Wednesday, October 21, 2020

Rezeki

"Boleh tanya kita 3 soalan je kali ni."

"Saya nak tanya macam mana akak boleh kenal Kak Mira?" — ni soalan femes setakat ni. Jumpa mana-mana adik semua tak jumpa apa kaitannya kitorang dua ni sampai boleh rapat cenggini. Study course lain, Kolej persediaan lain, fly negara lain, sekolah pun tak sama. Memang diorang tak jumpa relation macam mana boleh terjumpa tu uhuhu.

Ntahlah dik, akak pun facepalm nak explain. Sebab tu, ikatan hati kerana Allah ni precious. Tak ada siapa boleh bagi melainkan Allah. Nak beli kat kedai dengan harga sejuta pun tak dapat.

Berjaya jugaklah goreng dengan jawapan fakta dan diselitkan kerana Allah. Kalau bagi jawapan direct "kerana Allah" nanti diorang 'block' terus kang akak-akak ni haha.

Ok soalan next —

"Apa 3 benda yang akak regret masa dekat UK?"

*tarik nafas*

TAK EXPECT AKAN DAPAT SOALAN NI

Neves sis sebab tak prepare jawapan. Dah lah nak kejar masa, tiba-tiba ambik masa nak fikir jap. Kita dah cuba jimat masa limitkan pada 3 soalan tapi boleh pulak dia expand dan minta "senaraikan 3 benda…"

Tough question (garu dagu). Sebab tak pernah ada list "things that I regret during my time in the UK"

Tapi takpe kita cuba jugak jawab walaupun ada minta talian hayat dari Mira waktu tu.

Salah satu jawapan yang berjaya dan konfiden sikit untuk dikatakan adalah,

"Kita harap dapat belajar betul-betul."

Bukanlah nak kata selama ni belajar main-main lol tapi I wish segala harapan dan azam yang nak buat nota lepas kelas, baca lecture slide dan fahamkan tiap satu, buat latihan pengukuhan for every topic berjaya dilakukan-- ya punyalah berazam untuk spend lebih masa dalam belajar. Standard lah kan buat azam macam ni tiap kali bukak sem baru. Tapi bila bukak sem tak (ter)buat pulak kikiki (Nota: saya bukanlah orang terbaik untuk tanya tips study huu). Know know dah grad. Eh.

"Seriuslah Jan, first class tu apa?" - Mira

"Tu rezeki hehehe kita akan discuss nanti dalam slot ni."


**********

Sebelum tu, kena clear dululah apa yang kita paling nak dalam hidup ni. Bila cakap 'hidup' ni jangan sempitkan kehidupan sampai mati masuk kubur. Alam barzakh tu tak sampai separuh pun daripada keseluruhan perjalanan nak ke syurga.

Dan tiket nak masuk ke syurga pula bukanlah syaratnya pada rezeki yang banyak. Siapa ada kereta besar, rumah besar boleh masuk syurga :( That's unfair aite.

Adakah sebab Ramli kaya maka dia dapat extra pahala? Tak kan?

Bukan macam tu ok.

Tapi apa yang Ramli akan buat dengan kekayaan dia tu yang Allah akan judge.

Regardless kita kaya atau tak, contohnya siapa yang ikhlas dan selalu bersedekah dia lah lebih mulia di sisi Allah. Jadi tak perlulah tunggu kaya dulu baru nak start sedekah.

Adil kan Allah (:

He's the One who gives it.

Why He must judge us on things we can't control?

Rezeki.

If it's meant for you, it's for you.

Allah will never judge you based on your rezeki.

"Tak boleh ke control rezeki dengan usaha?" - Adik I

Bukan nak bagi mindset jadi orang malas dan jangan berusaha (fahaman ni pun salah ok). Tapi jangan ada satu template yang kalau kita usaha "banyak ni" maka result dia "wajibulghunnah begini". Iyalah siapa tak suka benda efisyen. Injiniur lagilah sukakan dengan word "efficiency" ni. Output lagi tinggi dari Input.

Contohnya, kita selalu expect bila dah usaha bagai nak rak, kita patut dapat result yang setimpal. Tapi, ada je kes-kes yang akhirnya result tak mencapai jangkaan. Saat tu apa kita akan rasa? Kecewa dengan diri sendiri?

Lagi takut bila kita kecewa dengan Allah.

Mula salahkan Allah dan rasa Allah tak sayang kita.

"Jemah belajar main-main, siap pergi konsert lagi tiap minggu tapi dapat result kaw-kaw. Unfair lah Allah ni!" — bisik Senah.

Aik?

Itu lah antara kesan bila kita rasa kita patut dapat apa yang kita nak.

Sedangkan kita akan dapat apa yang Allah nak beri pada kita. Itulah yang sebenar-benarnya. Kita sebagai hamba kena sentiasa yakin yang Allah sentiasa nak yang terbaik untuk kita. Bukankah kasih sayang Allah lebih besar dari kasih sayang seorang ibu kepada anaknya?

Kadang-kadang kita susah nak jadi rational sebab definition "kebaikan" kita adalah bila Allah bagi rezeki yang banyak. Sedangkan rezeki tu boleh jadi ujian atau musibah — Musibah bila kita makin jauh dari Allah.

"Allah tengok usaha kita. Rezeki tu rahsia Allah" — will always have this kind of mindset since 6 years ago.

Samalah -- pahala belajar tu bukanlah pada 1st class atau 2nd class atau apa-apa yang kita akan dapat kemudian. Pahala belajar tu Allah kurniakan pada usaha-usaha kita.

Dengan mindset beginilah kita akan ihsan dengan semua benda kita buat. dalam belajar atau kerja atau sekecil-kecil benda yang kita buat. Basuh pinggan dengan ihsan, kemas rumah dengan ihsan. Kalau output tak seperti yang kita nak, kita tak mudah melatah. Sebab kita mula faham rezeki adalah ketetapan Allah dan yang kita boleh kawal (iman dan amal), itu yang Allah akan judge.

So, I always remind myself — first class result didn't make me somebody in Allah's eye.

My effort (amal), my iman, how I really put pure intention in everything that I do just because of Allah — that's what actually matter.

How do I manage the rezeki and how it can strengthen my relationship with Allah are what concern me more. It's surely a test for me. Do pray for me to pass this test (: because your do'a matter.

p/s: Still, I feel I have lived to my fullest and use my time wisely in the UK! Kalau tak join usrah sepanjang 4 tahun dekat UK, itu lagilah saya menyesal :')

Friday, September 18, 2020

Sepintas Lalu Kecil Dahulu

Keluar kerja seawal pagi, balik pun dah malam. Dalam seminggu akan ada satu hari yang abah keluar sebelum 6.30 pagi. Selalunya hari Rabu lah kena jalan kaki pergi sekolah sendiri.

