Winter break tahun ni tak plan pun untuk ke mana-mana.
Ok lah ada satu, pergi PMS (annual malaysian winter gathering) dekat Wales. Tapi, itu je lah.
Jaulah ke Europe tak dimasukkan dalam perancangan. Kalau beli tiket awal November untuk follow trip akhawat lain pun harga dah mahal (daripada standard price) tak berbaloi lah kiranya.
Tapi ada satu hari ni, housemate ajak ke Ireland.
Terus terima ajakan tu bila fikirkan yang ramai akhawat akan balik ke Malaysia awal January ni. Dan tak pernah lagi melawat diorang dekat sana. Selama ni orang Ireland je yang asyik turun UK.
Flight ke Ireland tepat pukul 10pm, hari last program. Hari last tu jugalah hidung mula tersumbat, selesema, batuk-batuk, sakit perut, rasa nak demam -- hahhh package.
Naqibah pun risau, "awak larat ke nak ke Ireland nanti?"
Masa tu ada lah 50-50 jugak, either proceed je ke Ireland atau nak cancel trip ni. Sudahlah kena gerak sengsorang Wales-Manchester Airport nanti (jumpa housemate dekat Dublin terus), pastu tak prepare any plan pun bila sampai sana nak buat apa hahaha sebab mindset nak ke Dublin untuk spend time dengan akhawat je.
Tapi akhirnya pilih untuk proceed je dengan trip ke Ireland bila fikirkan niat asal setuju untuk ke sana pun sebab nak jumpa akhawat before diorang balik Malaysia. Beserta harapan dan doa supaya trip kali ni memberi seribu makna.
Dun Laoghaire, Dublin
Dan semestinya banyak sangat peristiwa yang berlaku sepanjang di sana.
Pergi park, park tutup.
Nak ke city, terlajak sampai ke last stop.
Nak ke Merrion, tersesat ke Marion -- Ya gais dua tempat ni berbeza dan jauh-jauh. Nanti eja betul-betul dalam google kalau taknak sendu macam kitorang haha
Pergi Christmas Market, Christmas Market pun dah nak tutup
Nak tengok laut, tapi sampai Dun Laoghaire dah gelap malam (lampu-lampu je lah yang hidup hahaha)
Ibrah untuk drama sepanjang 4 hari dekat sana tu ibaratnya kena buat post asing untuk tiap satu.
Ehem tempat je tutup, tapi kawasan sekitar tu boleh je buat photoshoot lagi :p Park yang tutup tu pun kitorang spent 5 jam dekat situ, bayangkanlah kalau tak tutup entah bila nak balik rumah mmm.
Katanya Butlers Chocolate ni signature Ireland *garu dagu* -- anyhow, apa-apa yang akhawat belanja semua sedap :p
Tapi sebab niat ke Ireland adalah untuk spend time dengan akhawat, so kisah-kisah dekat atas tu pejam mata je. Bukanlah tempat tu yang kita nak pergi sangat, but the people that we want to spend our time with ^^
Dan akhawat punya layanan tak pernah tak first class. Hingga boleh keluarkan air mata terharu. Sentiasa mahukan yang terbaik buat tetamu.
Sepanjang keberadaan di Ireland, setiap masa reflect macam manalah aku layan tetamu bila ada orang datang Nottingham U_U dah cukup terbaik ke layan tetamu yang datang Notts ni huu.
Sempat jugak waktu tu whatsapp murabbiah KMB yang belajar di Ireland dulu --
"...teringat akak cakap dulu akhawat Ireland ni sweet sweet, sampai sekarang sweet tu diwarisi hahaha."
"Hehe Ireland memang sweet lemak manis ber-cream hiks." - murabbi
Oh well, I approve that (;
Cokargh Park, Dublin
Sejujurnya, jarang-jarang ada peluang untuk bercakap dengan akhawat Ireland. Kalau bertemu hanya di program-program Nasional. Bersembang panjang pun hanya jika makan setalam. Bertemu di program takkan pernah cukup untuk kita kenali seseorang secara dekat.
Dan bila ke sana aku lebih memaknai apa yang mereka lalui. Lebih tahu kehidupan yang mereka jalani. Kita menapaki jalan yang mereka ke kelas setiap hari. Tahu jadual kehidupan mereka, juga apa yang mereka makan selama ni (yelah, ada orang tak boleh hidup tanpa nasi. Ada yang jarang-jarang makan nasi).
Tahu juga jarak dari satu rumah ke satu rumah student Ireland bagaimana. Akan tahu jarak rumah mereka ke rumah adik-adik jauh mana. Jadi, bila diceritakan segala mujahadah mereka, kita lebih mudah untuk faham dan cepat make sense dengan kisah-kisah tu.
Cliff of Moher, Galway
Yang lebih utama, mendengar semua kisah-kisah mereka membuatkan diri rasa lebih kerdil. Terasa amal kita sebenarnya sikit sangat nak compare dengan akhawat lain. Rasa mashaaAllah hebatnya mujahadah mereka yang mahukan DnT ni!
Duduk bersama dan mendengar cerita-cerita tarbiyah yang Allah beri pada mereka cukup untuk beri kita kekuatan dan tak mengalah dengan DnT. Sebab kita nampak struggle akhawat lain yang lebih besar -- ada yang habis je kelas perlu lalui perjalanan 3 jam (sehala) ke satu tempat untuk usrah adik-adik, kemudian balik pada hari yang sama (for another 3 hrs) dan esoknya pergi ke kelas seperti biasa.
Untuk kisah-kisah begitu, alasan apa lagi yang kita ada untuk taknak jumpa mad'u yang rumahnya hanya sekangkang kera? U_U
Moga Allah ganjarkan antunna sebaik-baik ganjaran.
Maka akhawati, ziarah dan lawatilah akhawatuna di rumah mereka selalu.
Supaya menemui inspirasi-inspirasi dan kekuatan untuk terus beramal :)
Dan keputusan jaulah ke Ireland untuk winter break kali ni sungguh pilihan yang terbaik dan bersyukur sangat akhirnya dapat juga masa yang betul-betul boleh kenali akhawat secara rapat.
Dublin, Winter 2018
Jazakunallahu khairan kathirahu ahsanul jaza akhawatifillah!
All the best di Penang nanti. Walau antunna tak sempat singgah Nottingham sebelum pulang, inshaaaAllah rumah di Malaysia sentiasa terbuka untuk antunna datang dan singgah ^^
Hingga bertemu kembali kerana Dia :)
No comments:
Post a Comment