Assalamualaikum dan selamat pagi KeyEll. Aku balik semalam. Saja kasi tau. Sebab kebanyakan sekolah asrama ambik cuti hari Khamis dan depa dah balik sehari lagi awal daripada kitorang. W/pun diorang dikenakan sekolah ganti (uhuk) tapi itu lagi nice! Ada sekolah ganti atau tak, tak bawak beza pun dekat kitorang. sebab setiap pagi sabtu memang kena gerak pergi sekolah (prep pagi) tunduk lemah.
Bila aku balik, macam biasa dekat facebook semua buat status aww-sweet-sweet seperti ini :
ISNIN cari SELASA
nak tanya nampak tak RABU
agar ingatkan KHAMIS
beritahu JUMAAT
supaya tak lupa ingatkan SABTU
yang AHAD dah raya...
Atas sebab kecanggihan teknologi, semua buat gaya hidup mudah. Gaya hidup orang senang. Bila cakap pemalas, marah. "Bukan malas, tapi kreatif!" elehelehleyyy yelettew. Cari gambar pelita, ketupat, background hitam, gabungkan semua. oh ya, tak lupa muka sendiri (ni wajib), upload di laman sosial. Last step, tag pada ramai orang. Off laptop. Ketuk-ketuk jari, tunggu respon. lepas tu muncul insan-insan yang akan berbasa-basi pada gambar tersebut.
muka kena comel. Itu sunat
nisbah 1:2 saiz gambar sendiri dengan ucapan diharuskan
Dah macam adat, setiap kali hujung puasa mula semua orang gatal-gatal tangan buat kad raya. Tapi budak asrama ni suka kasi kertas raya. Ada jugak bagi ucapan atas testpad je (banyak!) Dalam kes ni aku rasa diorang rasa awkward dan terpinggir bila semua orang buat ucapan raya tapi dia duduk goyang kaki baca Fixi. (Jap, aku terasa) Ciss! Ingatkan budaya ni dah hilang! Disebabkan situasi macam ni lah aku pun buat gerakan menulis ucapan. Aku guna kertas apa yang ada dalam locker. Tapi yang pasti bukan testpad! Haha. Ehem apa-pun biar berlandaskan keikhlasan. Yang terus cakap face-to-face lagi feeling.
Dan macam biasa jugak, hari terakhir dekat sekolah semua bersuka-ria tak kurang juga berfoya-foya. aku rasa tak lebih 10 kelas pun yang menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran. Ada yang bukak khidmat tolong-post-kan ucapan raya sebab rasa bosan yang memuncak.
Paling tak tahan, seminggu sebelum raya adalah fasa penjagaan muka. Nanti masa raya kena tangkap gambar banyak-banyak. Tak kurang jugak budak sabda. Kesan-kesan hitam masa hari sukan harap dapat ditanggalkan. Semua berharap muka diorang kembali cerah seperti biasa sebelum masuk awal syawal. Kalau hujung ramadhan dah cerah pun kira cukup tuah.
Aku tahu... Aku tahu ramai yang skip acara penyampaian hadiah a.k.a acara pembakaran kulit dan tidur dalam bilik persalinan sementara orang lain duduk berjemur dekat padang dari Zuhur sampai pukul 3 petang. Betul-betul acara bakar kulit. Betul-betul buat aku jeles dengan orang dalam bilik persalinan tu.
Sukan kali ni agak cliche, agak drama. Bila pagi Sabtu (8 Julai) tu aku bukak pintu dorm nampak rumput-rumput dah basah. Hujan dari pukul 3 pagi tak cukup puas lagi turun mencurah-curah. Aku tak fikir apa selain feeling dapat makan nasi lemak panas pagi sejuk cemni. Nice! Pandai DM pilih menu pagi tu.
Masa tengah makan tu lah aku dengar bisik-bisik suara gelisah. Padang sekolah?
PADANG! Kenapa aku boleh lupa pasal tu? Patutnya itu benda first yang akan masuk fikiran orang normal SETIAP KALI hujan turun dekat sabda. Habislah... habislah bila padang jadi kolam. Bila rumput dah tenggelam. Semua jadi kelam. Mungkin acara 4x400 pagi tu akan ditukar jadi acara renang 4x400 hahaha k tak lawak -.-' (serious balik)
Maka beberapa perkara tak diingini sudah dijangka akan berlaku.
Dan pengakhirannyaaa
Dah macam dekat Afghanistan
Maka di bulan yang mulia ini, aku nak mintak sponsor sesiapa teringin nak sumbang dana supaya sekolah aku pasang track merah. Bahayanya lari di padang yang basah diibaratkan seperti memandu dalam keadaan hujan. Eh, hyper statement pulok.
Aku akhiri entry kali ini dengan serangkap pantun
Selamat hari raya,
Aidilfitri mulia,
Ampun maaf dipinta,
Mensuci hening dosa.
*eh macam familiar kan pantun ni*
Ok byee, pesan dekat pemandu sila pandu dengan cermat kalau nak jiwa selamat.
2 comments:
hehehe kesian yg kne dukung tu yea. btw, selamat hari raye mensuci hening dose lah jue ~ wkwkwk :D
Haha budak tu pun kecik je :) selamat hari raya jugak.
Post a Comment