Alhamdulillah, masih tetap merasai sentuhan dan kehadiran seorang "Abah" dan tak mengalami sindrome father-hunger.

Kadang bila duduk sorang selalu terfikir apa yang abah selalu buat kecil dulu hinggakan dengan masa yang terhad tetap terasa kasihnya abah.

Kerana yang abah ada hanyalah malam, malam itu tidak dirugikan buat masa sendiri. Tapi dipenuhkan dengan urusan bersama anak.

Walau abah balik malam, selalunya abah pulang dengan bekalan-bekalan roti di tangan. Twiggies, satu jenama menjadi lambang kemewahan dalam rumah dulu. Tapi jaranglah dapat Twiggies tu. Selalunya roti coklet atau jagung Gardenia atau roti-roti jualan babu. Bahagia itu ada walau hanya pada roti 50sen satu.

Walau pulang malam, abah tetap bawa ke taman mainan. Nasiblah tak faham lagi konsep mistik dan paranormal waktu tu. Ingatkan normal orang pergi main dekat taman malam-malam. Patutlah seronok je tak payah berebut sebab tak ada orang lain dekat taman. Itulah abah, walau tidak banyak masa, sentuhannya tetap kami rasa.

Ada buku sekolah perlu dibalut? Abah pulang bersama plastik putih bermeter lebarnya. Dipotong-potong mengikut saiz buku, dikepilkan di setiap penjuru. Abah buatkan dan balutkan semua. Abah jarang berpesan tapi banyak berkata pada perlakuan — "tunjukkan syukurmu, jagalah elok-elok buku pinjaman."

Ada barang sekolah tertinggal? Belum habis perhimpunan aku dah nampak abah lambai-lambai belakang pagar dewan. Benar, abah patah balik semata nak bagi buku sekolah, alat tulis, baju persalinan atau watercolour yang mungkin aku terlupa.

Ada hari abah pulang bersama kotak-kotak di tangan. Kotak kosong dari pejabat yang dah tak digunakan. Abah DIY dari kotak biasa hingga menjadilah sebuah file. Supaya buku sekolah kami elok tersimpan. Walau coraknya kosong, tidaklah berbunga seperti di kedai tapi apa yang abah hasilkan tentulah bagi kami lebih bernilai.

Kebanyakan malam abah turut serta bantu aku siapkan soalan-soalan latihan. Masih jelas 16 tahun lepas menangis nak siapkan arahan cikgu maths yang suruh terjemah perkataan english ke malay. Tak, sekarang ni kenapa kelas Maths kena buat latihan bahasa???

Tulah malam paling epik sebab satu rumah cuba solve soalan aku "apa 'the' dalam bahasa melayu?" T_T Penat semua explain "the" tak ada maksud, tapi aku tetap tak boleh terima. Takut kena marah dengan cikgu. Kesianlah diorang dapat adik sikit punya bendul macam tu. Ok kisah ni lari topik sikit. Tapi usaha semorang dalam membantu amatlah saya hargai hingga kini.

Hujung minggu? Kadang abah basuhkan kasut sekolah, dah kering abah ajar kapurkan. Ada ketika main catur bersama. Abah ajar cara bermain, strategi dan cara fikir. Punyalah seronok tengok akak dengan abang main sampai wakil negeri. Kita wakil sekolah pun ok dah hahaha.

Inilah kisah sepintas lalu kecil dulu. Fasa crucial seorang anak melihat dan merasai kehadiran figura seorang abah. Kemudian, bolehlah ibu abah tarik nafas lega melepaskan anak kemana-mana. Sebab pergilah jauh mana tak rasa teringin dan keperluan untuk bercinta haha.

Dah masuk asrama dan belajar jauh lain pulak pengorbanan abah ni. Misalnya, abah tak pernah miss basuh dan cuci bilik anak-anak tiap kali bukak sem baru. UiTM, INTEC, KMB, ICYM — habis habuk di tingkap bilik, almari dan lantai dicucinya :')

Pernah abah basuh dan cucikan bilik abang dekat UiTM dulu lepas tu abang kena buli tukar bilik lain pulak kakaka sabar je lah. Lemah betul abang aku ni ey geram.

Love language Act of Service abah ni kuat sangat tau. Banyak kali halang sampai boleh gaduh menangis lah sebab taknak bagi abah buat. Daripada jadi derhaka bergaduh nak halang abah, baiklah aku kemas sekali :') tak pepasal terpaksa jadi rajin jugak.

Nasib baik pergi UK abah hantar sampai KLIA je. Kalau abah jejak sampai ke UK tu mesti dia nak cuci satu rumah jugak hahaha.

Bila duduk sorang tu memang banyak sangatlah boleh terbukak cerita tentang abah ni. Sesekali bukak kisah lama memang bahaya. Boleh bawa penat. Tapi itulah, penat jari yang menaip, penat lagi bahu yang membawa watak "abah" tu sendiri. Ajaibnya, tak pernah sekali abah merungut depan anak-anak, melepas lelah, berkata "abah penat".

Selamat hari lahir abah!

Dari anak yang sentiasa memerhati walau sekecil dan sehalus bakti.

Macam biasa kena upload satu gambar yang Syahmina tak lahir lagi kakaka

*******

Nota kaki: Sebab terbaca these two posts terus terbayang-bayang apa abah selalu buat dulu.

1. Father-hunger syndrome

2. Penglibatan bapa dalam perkembangan anak-anak

Sifir abah mudah, menggunakan masa-masa yang ada dalam apa jua perkara — abah bukan sekadar buat semuanya untuk anak tetapi juga bersama anak.

Thursday, August 27, 2020

Postpone

Orang pesan bila nak menulis tu eloklah ketika perasaan yang paling kuat tu sampai.

Tapi masalahnya kan, the thoughts and feeling tu datang pukul 1-2 pagi. Terus pasang niat untuk tulis esok-esoknya je lah.

Esok-esoknya dah tak ingat apa benda tah yang nak diceritakan sangat malam sebelumnya tu.

:')

Fahamlah kenapa naqibah selalu pesan untuk bangun qiam. Siang-siang kita akan sibuk dengan urusan harian. Tinggal hanya malam waktu bertenang untuk kita reflect kehidupan. Waktu yang sunyi untuk kau duduk sendiri. Berfikir dan ceritakan suara hati.

*****

Jadi err macam mana ni?

Nanti esok-esok datang balik 'perasaan' tu, saya sambung apa yang nak diceritakan sangat tu haha rasa rugi tak mencatat perasaan dan fikiran yang terlintas sebab takut what if wana'uzubillah one day hilang ingatan atau yang lagi menakutkan menjadi manusia yang kufur nikmat.

Jadi, inilah medium untuk throwback betapa baiknya Allah yang sentiasa menjaga, memberi, melindungi kita dari zaman sekolah-kolej-uni dan sampailah sekarang :') Bukan semata melindungi dari bahaya luaran tetapi juga fikiran dan perasaan.

Dan kena rajin-rajin menulis selalu sebelum blog ni jadi blog cap ibu dan anak.

Eh.


p/s: Dah balik MY ni baru rasa lawa jugak gambar-gambar dekat UK dulu padahal gambar random lorong rumah je pun haha


Monday, August 24, 2020

Wadai


Glossop Rd, Sheffield.
011218

"Kita nak buat apa ni kak?"

"Dessert orang Banjar."

"Eh akak orang Banjar? Saya dah agak dah akak ni takde darah melayu!"

"Ehh banjar tu muka melayu je eh. Tak ada tempias-tempias eropah ke, timur tengah ke apa. Timor-leste tu mungkin ya lah haha muka melayu sangat"

*lap peluh*



Ya, selalu rasa muka ni pure melayu. Takde campuran kacukan ke apa haha selama kat UK pun rasa bangga je dengan wajah (pure) melayu ni 😌 kadang melangkah dengan terlebih konfiden pun ya juga. #ProudAsian

*******

p/s: rindunya adik-adik usrah saya ni :') Apa khabarlah masing-masing agaknya.

Friday, August 07, 2020

Belajar overseas tapi...

"Laaa belajar overseas lepas tu nak jadi cikgu" - Pakcik GRAB

Macam biasa kita gelak-gelak je lah sebagai respon kepada statement ni.

"Hm tulah. Nak buat macam mana pakcik kalau dah minat."

Baru nak lanjutkan lagi topik ni tapi kereta dah sampai depan bank. Sempat jugak rate pakcik ni sebelum tukar ke apps MySejahtera nak scan barcode. No wonder lah 5 bintang. Punya peramah pakcik ni. Seronok ya balik Malaysia sebab naik GRAB boleh sembang cakap bahasa melayu. Kepuasan yang tak dapat dicapai masa di UK.

Statement terakhir pakcik tu —

I get that a lot and for some ppl (senior sebelum-sebelum ni) ada je express rasa tak puas hati atau sensitif bila orang cakap macam tu. Tapi diri ni belum lagi rasa offended (setakat ni) haha siap boleh gelak sama-sama dengan pakcik tu lepas dia keluarkan statement "belajar overseas tapi…" hmmm.

Selalunya bila counter dengan orang yang 'terkejut' ni aku akan sambung,

"Ehh orang hebatlah kena jadi cikgu."

Hahhh tak pasal-pasal self-proclaim diri hebat hahaha dan kemudian akan berlangsunglah sesi brainwash secara percuma kenapa orang hebat kena jadi cikgu lol.

Ada beberapa benda yang aku pegang menjadikan statement "belajar overseas tapi balik nak jadi cikgu" ni adalah sesuatu yang aku tak patut terasa atau over-react.

1. Itu adalah expectation general orang umum untuk student yang dihantar belajar overseas'. Kalau kita pandang dari perspektif ni, akan faham kenapa ada yang terkejut atau tak kurang yang kecewa. Merugikan modal insan dan duit-duit yang dilaburkan. Eloklah diri kita ini digunapakai dalam bidang professional yang lain. Kalau belajar engineering tu pergi lah jadi injiniur. Hah begitulah expectation makcik kiah dan pakcik remy. Dan kita kenalah berpegang pada hakikat umum ni supaya tak mudah melatah sebab (baca no.2)

2. I know my worth. Mungkin orang nampak "alahai ruginya kenapa tak masuk bidang XX" tapi mereka mungkin baru kenal kita seminit dua yang lepas. Hanya diri kita yang lebih tahu dalam bidang mana kita boleh contribute lebih lagi untuk masyarakat manfaatkan. Orang hebat ni, masuklah mana-mana akan hebat jugak. Dan orang-orang hebat ni harus bijaklah dalam posisikan diri mereka sesuai dengan kapasiti dan skill yang mereka ada. Life is an investment. So, choose where to invest wisely. 

Banyak lagi point tapi eh cukuplah baca 2 ni dulu.

screenshot dari story senior beberapa tahun lepas

I know and have met few oversea students who have the same passion and thought regarding this matter. Moga kita terus tersenyum dan gelak-gelak je bila orang pelik dengan pilihan kita ni. Tersenyumlah sebab mereka memandang kita sebagai seorang yang berharga untuk masyarakat sebenarnya ^^

Tapi pakcik makcik janganlah risau, macam saya kata tadi orang hebat ni duduk mana-mana pun manfaatnya akan tersebar juaaa. Saya cakap je nak jadi cikgu tapi tak tahu lagi Allah akan letakkan di mana. Saja cakap selalu supaya jadi doa hahaha. Zaman sekarang pulak bukanlah boleh nak memilih sangat kerja. Kita grab je lah peluang apa yang ada dulu dan moga-moga Allah letakkan diri ni di tempat yang paling terbaik untuk dimanfaatkan.

Dan untuk pakcik tu, saya rate 5 bintang sebab peramah dan prihatin. Moga pakcik ingat saya supaya dapat doakan saya jadi manusia yang berguna hehe.


Sunday, June 14, 2020

Appreciating the Process

"People rarely value the process, everybody is so obsessed with the result that they forget the process itself is really big." 
- a random quote from a talk series 
As how I'll always remind my adik-adik to always look back on their tarbiyah journey, I'll be doing the same thing too. Do take some moment to reflect on our tarbiyah story, hoping that we'll appreciate more on how tarbiyah has changed us to what we are today.


Tentulah KMB tu antara tempat yang paling dirindui sebab tempat pertama diajar betapa besarnya cinta Allah kepada makhlukNya. Fasa ditarbiyah dengan comel-comel lagi. Sering dimanjakan. Seronok je rasa kakak naqibah selalu DF hehe sebab yelah blok sebelah-sebelah kan.

Tiba-tiba dapat roti canai halim free.

Tiba-tiba naqibah ajak study sesama dekat library.

Walaupun fasa di KMB tu sekejap, 2 tahun cuma. Tapi cukuplah 2 tahun yang terasa banyak benar perkara yang berlaku di dalamnya.

Pergi first daurah sampai tak muat dua bas besar. Siap kongsi-kongsi kerusi lagi. Bila ditanya 'mana akak-akak dapat duit?' (soalan tipikal sebagai junior yang sangat innocent waktu tu), jawapan yang dibalas ketika tu, "ada orang-orang yang infakkan."

Kita diam je lah. Sebab tak faham apa. Yang tau waktu tu rasa seronoknya naik bas ramai-ramai dapat keluar dari KMB. A weekend getaway sebab bosanlah hidup buat IB je.

