Tuesday, December 31, 2019

The fav 20

Bila dah jadi uni student ni, new year macam wujud tak wujud je. Masuk new term, September tu ibarat dah masuk new year pun. Jadi azam-azam yang ditanam tu adalah antara Sept 2019-Sept 2020 kihkih. Kenapa kena ada azam? Penting. Supaya hati dan otak kita indirectly berfungsi untuk terus kekal dalam objektif tu.

Bila cerita pasal azam ni kan teringat zaman sebelum kenal tarbiyah yang tahap loyar buruk tu kemain tinggi. Bukan nak salahkan abang, tapi loyar buruk tu semua memang pengaruh yang datang dari abang. So, salah abang jugaklah.

Masa zaman sekolah pernah main-main set azam nak jumpa orang bernama Azam. Pastu tah cemana betul-betul ada sorang ni nama Azam masuk sekolah tahun tu. Pastu tick dalam diary satu azam dah settle, effortlessly. Senang betul mencapai azam tika itu muahahaha. 

Pastu tak ingat apa jadi pada si Azam tu. Dia pindah sekolah ke dia stay eh? Biasalah azam tak penting memang tak register dalam otak sangat. Student pindah keluar tu dah macam benda biasa dekat SABDA. Hanya yang kuat dan hensem je bertahan. Contohnya macam Shahizz…. eh

Bayangkan azam yang main-main cemtu pun Allah tunjukkan depan mata. Jadi semua, marilah kita menanam azam yang lebih serius dan berdoa moga Allah menunjukkan jalan dan membawa kita ke arah azam tu. Bukan Azam eh, azam. Ada jugak kena cubit nanti.

Sebelum tu, entri ni bukan nak list down 20 azam 2020. Bukan ya bukan. Sebab i is segan nak expose my azam since azam 2019 nak minum air masak 1 liter sehari pun struggle nak capai. Eh, ter-expose pulak.

Would like to end my 2019 post with my fav 20 in 2019. Hence, the title and here it goes;


Fav 4 modern islamic songs





Kalau ikutkan banyak lagi tapi nasib baik dah berazam nak share 4 je. Takut terbawak readers melagha pulak nanti hiks

Fav 4 Youtube AQ recitations





Ni kalau dengar hari-hari dah boleh jadi macam lagu yang kita akan 'ternyanyi' randomly.

Fav 4 books in 2019




Image result for daie disruptor cover

Sejak dah stop baca fav genre macam fixi dan lejenpress, perasan jugak momentum membaca dah tak macam dulu. Awal-awal dulu struggle jugak nak baca buku berfikrah. 30 page je dah menguap hm. So, ni antara 4 buku yang berjaya memanaskan kembali engine ke arah bahan bacaan yang berfaedah.

Fav 4 visited places in 2019

 Dean Village, Edinburgh.

Cappadocia, Turkiye.

Istanbul, Turkiye.

Wadi Rum, Jordan.

Fav visited places because went there with fav people hihi

Fav 4 sold photos in 2019






Selling my photos suka-suka for my passive income. Daripada simpan berkepuk dalam hard disk why not trying to sell it online. Gambar busuk-busuk pun boleh generate ~28 USD in 5 months :') Alhamdulillah, lepaslah jugak kalau akhawat request untuk belanja askem :p


Ok, saja bagi 20 sempena 2020. Nak bagi 19 susah sebab prime number xp

*****

Nevertheless, I'm blessed with what Allah had given and taught me throughout 2019 (: For 2020, couldn't ask for a better goal other than being a better 'abid, daughter, murabbi, mutarabbi, friend and human being to this world. Yeah, these are kinda general and unmeasurable. The specific one kan dah kata awal-awal tadi taknak expose hahaha

May Allah make way and ease the journey towards your azam 2020 too (:

No comments: