Saturday, December 08, 2018

The Ability to Bounce Back

"Khamis lepas saya tak tahu nak buat apa, saya nangis je." -- said this one ukht yang sedang struggle dengan fyp dia

"Samaaa saya pun hari tu tetibe rasa macam nak nanges jeee" -- *aku, dalam hati je lah*

Aku mendengar je waktu tu. Sebab dapat agak juga seminggu dua ni mood dia lain macam. Mesti tengah serabut and overwhelmed dengan study tu.

Dalam seminggu juga aku biarkan dia beberapa ketika untuk bersendirian. Sebab akan ada masa bila manusia ni serabut sangat, kalau boleh taknak jumpa orang pun.

Kalaulah itu apa yang dia perlukan ketika tu, maka aku terus berikan dia masa.

Selalu tak reti nak tanya orang dulu, "awak ok ke tak?" hahaha kalau boleh biarlah orang tu pilih untuk dia yang bercerita dulu.

In a way, tak tahu lah cara ni lebih buruk dari baik ke.

Sebenarnya bergantung juga orang tu sejenis yang macam mana.

Dan mungkin sebab kitorang pun dah tinggal bersama untuk beberapa tahun, jadi pilihan untuk berdiam diri dan tak serabutkan lagi fikiran dia adalah yang terbaik untuk waktu-waktu macam ni.

Ini baru satu kisah.



Dalam minggu lepas juga aku tanyakan pada seorang ukht,

"Awak kan minat Maths? Pernah tak menangis belajar course sekarang ni? (yang jauhlah juga dengan calculation)" 
"Pernah je, baru-baru ni pun keluar lecture terus menangis sebab tak faham hahaha."
Relatable sangat :')

Ada lagi kisah dari whatsapp group pula, bila semorang sama-sama tengah breakdown sebab study and submission;

ey ayat last dia tu sabo je ._.


Dan semalam seorang ukht yang jauh di mata dekat di hati ni whatsapp;

:')

Sedih sangat bila akhawat ramai yang (bolehlah kata) dalam state tengah tak ok, dan masing-masing sedang bermujahadah dengan DnT, life dan study. Had sleepless nights, tidur dekat library etc etc.

Huu sampai ke Nottingham terasa auranya. Sebab tu tak best bila akhawat sedih-sedih ni.

Ni baru kisah menangis pasal study, ada juga kisah yang menangis sebab kena reject dengan adik-adik, mutarabbi tak dapat pergi daurah, menangis sebab banyaknya hak yang tak tertunai.

Senang cerita, akhawat ni memang kuat menangis hahaha



Di hadapan manusia atau specifically mad'u dan mutarabbi kita, mesti kita mahu nampak kuat, kelihatan kuat. Walaupun sedar je diri tak kuat, tapi kita sedar jugak untuk bawa DnT ni kita kena belajar untuk jadi kuat supaya terus berbuat. Yosh! (pabenda tah tetibe semangat taip perenggan ni haha)

Dan untuk kelemahan-kelemahan kita tu, hanya kepada Allah lah ditunjuk dan diadukan segala. Merasa diri lemah, mengakui diri ni lemah, diciptakan lemah, dan tiada apa.

"Allah (juga) hendak memberikan keringanan kepadamu kerana manusia diciptakan (bersifat) lemah." (An-Nisa':28)

Sebab hakikatnya kita ni memang diciptakan lemah huu kalau kita kuat pun sebab Allah yang bagi kita kuat.

Dan jika air mata itu menjadikan kita lebih hamba dan memberi rasa kehambaan pada hati, maka teruskanlah menangis akhawat.

Tapi jangan terlalu lama di fasa tu. Lepas mengadu pada Allah, teruslah menjadi seperti bola yang elastic. Bila jatuh ke tanah, terus melantun ke atas kembali. Cepat-cepatlah melantun, malah melantun dengan lebih tinggi.

Sebab one of the key elements to thabat is -- the ability to bounce back! ;)



Semoga Allah terus meminjamkan kekuatanNya kepada kita.





Yang sedang bermujahadah juga dengan DnT dan study

No comments: