni, malam Jumaat lepas bertubi-tubi kiriman dari wasep masuk. Sampai kena mute group tu. Apa yang dikhabarkan, rakan dari Semesti sekarang dalam ICU kesan dari terhantuk dan sekarang hilang ingatan. Disertakan gambar beliau sekali dengan wayar berselirat satu badan. (tolong doakan kesejahteraan beliau)

Walaupun aku tak kenal siapa dia tapi cukup buat aku sedar yang bila-bila masa je dugaan boleh datang. Mati boleh tiba. 30 saat dihabiskan maka 30 saat kita menghampiri sesuatu.




No comments: