Assalamualaikum dan salam bulan Ramadhan. Aku tau ni dah lewat seminggu. Rasanya tak ada peraturan kata nak buat entry pasal Ramadhan mesti hari pertama puasa. Rasanyalahhh.
Sepatutnya aku dah boleh menaip dengan bahagianya entry ni minggu lepas. Nak nak lagi Sabtu lepas outing perempuan. Tak salah kasi income sikit dekat apek CC bagan datoh tu. Tapi, entah salah siapa. Anak yang dilahirkan atau ibu yang mengandung. Antara aku yang lambat hantar kad outing atau diorang yang cepat sangat submit semua kad outing dekat warden.
Kalau aku hantar jugak kad outing secara tunggal mata-ke-mata dengan warden mau kena sound sampai tercabut telinga. Paling kurang pekak seminggu. Jadi, aku ambik langkah selamat. Aku kurung diri diam-diam dalam aspuri walaupun sabun basuh baju dah habis, sabun mandi kena curi, dan Hup Seng tinggal setengah :(( Aku sanggup! Daripada hilang telinga.
Kalau aku hantar jugak kad outing secara tunggal mata-ke-mata dengan warden mau kena sound sampai tercabut telinga. Paling kurang pekak seminggu. Jadi, aku ambik langkah selamat. Aku kurung diri diam-diam dalam aspuri walaupun sabun basuh baju dah habis, sabun mandi kena curi, dan Hup Seng tinggal setengah :(( Aku sanggup! Daripada hilang telinga.
Tapi... Ya ada 'tapi' di sini. Dengan jasa baik ustaz Mad, dia ada bukak offer dekat surau. Time-time lepas Maghrib macam ni memang ada slot khas untuk ustaz berucap. Dan offer ustaz kali ni,
"siapa nak outing hari Sabtu dan hari Ahad, nanti boleh datang ketuk pintu rumah saya."
Sudahhhh! Masa ni aku mula berkira-kira tahi bintang nak outing atau tak.
Dan aku hantar juga sekadar langkah berjaga-jaga. Mana lah tau rasa nak outing datang tiba-tiba. Masalahnya, baru aku sedar gambar passport dekat kad outing aku hilang. Kenapaaaa? Aku rasa hari tu dah cukup kuat aku tampal dengan gam UHU!
Tapi... kerana terdesak dek stok barang yang hampir kehabisan, aku ambil risiko untuk hantar jugak. Hantar beserta gambar passport orang lain di situ. Ini bukan suka-suka nak buat hiasan atau menyamar jadi orang lain ke hapa. Kalau tak ada gambar, ingat ustaz akan turunkan t/tangan ke? Tak mungkin anak-anak. Kad outing tu pun kena balut dulu ok kalau tak-harapannnn (sambung nyanyi sendiri).
#tips sampingan
aku ada rakan kelas yang simpan stok gambar passport yang banyak. Dulu pernah jugak terfikir, "ini kes fanatik dengan diri sendiri ke?" Oh tak tak! Dia ni memang dah siap siaga awal-awal untuk berhadapan dengan orang macam aku yang sentiasa dalam kekalutan ni. Ehem, jadi kepada sesiapa yang hadapi masalah macam aku boleh terus ke 4 Alif-Ba-Ta dan cari dia. Dia ada berdozen-dozen gambar passport.
kesimpulan : Aku berjaya dapatkan tandatangan, tapi tetap tak outing.
Disebabkan aku dalam keadaan homesick di tahap kritikal, (amaran: tak-payah-nak-terdetik-dalam-hati ayat-macam-ni ,"eleh dah 3 tahun setengah dekat asrama pun homesick lagi") Bila kira dengan kalkulator, dah 2 bulan 1 minggu aku tak balik rumah ok :( Ditambah lagi dengan Pulang Bermalam yang ditunda seminggu secara tiba-tiba (20 Julai ke 27 Julai) telah berjaya menimbulkan kembali hajat aku nak pasang bom dekat setiap penjuru sekolah. Mogok? Ya!
Dulu aku pernah bercita-cita nak buat bom dan letupkan sekolah. Tapi alahai sekarang pun belajar fizik dah termengah-mengah, Kimia dah tercungap-cungap, aku tukar plan lain lah untuk runtuhkan sekolah.
Dulu aku pernah bercita-cita nak buat bom dan letupkan sekolah. Tapi alahai sekarang pun belajar fizik dah termengah-mengah, Kimia dah tercungap-cungap, aku tukar plan lain lah untuk runtuhkan sekolah.
Bertenang semua... sekolah aku masih ada lagi. Masih selamat. Kukuh binaan. Cuma pokok je banyak mati. Bilangan kucing bertambah. Aku tak sampai hati teruskan rancangan ni bila fikir-fikir balik F5 nak trial 1 Ogos ni. Jadi biar kita bagi laluan dulu anak-anak SABDA ambik trial PMR dan SPM
Tengok dalam bas tadi ramai yang tidur tak sedar diri. Tak sedar dah bulan Ramadhan. Tak sedar tidur lama bawak makruh. Tak sedar bukak-bukak je mata dah sampai KL Sentral. Sedar tak sedar aku pun tak sedar.
Sehari sebelum puasa, banyak pula puakanya,
"Bye Shahizan byee! Jaga diri baik-baik. Dah kena ikat esok jangan lupakan kitorang tau."
Bulan Ramadhan yang paling ditunggu-tunggu. Riadah tak ada. Prep malam batal. Tarawih wajib tiap malam. Tadarus tiap petang. Breakfast jadi sahur. Dinner jadi berbuka. Supper jadi moreh. Setan kena ikat. Kalau bulan Ramadhan ni masih ada rasa nak buat jahat, nanti dah masuk bulan Syawal, Zulkaedah, Zulhijjah jangan nak salahkan syaitannirrajim bagi setiap salah laku kita. Salahkan jugak nafsu sendiri.
"Syaitan ibarat darah yang mengalir dalam badan. Ia sentiasa mengalir dan tidak berhenti"
Semoga ibadah kita sepanjang bulan Ramadhan ini diberkati dan diredhai Allah.
4 comments:
wahhh.lawanya sekolah dik :D
Sabun mandi pun kena curi, sadis T__T
http://thenurulee.blogspot.com/2012/07/three-things-in-one-e.html
Haha dalam gambar lawalah :p sunset view dekat situ Subhanallah lawa sangat :D
A'ah dah laa ada banyak lagi dalam tu -.-'
Post a Comment