Thursday, June 04, 2020

Telekung Biru Baru

KMB, 2014
"Saya pernah bagitau mak saya, saya nak telekung baru as hadiah SPM."
Suara dia mula tersekat. Tak tahu macam mana nak habiskan ayat. Mata jadi panas dan dada terasa berat. Ntahlah. Mungkin sebab dia nak sangat benda tu. Bukanlah sebab telekung yang sedia ada dah teruk sangat. Tak pun. Cuma nak telekung baru yang berwarna. Sebab telekung putih waktu tu semua jarang. Kalau nak solat kena pakai anak tudung, kena sarung baju lengan panjang lagi.

"Saya tak pernah request hadiah dekat parents. Tapi bila diorang tanya untuk SPM nak apa, saya jawab nak telekung baru. Tapi...
 
sampai sekarang tak dapat."

Kebetulan telekung warna-warna ni tengah trend, sebab tu harga tinggi-tinggi. Bila ditanya mahu hadiah SPM apa, rasa serba salah nak bagitahu. Masa tu nilai 60-80 ringgit besar sangat. Malu sebab minta hadiah tu. Bukan semata sedih sebab tak dapat, tapi sedih sebab rasa serba salah terlepas cakap nak hadiah apa.

"Awak nak tahu tak, ada sorang kawan ayah akak ni dia manja sangat dengan Allah" - akak usrah
"Hah cemana tu?"


Macam mana nak manja dengan Allah? Dah mula start rasa pelik. First time dengar benda macam ni. Lelaki pulak tu kawan ayah dia. Typical stereotype.

"Pakcik tu sebelum dia pilih untuk buat something mesti dia cerita dekat Allah dulu. Kalau perlu buat pilihan macam nak beli kereta warna apa pun dia istikharah (tanya Allah)."

Amazednya! Pilih warna kereta je pun -- Itulah apa yang dia fikirkan masa tu. Kakak tu sambung lagi bila nampak perhatian penuh tertumpu pada dia. Keadaan surau kekal sunyi. Ada lah dua tiga orang keluar masuk. Ada yang ambil barang, yang singgah untuk solat pun tak kurangnya.

"In any situation pun, kena biasakan cakap dengan Allah dulu. Pernah sekali tu duit akak tinggal sikit. Duit sponsor pulak dah habis guna. Akak doa sungguh-sungguh cerita dekat Allah. Tak lama lepas tu unexpectedly dapat msg dari ayah akak dia baru masukkan duit dalam akaun."
"So awak... kalau kita rasa tak tenang, nak cerita apa-apa, nak something, cakaplah pada Allah dulu. Percayalah Allah tu maha Mendengar dan maha Memberi"


Blok F, 2014

Petang tu dia solat sorang je dekat surau. Terlepas jemaah Asar untuk hari tu. Takpelah, ada masa nak berangan dan termenung (read: doa) lama sikit. Yang baca mathurat dekat belakang surau pun dah mula bersurai. Sorang demi sorang keluar menyarung selipar di pintu belakang dan dia; masih lagi dalam saf duduk menghadap wallpaper ungu-emas yang cantik tu.
"Jan ada?"
Soalan tu dituju pada orang-orang yang baru bersurai usai mathurat. Ada 2 orang je dekat KMB yang dia kenal rapat punya suara halus dan lembut macam tu. Walaupun soalan bukan ditanyakan pada dia, tapi dengan common sense yang ada tindakan refleks untuk menoleh ke belakang itu adalah perkara normal. Normallah, tu panggilan nama dia kot!

"Akak?!"
Anime Onion GIF - Anime Onion GIFs 
Pelik sebab kakak ni duduk blok sebelah dan persinggahan surau inter-blok ni selalunya berlaku masa Maghrib-Isya' (untuk KULSEM). Terkejut sebab waktu Asar macam ni pun kakak tu menyinggah. Tapi, sikit je lah terkejutnya sebab dia memang jangka dengan nature kakak-kakak usrah yang suka buat perangai sesurprise macam ni. 

"Kita baru balik dari Langkawi hari tu. Ni ada buah tangan untuk awak." 

Terus dihulurkan plastik dari tangan kanan.

Tak habis surprise lagi rupanya. 

Dia ambil dan tengok isi dalam.

Ada telekung warna biru....

"Akak....." /speechless/
"Bila nampak telekung ni teringat awak. Hari tu awak pernah cerita awak nak telekung warna-warna kan. " 
"Akak... saya baru mintak dekat Allah nak telekung baru lepas Asar tadi" 
Onion Head Emoji GIF - OnionHead Emoji Cry GIFs

Walaupun langit dekat luar tak hujan,
tapi dalam surau dah banjir.

**********
I just have few memories with my first murabbi as less than a year we're together in KMB. Hikmahnya, kerana sedikitlah kita lebih ingat setiap satu kisah bersama. Bertahun dah berlalu. Sebelum yang sedikit itu hilang dari imbasan, eloklah kita rakamkan di sini.

Jzkkhair kerana pernah mengajar saya untuk ceritakan semuanya pada Allah dulu. First murabbi will always be missed. Rindu jugak nak jadi adik-adik yang dimanjakan begini haha.



p/s: Last year balik Malaysia terkejut ada satu plastik besar telekung warna-warna dekat rumah. Banyak sangat macam nak bukak kedai dah gayanya. Sekarang dah murah ya gais harga belas-belas je dekat Shopee. But still;

"kenapa ibu beli telekung banyak sangat ni?" 😅

"Senang orang datang nanti kita bagilah telekung baru. Buat sedekah."

Ok ibu, apa-apa je lah asalkan ibu happy haha

Onion Head GIF - Onion Head No GIFs

No comments: