Sunday, May 10, 2020

Untung mereka, Untung kita

Orang selalu kata untung siapa ada mak lagi. Masih ada peluang menyelit dalam doa mak-mak yang penuh berkah. Untung sekali!

Tapi untung aku bukan hanya sekali, malah berkali.

Untung bukan sahaja dapat berada di dalam doa ibu. Untung lagi dalam menumpang rezeki dan pulangan kebaikan yang ibu abah lakukan. Ada kebaikan yang aku kira sangatlah besar telah mereka laksanakan walau perasaan mereka ikut terkorban. Susah macam mana pun, hak-hak untuk semua ibu abah tetap tunaikan. Jadi dalam susahnya nak besarkan anak-anak, Allah telah mudahkan dalam beberapa perkara.

"Kita ni, belajar senang dari kecik siap pergi oversea mesti sebab Allah nak senangkan ibu dan abah."

Pernah aku ingatkan Shafiqa begitu. Segala kebaikan dan nikmat yang kita dapat ni, pandanglah juga pada perspektif rezeki ibu dan abah. -- Senang belajar, tak payah pergi tusyen, dapat masuk asrama. Dah masuk asrama dapat tusyen free pulak special untuk budak asrama. Lepas tu belajar luar Malaysia ada yang sponsor. Ibu abah tak perlu keluarkan banyak untuk harga pendidikan anak-anak. Kalaulah anak-anak itu adalah harta, maka inilah rezeki harta yang banyak buat ibu dan abah.


Dari tahun pertama lagi dah pasang cita-cita nak bawak ibu abah merasa datang sini. Duit bulan-bulan aku ketepikan. Selalunya orang ajak parents masa tahun akhir sebab alang-alang graduation day kan. Ntah kenapa tahun lepas beria ajak ibu datang UK waktu Spring. Abah macam biasa memang susah nak dapat cuti. Abah pulak jenis tak kisah sangat hal ehwal jalan begini asalkan ibu dapat merasai. Bila tahun ni datangnya COVID, terkilah jugalah tak dapat tunjuk pada abah itik-itik di Uni.
"Nasib baik dah sampai tahun lepas. Tak ada lah terkilan dah." — ibu  
"Iulah, rezeki ibu" 
"Rezeki anak-anak ni"

Nak nanges bila dengar ibu kata begitu. Kalau nak berbalas ini rezeki siapa memang takkan habis sampai esok. Tapi, untuk aku inilah balasan kebaikan mereka dan akulah orang yang mendapat untung sebab dipilih menjadi tempat rezeki tu disalurkan.

Dan tempias kebaikan dari mereka yang paling besar aku rasai saat ni adalah kefahaman Islam yang Allah telah beri. Tak tahu doa ibu yang mana satu, tapi tentu doa itu yang membawa kehidupan aku ke arah ni. Sebab tu mungkin ibu abah tak ada isu anak-anak dia pergi usrah sebab ntah ntah diorang yang doakan dalam diam supaya anak dia behave sikit :p haha Alhamdulillah

Tiap kali ibu dengan abah izinkan pergi usrah, pergi program selalu sangat minta supaya Allah bagi ganjaran yang sama malah lebih lagi pada ibu dan abah. Kita mungkin rasa kita dah berkorban banyak hal sebab pergi sana-sini. Tapi janganlah lupa pengorbanan ibu abah dalam memberi kita pelepasan dan sokongan untuk terus bertumbuh.

Amal yang boleh dibawa mati itu ada tiga dan salah satunya adalah doa dari anak yang soleh. Mungkinlah kita tak berpeluang untuk ada anak yang soleh sebab tak tahu mati bila, tapi kita kan sedang diberi peluang untuk menjadi anak yang soleh. Jadi bekerjalah ke arah peluang yang telah ada.

Moga terus dapat menjadi penyejuk hati ibu abah dan anak yang baik supaya doa kita untuk mereka tak tersangkut di langit. Banyak mana pun hadiah yang diberi, sampai kesudah tak dapat balas apa yang ibu abah bagi. Hanya doa-doa jualah dapat dilantunkan kembali. Moga hidup mereka terus diberkati dan dirahmati sebab Allah je lah sebaik-baik pemberi. 

Sementara ibu abah masih ada, banyak-banyaklah minta didoakan mereka dan banyakkanlah berdoa tentang mereka. Kerana untung mereka, untung kita. Senang kita, senanglah hati mereka.


I miss wearing the same pattern baju kurung sewed by ibu. Zaman berjimat. Baju raya sekarang kemain ratus ratus tapi takdelah cantik mana :( Maybe kena start belajar jahit baju kurung sendiri je lepas ni. Kembali ke zaman dulu-dulu huhu and sorry Syahmina, you're not in this photo. Again.

Selamat hari ibu, ibu!

Taknak throwback in detail sangat kisah-kisah dengan ibu abah sebab nanti homesick sengsorang dekat sini. Tenung gambar ibu abah yang dah beruban lama-lama pun boleh bawak bergenang. Kritikal betul diri ni ish. Dahlah masuk tahun ni dah 2 kali tak dapat kumpul raya sekali mmm mm.

No comments: