Monday, January 28, 2019

Tak Layak

"Awak...", tangan aku dipegang dan ditarik ke tepi jauh sedikit dari manusia yang lain.

"...kita ada benda nak cakap."

Dari riak muka dia macam boleh agak pasal apa. Sebab bila ramai membuka topik tu, mata dia pandang ke bawah, ada sesuatu yang dimenungkan. Elok sahaja kami duduk, dia terus mulakan bicara.

"Lepas dengar pengisian semalam, saya rasa saya tak pernah buat macam tu." -- mata dia mula berkaca-kaca. Alamak, cuak jugak bila tengok mata orang berair ni. 
"Sebab tak pernah ada orang buat dekat saya dulu. Jadi saya tak tahu." -- habis kepalanya ditundukkan ke bawah. Telapak tangan dibawa rapat menutupi muka. Terlepaslah tangisan yang tak lagi tertahankan.

Bab pujuk-memujuk ni memang tak pernah excellent, tapi waktu tu tanpa ragu-ragu aku terus peluk dia. Beserta monolog dalaman, "alamak alamak cepat susun ayat nak pujuk macam mana niiii". Rasa nak marah diri sendiri sebab lemah skill ni huwaaa.

Diluahkan semua apa yang disimpan selama ni, apa yang dirasa dari hati, struggle yang dia lalui untuk jalankan DnT. untuk 10 minit pertama aku dengarkan sahaja semua. The early phase ni eloklah jangan interrupt lagi. 

"Sorry kotorkan tudung awak. Eheh" - dia 
"Hahaha tak kisahlahhh" - Bahu akhawat memang untuk 'dibasahkan' pun :p

Walau pelukan dah terlerai, aku ambil genggam tangan dia. Harap dapat beri sedikit semangat. Dia sambung lagi menceritakan all the insecurities,

"...rasa tak cukup buat." 
"...dah buat tapi tak ada hasil. Saya gagal ke?"

Rasa tak cukup, tak mampu atau gagal -- semua ni bisikan syaitan. Perasaan-perasaan ni sebenarnya boleh menjadi motivasi kalau dimanipulasi. Kalaulah datang perasan tak cukup berbuat, tak layak atau tak mampu, lagilah kita perlu lebih berbuat.

Tapi tentulah tu bukan ayat yang sesuai untuk aku sampaikan dalam situasi ni.

Semua persoalan dia aku cuba counter satu persatu. Rahmat, kasih sayang Allah dan kisah-kisah sahabat mungkin yang terbaik dalam meyakinkan seseorang dalam keadaan begini. The reason why kena banyak membaca supaya bila kecemasan macam ni bolehlah jugak petik mana-mana kisah sahabat atau ikhwan huu.

Awal-awal tu rasa macam macho lagi, dapat kawal diri supaya tak menangis sekali. Menangis ni contagious ok. Tapi bila dia mula sebutkan satu perkara,
"Saya rasa saya tak layak...." 
Eh. Aku pula mula sebak. 
"Awak, kan ada bagitahu malam tu..." -- seperti sebelumnya, aku cuba untuk counter insecurities dia. Genggaman tangan makin kuat, dapat rasa mata aku makin panas.


Kalau bercerita tentang layak tak layak ni, mungkin aku pun antara orang yang tak layak. Jauh sekali nak menjadi orang yang layak tu. Kalau menjadi 'akhawat' perlu ada requirement begitu begini, banyak lagi unchecked 'akhawat list' untuk aku fulfill.

Kalaulah juga membawa DnT perlu lengkap ilmu di dada, banyak lagi yang aku belum ada. Nak menunggu hingga cukup ilmunya, parameter apa yang mahu kita gunakan? Bukankah ilmu itu seluas lautan?

Justifikasi atas justifikasi hingga kontanglah dakwah tidak dibawa orang jika 'kelayakan' menjadi harganya. Kerana sesiapa pun boleh kemukakan 1001 kelemahan yang tidak 'melayakkan' dia membawa dakwah ni.

"DnT ni... Allah tak pernah tengok siapa yang layak. (tarik-hembus nafas) Awak pun tahukan, buat DnT bukan soal layak-tak layak, tapi soal siapa nak atau tak nak." -- aku lepaskan genggaman untuk lap air mata sendiri.

Kan dah kata 'air mata' ni contagious. Dia mengangguk seperti masih teringat aku pernah bercakap akan hal yang sama 2 hari lepas. Kebetulan dia juga ada waktu tu. -- Tentang pemilihan Allah.


Aku sangat percaya dan yakin Allah al-Latif tak pernah salah dalam memilih.

Bayangkanlah di sebuah kedai bagaimana manusia akan menjadi sangat teliti dalam membeli baju. Sudah tahu mahu membeli saiz 10 berwarna biru. Walau ada 5 helai baju begitu, kita tetap akan check satu-persatu --

Takut ada jahitan yang tidak kemas,

Butang tak cukup, atau ada yang tertanggal,

lengan ok atau tidak, ke senget sebelah.

Ya, bahkan kita manusia ni pun sangat teliti dalam memilih.

Ukhti,

bayangkanlah pemilihan Allah bagaimana? Tentulah lebih halus dan teliti.

"...Dia telah memilih kamu dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama. (Ikutilah) agama nenek moyangmu Ibrahim. Dia (telah) menamakan kamu orang Muslim sejak dahulu dan (begitu pula) dalam (al-Quran) ini, agar Rasul (Muhammad) itu menjadi saksi atas segenap manusia..."
(Al-Hajj:78)

Allah memilih kerana Dia tahu kita mampu, dan Allah takkan pernah buat random sample. Bukankah itu amat bertentangan dengan sifatNya al-Latif.

Mungkin Allah tidak pernah pun menapis kita.

Takut-takut kita lah yang menapis diri sendiri.

p/s: pesanan untuk diri yang menaip

Birmingham, 270119

Moga Allah terus mengurniakan kita keajaiban-keajaiban dari langit.

Friday, January 25, 2019

"Bila nak habis final exam…"

Alhamdulillah dah habis winter exam! Punyalah seronok menggoreng dalam dewan, sikit lagi ada bau-bau hangus. Ada jugak paper yang sendu, nak goreng pun tak tahu nak campak apa U_U Mampu doa banyak-banyak semoga keajaiban menjelma je ni. 


Couldn't agree more.

Looking forward sangat untuk jumpa semua weekend ni. Sebab rasa makin lesu dan lemau huhu boleh ke cakap cemni. Mujahadah dalam tempoh exam ni sangatttlah tinggi, kalau tak memang seronoklah bermain dengan kefuturan :')

Iyalah, kita exam. Adik usrah pun exam. Kalaulah akak naqibah kita pun exam. Hahh 3 layer tengah exam. Susah untuk buat usrah on the ground. The least untuk catch up dengan usrah is either doing online atau MABIT personal tapi kena lapor dekat naqibah.

Kalau tak buat macam ni, makin leburlah iman di hati huhu.

Waktu-waktu macam ni memang akan sedih dan down sangat sebab tak ter-catch up dengan mutarabbi. Hak-hak diorang yang tak mampu untuk ditunaikan. Pastu datang pulak bisikan, "tapi kau pun ada life, ada struggles, kena catch up dengan study lagi." -- fuh power betul pujukan syaitan ni! Bukan biasa-biasa. Rasa nak nangis je sambil lari dekat akhawat laju-laju untuk dapat pujukan yang betul T_T

Lagi down bila dah plan after exam nak buat aktiviti dengan mutarabbi, dah inform dan book sekian lama, tapi tetibe ada yang tak dapat datang sebab redundant dengan commitment lain. Tapi hmm yelah nak buat macam mana, benda-benda macam ni tak diduga sesiapa pun.

Kalaulah hati tu macam kaca, setiap kali adik usrah ws bagitahu tak dapat datang, crack dan retak jugaklah hati tu. Kalau berkali-kali macam ni memang retak seribu hahaha (sambil nyanyi lagu shila hamzah dan nangis dalam hati).

Walaupun tak pernah rasa putus cinta tu macam mana, tapi perasaan ni lagi sedih dari putus cinta, lagi sedih dari kena reject research Qs Maths Exploration :'(

Ambil masa beberapa ketika jugaklah untuk rationalise semua ni balik supaya dapat reply dengan ayat yang terbaik. Bukannya deme tak dapat datang sebab nak pergi tengok wayang, atau main bowling, atau keluar makan dengan kengkawan pun. Selagi perkara yang redundant tu adalah bermanfaat, tak dapat dielakkan/ditunda dan melibatkan orang lain jugak -- hence, I should be fine.

Afterall, the effort that they wanna come at the first place tu yang patut lebih dipandang :)

Fuhhh sejuk hati. Memang seronok pujuk diri sendiri haha.

The activity -- at the very first place pun untuk pastikan yang everyone dalam zon yang selamat. Yelah, masing-masing dah habis exam kan jadi pentinglah untuk plan apa yang perlu dibuat right after exam. Kalaulah masa-masa crucial ni tidak diisi dengan hal yang membangkitkan iman, kita akan mengisinya the other way round.

Kalaulah masa-masa crucial ini tidak dirancang oleh kita, ia akan dirancang oleh syaitan dan nafsu kita phew.

Jadi, saya semakin faham kenapa naqibah saya pun selalu buat macam tu.


*sambil scroll ke gambar atas tadi*

*copy, paste*




Update:
Bila adik-adik ada kekangan untuk hadir ke wasilah, selalu muhasabah diri. Takut ada dosa-dosa yang Allah tak ampunkan. Dan dosa-dosa kita tulah yang menjadi penghalang dan kesukaran untuk adik-adik datang T_T Allahummafaghfirlii

Sebab rumah bukan sekangkang kera, jadi bila dah turun ke sana tentulah berharap dapat berkumpul dengan semua. Sepanjang perjalanan tu masih lagi berharap, berdoa, dan beristighfar moga malam tu sempat jumpa semua.

Doa orang musafir mungkin, juga the power of istighfar --


 *I'm surprised! Dah lah tak update pape tiba-tiba dah sampai depan pintu rumah U____U*


Meeting diorang habis awal and fortunately sempat catch up half of our first session :') Allah's sooo full of surprise dan selalu berlaku baik dengan hamba-hamba Dia, selalu memudahkan urusan dengan cara yang tak disangka-sangka.

Moga kita lebih banyak beristighfar agar dosa-dosa kita tak menjadi penghalang dalam mengajak manusia menuju Allah.

Dan entah untuk kali keberapa, aku jatuh cinta dengan cara Allah bekerja.

Friday, January 18, 2019

Fav therapy, Fav therapist


Dunkirk, Nottingham
1630hrs, 16th January 2019

Taking photo will always be my favourite therapy (:






And nature is one of the best therapist ^^



Thursday, January 03, 2019

Campus Strolling


A mix of buildings and nature,
20th October 2018.












Tuesday, January 01, 2019

2019 - For the 10th year,

Junior: Assalamualaikum kakak umur 23 (insert emoji muka tak bersalah)

Me: (Speechless)

Dah 2019....

Legitly my kind of first new year wish from one of my closest juniors. 

*****

Tadi nak tulis "2019" je as title tapi typo ke "2009". Pastu macam "eh 2009 kan tahun pertama buat blog".  Just realise this blog has now been 10 years *facepalm*. Terus laju-laju tukar title entri ni sekali lagi -- dan macam biasalah title tetap hambar hahaharhar.

10 tahun tu bila fikir balik bukanlah sekejap. Kalau blog ni manusia dah boleh masuk tahap 2 sekolah rendah. Fuh, besar dah kau nak :')

Dan 10 tahun tu pula (2009-2019) bukanlah satu tempoh stagnant life, tapi fasa 10 tahun yang banyak betul berlaku perubahan-perubahan dalam hidup. Dari zaman baru masuk asrama, ke zaman KMB, ke zaman degree di UK pulak. Setahun lagi dah balik Malaysia dah masuk ke fasa lain pulak hmm...

dewasanyewww!

Jadi kisah-kisah dan gaya penulisan di blog sepanjang 10 tahun tu sangatlah rollercoaster. Seronok jugaklah baca post lama lepas tu kutuk diri sendiri sebab tak matang kahkah. Kalau baca yang drafted entries lagilah "Allahu, merapu apakah ini"

Kome tak nampaklah post merapu sangat tu sebab kebanyakkannya dah masuk draft huhu


Lebih draft daripada published -- tu mesti tahap merapu yang tak sesuai untuk dibaca public 😂 Banyak jugak membebel rupanya (garu dagu). Untuk manusia kena dengar bebelan 525 entries tu mungkin dia dah lari sebab tak tahan hahaha.

Jadi, kalaulah blog ni manusia rasa nak buat appreciation post dan bagi hadiah dekat dia sebab 10 tahun bertahan menjadi tempat untuk merakam segala perasaan dan menyimpan kisah-kisah tah pape aku tu (bisik: tapi mujur juga blog ni bukan manusia, sebab tak rajin pun nak tulis panjang-panjang appreciation post tu hahaha).

Baik buat appreciation post kepada orang yang masih membaca blog ni.

Eh ada ke? (emoji garu dagu)

Kalau ada pun, how i wish sampai bebila tak tahu dan taknak tahu siapa yang baca. Sejak dua menjak ni housemate suka betul menyakat sebarkan dekat manusia sekeliling yang aku ada blog (-_-)


Waktu disakat tu memang terus terdetik nak private blog ni wuwuuu pls jangan kacau begitu lagi T_T saya tak mampu berhadapan dengan known readers, terasa di jaj gituu.

I feel exposed!

Itulah nikmatnya menulis di blog berbanding SOCMED (FB, Twitter, Insta) yang lain. Yang datang membaca tidak dipaksa, readers datang secara rela. Dan lagi best kita tak tahu pun siapa yang baca apa kita tulis. Enjoy sekati je menaip sebab rasa macam cakap sorang-sorang. Semoga nikmat ni dirasai hingga bila-bila hihi.

FB tu insekyo tau nak taip panjang-panjang sebab tahu siapa list of friends/audience kita. Tapi followers dekat blog ni macam hiasan je, sebab sekarang orang mana aktif main blog dah :p

*****
Nevertheless, sebelum makin panjang membebel -- Selamat memasang azam dan meniti hari-hari mendatang 2019 dengan penuh hamasah (:


Indeed, being 20++ is not easy when you realised how much ummah needs you.

Bukanlah fasa main-main lagi.