Walaupun waktu tu ada bunyi-bunyi yang kata jangan pergi sebab fishynya semua benda free tapi sangatlah bersyukur sebab tak termakan dengan khabar angin tu. Bukan ke kalau benda free lagi kita suka? Peliklah manusia ni. 

Satu kesyukuran terbesar sebab itulah permulaan kepada turning point cara fikir pada hidup ni. Hidup ini bukanlah untuk hidup sesuka hati. Tapi ada tujuan untuk kita penuhi.

Makin lama makin faham dari mana kakak-kakak senior dulu dapat duit untuk buat program. Benarlah mereka kata, duit untuk program akan ada dari orang-orang yang infakkan harta mereka. Bukan sekadar harta, tapi fikiran juga masa.

"Korang siapa free sekarang untuk tolong angkatkan 3 kotak kek." - seruan mingguan dari seorang ukht

Untuk jayakan satu program cukuplah dikatakan jumlahnya sangat besar. Besar untuk kami yang elaun hanya seberapa sepanjang di KMB. Jadi perlu ditambah lagi dengan usaha jualan menampung dana. Bila adik-adik tanya, "mana akak semua dapat duit untuk buat daurah ni?". Geli hati sebab soalan yang sama aku pernah tanyakan awal dulu.

Dan akhawat ingat tak lagi kita gelak-gelak je jawab soalan tu dari balik tabir;

"Kalaulah diorang tau kek-kek yang diorang beli tu lah sebenarnya harga menampung daurah diorang hahaha"

Ya, usaha jualan kek itu adalah antara salah satunya. Jualan yang digiatkan lagi bukan saja di blok-blok aspuri tapi disebarluas pula ke budak lelaki dan cikgu-cikgu di blok akademik.


Antunna, masih belum rindukah kita?

Merindui proses awal tarbiyah kita.

Rindu saat kita beramal bersama. Bersama-sama naiki bas ke masjid putra dari serdang. Berhimpit di dalamnya bersama pekerja yang pulang petang. Berdiri di dalam bas, berpanas-panasan dan mathurat dibaca secara perlahan. Bila sampai stop dan turun je dari bas, terus ada yang katakan;

"Wahh rasa macam baru keluar dari zulumati ilannur"

Punyalah horror kan bas tu haha.

Cepat benar masa berlalu. Masing-masing sudah berada di medan masing-masing. Berada di kawasan secara asing. Moga kisah-kisah awal tarbiyah kita ini akan sentiasa kita rindui. Saat-saat betapa semangatnya kita menjalani jalan ni. Syura dan qadhaya hingga lewat pagi. Dan bila dimainkan semula recording, boleh dengar bunyi cengkerik dan kipas surau tenggelam timbulnya di balik suara-suara kita. Harapnya ia menjadi saksi atas setiap perkumpulan kita.


Rindu.
Rindu membacakan doa rabitah ini bersama.

Dan tentulah,
saya rindukan saat bersama antunna sentiasa.

Harapnya bukanlah suatu rindu kosong.
Tetapi rindu yang saling mendoakan
dan menguatkan lagi pilihan kita pada jalan ni.
Moga rindu ini mentsabatkan rasa hati.

Rindukan dan hargailah proses tarbiyah kita.

******

Tarbiyah adalah satu proses pembelajaran. Proses meninggalkan perkara yang tidak mendekatkan kita pada Allah kepada hal yang membawa kita kepadaNya. Walaupun pada perkara yang kita tersangat mahu, tapi apalah gunanya kalau itu bukan yang Allah mahu.

Walau apa jua ujian kehidupan, moga kita terus memilih untuk ditarbiyah dan mentarbiyah.

2016 -- Masjid yang pakciknya belanja kita air kelapa fresh sedap


Road to BFG.

Friday, June 12, 2020

How to deal with your parents 101 (for akhawat)

Entri ni dari 2018 sebenarnya save as draft. Lebih dari 10 kali fikir nak publish entry ni ke tak. Masa 2019 nak post pun terus bantutkan niat. Pejam celik, eh dah 2020!

Benda ni kalau dia makanan, buat jadi pekasam memang berbaloi. Tapi tulah, bukan makanan kan. Simpan sorang ntah manfaatnya pergi jauh mana je. Atleast kalau publish mungkin dalam 1000 ada sorang yang pernah lalui struggle yang sama, boleh relate dan manfaatkan.

So, here we go --




**********

Tiap kali balik cuti Summer akan sentiasa dengar kisah-kisah akhawat yang struggle untuk pergi program dan salah satu sebabnya susah nak dapat keizinan parents. Ya benar, susah jadi akhawat ni. Ada struggle tambahan; Nak memenangi hati parents untuk diorang yakin dengan kita.

Kadang program berderet. Lepas program hang terus sambung program adik-adik, lepas tu sambung program adik kepada adik-adik. Boleh mati kutu jugaklah nak susun ayat dan rancang perjalanan supaya taknaklah parents rasa kita buat rumah macam hotel pulak duk keluar masuk keluar masuk huhu

Dan kerana diri ni pun pernah lalui struggle yang sama awal-awal dulu (cewah sekarang macam senanglah jugak nak mintak pelepasan), maka ini adalah entri untuk kongsikan  how i deal with ibu abah during my early tarbiyah stage -- to have their support, and gaining their trust untuk terus berada dalam jalan DnT :') Maka harapnya sesuai jugalah buat kita pada bila-bila masa.

*DISCLAIMER:
1. Ini bukanlah tips dari orang lama, yang punya pengalaman berpuluh-puluhan. Bukan ya bukan. Malah masih lagi belajar bagaimana untuk terus menghadapi ujian-ujian dalam jalan ini (doakan plsss)

2. We might and might not have the same family background. You may apply if it fits your shoes. Tafadhol.


Background sikit:
Bukanlah lahir dari keluarga ikhwah akhawat. Perkataan "tarbiah" tu terasa sangat baru masa first time dengar dekat KMB dulu. Macam... eh tak pernah dengarlah. Tak pernah. Dulu-dulu selalu amazed bila dapat tahu keluarga si dia ni ikhwah akhawat. Rasa macam,

"Uwow ni mesti dari baby dah tau cerita pasal alat matlamat, hadis logam 😱

Tapi pastilah kita ini berbeza dan akan diuji dari sudut yang berbeza. Macam mana pun latar belakang keluarga kita, ujian-ujian itu tidak akan lari. Bagaimana istimewanya ujian itu buat kita, begitu jugalah istimewanya anugerah keluarga itu untuk kita.

Dan aku, alhamdulillah Allah kurniakan keluarga yang sangat supportive walaupun tak pernah didedahkan pun dengan term DnT sebelum ni. Antara perkara yang aku selalu mohon pada Allah adalah supaya aku sentiasa bersyukur dengan nikmat ni dengan menjadi anak yang terbaik buat mereka.

Jadi untuk mereka yang punya latar keluarga yang sama pasti kita ada rasa untuk nak family kita tahu dan faham dengan jalan yang kita pilih ni. Jadi, ini adalah sedikit perkongsian antara kisah awal-awal aku dulu, sedikit praktikaliti dan tricks yang boleh kita cuba-cuba; Selamat mencuba!

1. TUNJUKKAN PERUBAHAN
Tak tahu sebenarnya nak tulis sub-heading point ni macam mana. "Tunjukkan perubahan"? Macam pelik tau ayat dia huhu. Sebab hasil tarbiah ni seharusnya tanpa sedar akan menampakkan pada perilaku kita, baik percakapan dan tutur kata, pemikiran dan sebagainya. Tarbiah juga sepatutnya membuatkan orang sekeliling kita merasai tempiasnya. 

Jadi it shouldn't take much effort sepatutnya untuk kita 'tunjukkan perubahan' pada diri kita (still feels this term is not accurate haha). Benda ni patutnya natural je lah dan tak perlu pun "ditunjukkan". Kadang kita sendiri tak perasan macam "eh apa yang dah berlaku pada diri aku? eh?" hah cemtulah. End up, our parents yang akan nampak dulu -- anak dia ni lain macam je.

Lain macam in a good way lah harapnya, gitu. For this point hanya kita yang tahu dahulu kita bagaimana, maka sekarang ubahlah dan seharusnya ia mudah kerana tarbiah itu sememangnya mengubah.

Tapi,

Ya ada tapi di sini kawan-kawan.

Selalu rasa benda ni tak mudah untuk mereka yang sebelumnya memang anak yang baik :') Omg now i feel diri iolls ni tak baiknya dulu hahaha I've met lot of akhawat memang diorang ni baik sejak azali T^T Allahu, so this tips mungkin tak applicable sangat untuk akhawat yang memang anak yang baik dari kecil T^T


2. DO GOODS AS MUCH AS POSSIBLE


Sebenarnya ini lanjutan daripada point kat atas. Tapi sebab taknak nampak point atas tu panjang, maka aku pisahkan. Ok sekarang aku dah bazirkan perkataan dan buat point kedua ni jadi panjang.

Kerana kita mahu tarbiah itu terkena tempias pada orang sekeliling juga, maka berusahalah untuk offer sebanyak mungkin kebaikan esp kepada parents kita.

As I wanna make this entry as practical as possible, semakin kita membesar dalam tarbiah semakin banyaklah kebaikan yang harus kita berikan kepada kedua ibu-bapa kita. To another level banyak benda yang kita boleh offer pada parents kita, misalnya;

  • Ajak parents solat jemaah
  • If bapak gi masjid, let's be the imam dekat rumah untuk mak dengan adik-beradik kita
  • Akhawat kadang-kadang ikutlah bapak pergi jemaah dekat masjid. Kot lah ada bapak yang happy bila anak ikut sekali haha.
  • Know their love language (nah ambik test dekat sini)
  • Kalau nak masak atau bancuh air tu selawat dan doa banyak-banyak huhu
  • Sebelum diorang buat sesuatu, biar kita yang buat dulu. Eg: Lipat kain baju, basuh kuali pinggan mangkuk etc. 

Fuh point last tu penting ok. Kena buat especially kalau kita tahu akan keluar rumah lama. All out lah sebaik mungkin dalam kerja-kerja rumah. Walaupun kadang-kadang macam bahaya jugak sebab ibu pernah buat dialog, "nanti kakcik tak ada siapa nak buat etc etc" 😅 *lap peluh* takut makin susah pulak untuk keluar rumah nanti.

Tapi nasib baik ibu still benarkan sebab pada logik ibu tarbiah, pergi ke usrah/daurah, ke program-proram yang membuatkan anak dia ni dah 'jadi orang lain' haha maka ibu relakan je.

Tahun lepas siap bawak beg roda sebab kena keluar rumah lama. Pastu kebetulan ada makcik dekat rumah dan dia tanyalah, "Nak pergi mana tu?"

Bapak guwa dengan konpidennyaa tolong jawabkan;

"Dia nak pergi keluar berdakwah" - Ya bapak guwaaa gaiss 

Aku dah facepalm dah dekat depan pintu dengar abah boleh cakap cenggitu dekat makcik-makcik hahahaha habislah kang satu family ingat aku pergi tabligh. Mujurlah perempuan mana ada pergi tabligh. Sampai sekarang rasa nak gelak golek-golek sambil nanges bila ingat balik. Padahal waktu tu nak pergi pre-departure program je T______T ommo abah whyyy


3. JUAL NAMA-NAMA AKHAWAT


Sebenarnya sebelum ditarbiah lagi dah guna taktik ni hahaha kalau nak pergi mana-mana selalu jual nama kawan-kawan dekat ibu. Apatah lagi untuk hal-hal tarbiah takkan kita nak tinggalkan skills ni lol

Lagi-lagi kalau ada peristiwa yang buatkan ibu kenal mereka. Contohnya dekat KL/Selangor ni memang pusing nama sama je untuk dijual-jual hihu jzkkhair akhawat. Mohon halalkan.

Tapi bergantung juga parents kita macam mana. Ada yang kena jumpa kawan-kawan tu dulu depan mata. Ada yang sekadar mendengar nama dan cerita pun terus percaya (: Maka berusahalah yang mana-mana. Ajak je akak usrah datang rumah kenal dengan mak-mak. Kakak usrah pun happy kalau dapat offer macam tu dari adik-adik XD

Kita kena jual Unique Selling Point (USP) DnT ni dan antaranya, akhawat adalah orang yang baik-baik. InshaaAllah kalau point no 1 dan 2 tadi kita apply di rumah, mereka akan nampak akhawat dan kawan-kawan kita juga tentunya begitu. Maka, akan gembiralah hati mereka sebab anak-anak dia ni dikelilingi orang baik-baik. InshaaAllah akan hilanglah kerisauan mereka untuk melepaskan kita.

Juga, ceritakanlah kepada ibu bapa anda betapa baiknya akhawat ni. Betapa hebatnya kakak ini yang kerja hingga malam tapi commit dengan usrah. Bila ditanya dari mana dapat duit untuk buat program, maka ceritakanlah ia adalah infak dari poket kakak-kakak dan akhawat ini.

Selagi cerita itu mampu memenangi tsiqah kedua ibu bapa kita, maka ceritakanlah. Akhawat tu tak tahu pun kita cerita apa dekat parents kita :p InshaaAllah tidak menimbulkan riak dalam diri mereka hahaha


4. CERITA


Dari kecik lagi kalau balik dari tadika, mesti ibu tanya belajar apa tadi. Bila naik sekolah rendah pun sama lagi patternnya. Lama-lama dah jadi kebiasaan untuk aku cerita semua yang berlaku kat sekolah (tapi kisah tak best kat sekolah tak pernahlah cerita)

Bayangkan kalau sebulan duduk asrama tak balik rumah. Sekali dapat balik hujung minggu tu, rasa tak boleh berhenti cakap kadang sampai ibu pun malas nak layan dan aku lah yang merayu-rayu untuk ibu dengar bhahaha -- "ibu lepas tu... lepas tu... eh ibu dengar tak ni? Ibu dengarlahhhh"

Dari zaman KMB dan tak sangka sekarang pun ibu akan tanya tadi daurah buat apa. Cerita lah mana-mana bahagian yang boleh membuatkan ibu dan bapa anda lebih yakin bahawa sesuatu yang anda hadiri itu bukanlah keburukan. Malah menambah lagi satu nilai baru.

Bagaimana antunna memilih bahan yang sesuai untuk adik usrah, antunna juga pasti berkebolehan dalam memilih bahagian cerita mana yang sesuai untuk dikisahkan kepada parents antunna :p

Pernah sekali aku forward dekat ibu recording forum daurah (ofkos lah forum umum) dan masa tu still dekat luar lagi. Bila sampai je rumah ibu bagitau yang dia dengar sampai habis. Terkejut jugak sebab takdelah nak expect ibu dengar sampai habis hahaha forum tu lama tau sejam lebih. Tapi dari situ aku mula faham kegigihan ibu untuk tahu apa yang anak dia dengar dekat daurah-daurah.


5. SYUYUKH/QIYADAH
Selain menjual nama-nama akhawat, untuk aku dapat level tsiqah yang lebih jitu selalu jugak jual nama sepupu-sepapat yang join usrah. Kalaulah menjual nama orang ni dapat duit, mungkin dah kaya sekarang (--,)

Mujur Shafiqa pun join benda yang sama jugak. Jadi kalau apa-apa memang bawak naik nama Shafiqa dan sepupu-sepupu lah :p Misalnya, kalau ada konvensyen yang mengumpulkan ikhwah akhawat seluruh negara hah masa ni yakinkan lagi mereka dengan menceritakan

"Angah pun nanti ada dekat sana yadaa yadaa"
"Nanti gerak sekali dengan ayong pergi sana etc etc"

ok tak masuk point syuyukh/qiyadah lagi sebenarnya.

Ceritanya aku beria menjual nama akhawat dan sepupu-sepapat untuk memenangi tsiqah ibu tapi rupanya aku baru tahu ibu fan of Dr. X (doctor yang ibu follow kisahnya dari sebelum aku lahir lagi huhu)

Kalaulah dari awal aku tahu... -_-

Aku boleh sebut nama Dr.X je dari mula dan mungkin tak wujud point 1 hingga 4 dalam entri ni. Korang pun senang tak payah baca panjang-panjang hahaha

Banyak je lagi syuyukh dan qiyadah yang nama-nama mereka sebenarnya familiar untuk parents kita. Tinggal kita je lagi nak promote ke tak USP DnT ni.

One with Dr. Fauziah 😆

Ok tu je kot setakat ni. Kalau masih tak konfiden nak yakinkan parents boleh discuss dengan kakak usrah masing-masing. Percayalah kakak usrah antunna pun mesti pernah lalui struggle yang sama :p (kalau bukan dia lalui pun, mesti dia selalu dengar kisah dari akhawat lain)

Kalau kita betul-betul nak benda tu, kita mesti akan usaha sampai kita dapat. Till then! Moga Allah mudahkan urusan kita dan terima usaha kita dalam meyakinkan keluarga (: 

**********

Since lepas ni akan BFG (back for good) tentulah akan lebih banyak spend masa dengan family. Lepas dah berjaya menangi tsiqah ni kena pandai handle pulak hak masa dengan keluarga tanpa abaikan hak tarbiyah kita. Ni pun another struggle dan skill yang kena kuasai. Tapi sebab masih dalam proses try and error jadi tak dapatlah nak bagi tips lagi haha doakan plss cuak jugak nak adapt waqi' baru.


Thursday, June 04, 2020

Telekung Biru Baru

KMB, 2014
"Saya pernah bagitau mak saya, saya nak telekung baru as hadiah SPM."
Suara dia mula tersekat. Tak tahu macam mana nak habiskan ayat. Mata jadi panas dan dada terasa berat. Ntahlah. Mungkin sebab dia nak sangat benda tu. Bukanlah sebab telekung yang sedia ada dah teruk sangat. Tak pun. Cuma nak telekung baru yang berwarna. Sebab telekung putih waktu tu semua jarang. Kalau nak solat kena pakai anak tudung, kena sarung baju lengan panjang lagi.

"Saya tak pernah request hadiah dekat parents. Tapi bila diorang tanya untuk SPM nak apa, saya jawab nak telekung baru. Tapi...
 
sampai sekarang tak dapat."

Kebetulan telekung warna-warna ni tengah trend, sebab tu harga tinggi-tinggi. Bila ditanya mahu hadiah SPM apa, rasa serba salah nak bagitahu. Masa tu nilai 60-80 ringgit besar sangat. Malu sebab minta hadiah tu. Bukan semata sedih sebab tak dapat, tapi sedih sebab rasa serba salah terlepas cakap nak hadiah apa.

"Awak nak tahu tak, ada sorang kawan ayah akak ni dia manja sangat dengan Allah" - akak usrah
"Hah cemana tu?"


Macam mana nak manja dengan Allah? Dah mula start rasa pelik. First time dengar benda macam ni. Lelaki pulak tu kawan ayah dia. Typical stereotype.

"Pakcik tu sebelum dia pilih untuk buat something mesti dia cerita dekat Allah dulu. Kalau perlu buat pilihan macam nak beli kereta warna apa pun dia istikharah (tanya Allah)."

Amazednya! Pilih warna kereta je pun -- Itulah apa yang dia fikirkan masa tu. Kakak tu sambung lagi bila nampak perhatian penuh tertumpu pada dia. Keadaan surau kekal sunyi. Ada lah dua tiga orang keluar masuk. Ada yang ambil barang, yang singgah untuk solat pun tak kurangnya.

"In any situation pun, kena biasakan cakap dengan Allah dulu. Pernah sekali tu duit akak tinggal sikit. Duit sponsor pulak dah habis guna. Akak doa sungguh-sungguh cerita dekat Allah. Tak lama lepas tu unexpectedly dapat msg dari ayah akak dia baru masukkan duit dalam akaun."
"So awak... kalau kita rasa tak tenang, nak cerita apa-apa, nak something, cakaplah pada Allah dulu. Percayalah Allah tu maha Mendengar dan maha Memberi"


Blok F, 2014

Petang tu dia solat sorang je dekat surau. Terlepas jemaah Asar untuk hari tu. Takpelah, ada masa nak berangan dan termenung (read: doa) lama sikit. Yang baca mathurat dekat belakang surau pun dah mula bersurai. Sorang demi sorang keluar menyarung selipar di pintu belakang dan dia; masih lagi dalam saf duduk menghadap wallpaper ungu-emas yang cantik tu.
"Jan ada?"
Soalan tu dituju pada orang-orang yang baru bersurai usai mathurat. Ada 2 orang je dekat KMB yang dia kenal rapat punya suara halus dan lembut macam tu. Walaupun soalan bukan ditanyakan pada dia, tapi dengan common sense yang ada tindakan refleks untuk menoleh ke belakang itu adalah perkara normal. Normallah, tu panggilan nama dia kot!

"Akak?!"
Anime Onion GIF - Anime Onion GIFs 
Pelik sebab kakak ni duduk blok sebelah dan persinggahan surau inter-blok ni selalunya berlaku masa Maghrib-Isya' (untuk KULSEM). Terkejut sebab waktu Asar macam ni pun kakak tu menyinggah. Tapi, sikit je lah terkejutnya sebab dia memang jangka dengan nature kakak-kakak usrah yang suka buat perangai sesurprise macam ni. 

"Kita baru balik dari Langkawi hari tu. Ni ada buah tangan untuk awak." 

Terus dihulurkan plastik dari tangan kanan.

Tak habis surprise lagi rupanya. 

Dia ambil dan tengok isi dalam.

Ada telekung warna biru....

"Akak....." /speechless/
"Bila nampak telekung ni teringat awak. Hari tu awak pernah cerita awak nak telekung warna-warna kan. " 
"Akak... saya baru mintak dekat Allah nak telekung baru lepas Asar tadi" 
Onion Head Emoji GIF - OnionHead Emoji Cry GIFs

Walaupun langit dekat luar tak hujan,
tapi dalam surau dah banjir.

**********
I just have few memories with my first murabbi as less than a year we're together in KMB. Hikmahnya, kerana sedikitlah kita lebih ingat setiap satu kisah bersama. Bertahun dah berlalu. Sebelum yang sedikit itu hilang dari imbasan, eloklah kita rakamkan di sini.

Jzkkhair kerana pernah mengajar saya untuk ceritakan semuanya pada Allah dulu. First murabbi will always be missed. Rindu jugak nak jadi adik-adik yang dimanjakan begini haha.



p/s: Last year balik Malaysia terkejut ada satu plastik besar telekung warna-warna dekat rumah. Banyak sangat macam nak bukak kedai dah gayanya. Sekarang dah murah ya gais harga belas-belas je dekat Shopee. But still;

"kenapa ibu beli telekung banyak sangat ni?" 😅

"Senang orang datang nanti kita bagilah telekung baru. Buat sedekah."

Ok ibu, apa-apa je lah asalkan ibu happy haha

Onion Head GIF - Onion Head No GIFs

Tuesday, June 02, 2020

Light and Airy


COVID Evening Stroll,
4th April 2020.







A month left and this place will be missed (':

Sunday, May 17, 2020

The Infinite Reward

KMB, 2016
"Saya selalu sedih bila hilang sabar. Sebab Allah kan kata Dia bersama orang yang sabar.
"...Innallaha ma'assabirin"  
"Manusia ni... bukanlah selalu ada dengan kita. Bayangkan kalau kita hilang sabar, how can we afford kalau Allah tak bersama kita?"
*efek mata bergenang dan menahan hingus dari keluar*   

Will always take a moment whenever I went through any ayat in Al-Quran regarding Sabr. Mungkin sebab waktu sekolah dulu selalu geram bila orang tak ikut peraturan. Rasa sangat Allah selalu uji kesabaran waktu tu. Lagi, masa KMB berapa kali ntah rasa nak give up dengan study. Tapi sebab Allah kata Dia ada dengan orang yang sabar — terus tak jadi nak patah balik.

Itulah, bila hilang sabar selalu sedih dengan diri sendiri sebab takut Allah takde dengan kita.  IB tu dah lah susah. Kalau Allah pun takde dengan kita. Nak harapkan siapa lagi. Like, "Ya Allah, I'm so sorry janganlah tinggalkan aku." U_U Innocent jugak dulu. Ya, sekarang pun masih innocent.

(2:153) tu lah ayat motivasi untuk bawa DnT sambil nak menghabiskan IB dulu. Dan lepas tu apa-apa ayat dalam al-Quran tentang sabar rasa…. appreciated dan touching sangat. Ntahlah tak tau nak describe macam mana. Sebab al-Quran banyak bentuk cara fikir diri ni dalam memandang aspek "kesabaran".


Bila bergelumang dengan DnT, banyak membuka perspektif baru tentang sabar. Sabar yang bukan sahaja pada menahan marah. Tapi sabar dalam ketaatan dan sabar untuk tidak bermaksiat. Susah rupanya sabar ni — Untuk kekal tsabat hingga akhir hayat. Untuk tak bermaksiat sedang kau sorang tapi perlu melawan dua; nafsu dan syaitan.

Kerana besarnya mujahadah untuk kekal sabar, jadi tak peliklah pahalanya juga besar; iaitu kesempurnaan pahala tanpa batasan.

"Katakanlah, "wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertakwalah kepada Tuhanmu." Bagi orang yang berbuat baik di dunia ini akan memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu luas. Hanya orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpa batas."
"Katakanlah, "Sesungguhnya aku diperintahkan agar menyembah Allah dengan penuh ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan agama)."  
(Az-Zumar:10-11)

Dalam banyak-banyak ayat dalam juz 23, tetap tertarik dengan ayat berkaitan sabar. Macam ada magnet tiap kali jumpa ayat tentang sabar. Dalam surah az-Zumar tu, lepas diceritakan tentang pahala sabar tanpa batas Allah terus ingatkan tentang ketaatan yang harus kita berikan pada Dia.

Rasanya pernah sekali buat entri tentang sabar. Tapi, dalam konteks tadabbur sabar kali ni nak ajak kita untuk sama-sama tetap sabar dalam ketaatan. Supaya dapat kekalkan momentum ibadah di hujung-hujung bulan Ramadhan ni.

Tetap sabar berpuasa. Sabar dalam terus berdoa. Sabar untuk bangun malam. Bayangkan, kita sabar taat beribadah dalam bulan Ramadhan dan lagi kekal sabar hingga penghujungnya. Yang dihujungnya itu kan ada malam yang lebih baik dari seribu bulan. Ya, sabar dalam menanti malam yang penuh kemuliaan.

Wadi Rum, Jordan

Sebab sekarang ni bulan Ramadhan, baru terfikir tentang satu perkara. Tentang kesabaran beribadah pada malam al-Qadr. Di saat mungkin ramai sedang sibuk fikirkan tentang raya, tapi bayangkan kita kekal fokus dengan Ramadhan dan dapat meraih pahala sabar beribadah (dan terkena pula) masa lailatul Qadr…. Pahala yang tanpa batas tu digandakan dengan malam yang lebih baik dari seribu bulan. Dalam bahasa matematiknya sangatlah infinity! Ini logik infinity kita yaa. Tapi level infinity Allah tu macam manalah agaknya 😭 hebatkan sabar ni.

Apa-apa pun, moga Allah terus kurniakan kita kekuatan dan kesabaran dalam bersabar untuk tetap taat walau setelah Ramadhan. Supaya dapat buktikan pada Allah yang kita ni sememangnya hamba Dia. Bukanlah hamba Ramadhan.

اللهم يامقلب القلوب ثبت قلوبنا على دينك

"Belajarlah dari kuda. Bila nak dekat dengan garisan penamat lagi dia pecut laju." - Murabbi 
— 7 days left before Ramadhan ends. 

Tuesday, May 12, 2020

Common Road

Dunkirk, Nottingham.
031219












Sunday, May 10, 2020

Untung mereka, Untung kita

Orang selalu kata untung siapa ada mak lagi. Masih ada peluang menyelit dalam doa mak-mak yang penuh berkah. Untung sekali!

Tapi untung aku bukan hanya sekali, malah berkali.

Untung bukan sahaja dapat berada di dalam doa ibu. Untung lagi dalam menumpang rezeki dan pulangan kebaikan yang ibu abah lakukan. Ada kebaikan yang aku kira sangatlah besar telah mereka laksanakan walau perasaan mereka ikut terkorban. Susah macam mana pun, hak-hak untuk semua ibu abah tetap tunaikan. Jadi dalam susahnya nak besarkan anak-anak, Allah telah mudahkan dalam beberapa perkara.

"Kita ni, belajar senang dari kecik siap pergi oversea mesti sebab Allah nak senangkan ibu dan abah."

Pernah aku ingatkan Shafiqa begitu. Segala kebaikan dan nikmat yang kita dapat ni, pandanglah juga pada perspektif rezeki ibu dan abah. -- Senang belajar, tak payah pergi tusyen, dapat masuk asrama. Dah masuk asrama dapat tusyen free pulak special untuk budak asrama. Lepas tu belajar luar Malaysia ada yang sponsor. Ibu abah tak perlu keluarkan banyak untuk harga pendidikan anak-anak. Kalaulah anak-anak itu adalah harta, maka inilah rezeki harta yang banyak buat ibu dan abah.


Dari tahun pertama lagi dah pasang cita-cita nak bawak ibu abah merasa datang sini. Duit bulan-bulan aku ketepikan. Selalunya orang ajak parents masa tahun akhir sebab alang-alang graduation day kan. Ntah kenapa tahun lepas beria ajak ibu datang UK waktu Spring. Abah macam biasa memang susah nak dapat cuti. Abah pulak jenis tak kisah sangat hal ehwal jalan begini asalkan ibu dapat merasai. Bila tahun ni datangnya COVID, terkilah jugalah tak dapat tunjuk pada abah itik-itik di Uni.
"Nasib baik dah sampai tahun lepas. Tak ada lah terkilan dah." — ibu  
"Iulah, rezeki ibu" 
"Rezeki anak-anak ni"

Nak nanges bila dengar ibu kata begitu. Kalau nak berbalas ini rezeki siapa memang takkan habis sampai esok. Tapi, untuk aku inilah balasan kebaikan mereka dan akulah orang yang mendapat untung sebab dipilih menjadi tempat rezeki tu disalurkan.

Dan tempias kebaikan dari mereka yang paling besar aku rasai saat ni adalah kefahaman Islam yang Allah telah beri. Tak tahu doa ibu yang mana satu, tapi tentu doa itu yang membawa kehidupan aku ke arah ni. Sebab tu mungkin ibu abah tak ada isu anak-anak dia pergi usrah sebab ntah ntah diorang yang doakan dalam diam supaya anak dia behave sikit :p haha Alhamdulillah

Tiap kali ibu dengan abah izinkan pergi usrah, pergi program selalu sangat minta supaya Allah bagi ganjaran yang sama malah lebih lagi pada ibu dan abah. Kita mungkin rasa kita dah berkorban banyak hal sebab pergi sana-sini. Tapi janganlah lupa pengorbanan ibu abah dalam memberi kita pelepasan dan sokongan untuk terus bertumbuh.

Amal yang boleh dibawa mati itu ada tiga dan salah satunya adalah doa dari anak yang soleh. Mungkinlah kita tak berpeluang untuk ada anak yang soleh sebab tak tahu mati bila, tapi kita kan sedang diberi peluang untuk menjadi anak yang soleh. Jadi bekerjalah ke arah peluang yang telah ada.

Moga terus dapat menjadi penyejuk hati ibu abah dan anak yang baik supaya doa kita untuk mereka tak tersangkut di langit. Banyak mana pun hadiah yang diberi, sampai kesudah tak dapat balas apa yang ibu abah bagi. Hanya doa-doa jualah dapat dilantunkan kembali. Moga hidup mereka terus diberkati dan dirahmati sebab Allah je lah sebaik-baik pemberi. 

Sementara ibu abah masih ada, banyak-banyaklah minta didoakan mereka dan banyakkanlah berdoa tentang mereka. Kerana untung mereka, untung kita. Senang kita, senanglah hati mereka.


I miss wearing the same pattern baju kurung sewed by ibu. Zaman berjimat. Baju raya sekarang kemain ratus ratus tapi takdelah cantik mana :( Maybe kena start belajar jahit baju kurung sendiri je lepas ni. Kembali ke zaman dulu-dulu huhu and sorry Syahmina, you're not in this photo. Again.

Selamat hari ibu, ibu!

Taknak throwback in detail sangat kisah-kisah dengan ibu abah sebab nanti homesick sengsorang dekat sini. Tenung gambar ibu abah yang dah beruban lama-lama pun boleh bawak bergenang. Kritikal betul diri ni ish. Dahlah masuk tahun ni dah 2 kali tak dapat kumpul raya sekali mmm mm.

Friday, May 08, 2020

Beeston Town

Beeston, Nottingham
2018

"Pekan orang-orang tua"