Friday, December 28, 2018

Me before you

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Taa Haa. (1)  
Kami tidak menurunkan al-Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah. (2)  
Tapi sebagai peringatan kepada orang yang takut (kepada Allah). (3)  
Iaitu diturunkan daripada Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. (Iaitu) Tuhan yang bersemayam di atas Arasy. (4) 
KepunyaanNyalah semua yang ada di langit, semua yang ada di bumi, semua yang ada di antara keduanya, dan semua yang ada di bawah tanah. (5) 
Dan jika kamu menguatkan ucapanmu, maka sesungguhnya Dia mengetahui rahsia dan yang lebih tersembunyi. (6)  
Dialah Allah tidak ada Tuhan melainkan Dia. Dia mempunyai al-Asma'ul Husna. (7)
[Taha:1-7] 

Wales, 2018

Bila google surah yang melembutkan hati, sheikh google memang akan keluarkan result surah Taha ayat 1-5. Tak terkecuali ceramah ostad-ostad yang suggest pada ibu dan bapa kalau ada anak degil sangat, hah bacalah ayat begitu begini. Dan hikmah disebalik surah ni, wallahu'alam.

Indeed, surah Taha brings a very dear story to me.

Or even Umar al-Khattab r.a. reverting story was also being associated with surah Taha.

*****

Oh ya, dan cerita aku begini,

2011, Bagan Datoh

Tak tahulah kenapa tahun tu dilantik jadi pengawas. Kadang rasa cikgu sengaja suruh jadi pengawas sebab ingat aku boleh tone down kawan-kawan satu batch yang nakal kot. Biasalah nakal-nakal student. Tapi diorang tak tahu yang sebenarnya aku tak mampu pun hahahaha eh atau sebenarnya cikgu ni nak tone down aku hmmm *garu dagu*

Sebenarnya dengan member sendiri lagilah susah untuk keluarkan arahan. Dapat pulak orang macam aku yang mana reti bagi-bagi arahan ni (halllp). Berpeluh tiap kali nak tegur kawan. Sangat tricky dan perlu berseni, perlu guna ayat member-member lagi.

Ada satu masa aku buntu dan tak tahu. Cara terbaik apa lagi lah untuk tone down kenakalan batch sendiri. Terasa objektif cikgu menjadikan aku seorang pengawas tak tercapai huhu. Biasalah langgar-langgar peraturan. Lagi ada peraturan, lagi nak rebel gituu. Sebab diri ni pengawas je lah tak dapat dah nak join sekaki. Salah satu hikmah ni, terasa sangat Allah ikat tangan, kaki dan hati supaya jangan nakal-nakal lagi.

"Ustazah!", masih jelas dalam ingatan di tingkat 3 blok akademik aku menahan ustazah di pintu hadapan -- sebelum ustazah melangkah lebih jauh lagi.

Terasa ada perkara untuk ditanyakan:

"Ustazah, macam mana nak lembutkan hati kawan-kawan saya ni?" - fuh punyalah poyo soalan ni! Muka macam biasa, memang hensem innocent
"Awak bacalah surah Taha ayat 1-5, niatkan dalam hati." - Ustazah M reply sambil senyum pada aku

Aku angguk dan setuju. Tangan ustazah terus disalam, biasalah salam dah habis kelas. Cadangan ustazah diamalkan dan bermula saat tu makin kerap berdoa dan surah Taha dibacakan -- moga hati kawan-kawan yang kita rapat ni Allah lembutkan.

Ya, kisah di atas memang poyo untuk dihadamkan.

But, please bear with me.

Because the plot twist happened here; 

Cokargh Park, Dublin
"Dan jika kamu menguatkan ucapanmu, maka sesungguhnya Dia mengetahui rahsia dan yang lebih tersembunyi." (Taha: 6)  

Aku berharap Allah lembutkan hati mereka, agar mudah untuk aku sampaikan kata-kata, mudah mereka menerima teguran, mudah untuk apa-apa sahaja.

Itulah manusia, sentiasa harapkan dan mahu yang mudah-mudahan sahaja.

Tapi benda terbesar yang aku rasai dan melihat hingga kini. Pertama-tama sekali hati akulah yang dilembutkan sebenarnya. Allah hadirkan kesabaran yang aku tak capai sebelum ni. Ketenangan yang belum pernah aku rasai. 

Lebih tenang untuk berhadapan dengan kawan sendiri. Kerana sebelumnya aku mudah terasa hati, tapi lama-kelamaan bila nampak kesalahan tak cepat sakit hati. Dan bila Allah melembutkan hati -- Walau pening-pening, kita tegur kerana sayang, bukan semata ‘title 'pengawas' itu lagi.

Malu dengan Allah sebab perasan diri ni baik sangat. Mungkin ego memakan diri. Tak sedar sebenarnya diri sendiri pun perlu didoakan agar dilembutkan hati. Ahhh, banyak betul tarbiyah Allah pada diri.

Bukan setakat itu sahaja, malah Allah al-Latif melembutkan hati aku pada perkara yang tak diduga. Separa sedar aku mula tertarik pada kebaikan. Perubahan-perubahan kecil mula aku lakukan, mula commit dengan handsocks dan stokin tanpa sedikitpun keterpaksaan.

Perlahan-lahan hati aku tertarik makin rapat kepada Tuhan.

Ahh baik benar Allah -- aku minta sedikit, tapi Dia beri berbukit.

*****

Cliff of Moher, Dublin

"KepunyaanNyalah semua yang ada di langit, semua yang ada di bumi, semua yang ada di antara keduanya, dan semua yang ada di bawah tanah." (Taha: 5) 

Dan pada ayat ini, aku jatuh hati berkali-kali bilamana Allah menceritakan semua ruang yang wujud di dunia ini -- semua di langit, di atas bumi, di antara keduanya, juga di bawah tanah adalah milik Dia yang hakiki.

Bukankah hati manusia juga berada di dalam ruang lingkup langit dan bumi? 

Bukan sahaja pada surah Taha ini, malah pada mana-mana ayat yang menyentuh tentang penguasaan Allah pada langit dan bumi pasti membuatkan aku lebih memaknai dan menghayati bahawa Allah itulah pemilik hati -- yang mampu melembutkan dan menguasai hati-hati.

Maka tidak hairanlah setiap kali memandang betapa besarnya bumi, dan betapa luasnya langit aku akan tersenyum teringatkan kisah bagaimana Allah melembutkan hati aku yang degil ini (:


Aku belajar dari sini, bilamana mahu membaca surah Taha nanti bukanlah kerana si fulan itu yang keras hati. Rendahkanlah ego mungkin hati kita dahulu yang perlu dilembutkan oleh yang Maha Melembutkan hati.

Juga untuk melembutkan hati janganlah terhadkan pada ayat Taha ini sahaja, malah pada mana-mana ayat sekalipun – kerana akhirnya kita akan dapat dari al-Quran atas apa yang kita niatkan!

*****

"Me before You" title is kinda cringe.

Or maybe should I change to, "the Dai'e before the Mad'u" :p

P/s:
Best sangat surah Taha ni sebab dekat ayat 25 hingga 35 ada kisah tentang akhlak nabi Musa yang memohon kepada Allah untuk equipped diri dia instead of request Allah untuk ubah mad'u tu terus.

Ok, tapi nak share part ni boleh panjang entri ni nanti. Sebab best sangat haha.

Till next time inshaaAllah! ;)




Wednesday, December 26, 2018

Wales | PMS 2018


19th December 2018
Wales, United Kingdom









"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Rabb kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” 
[Ali ‘Imran:190-191]

Tuesday, December 25, 2018

Finding Inspiration


Winter break tahun ni tak plan pun untuk ke mana-mana.

Ok lah ada satu, pergi PMS (annual malaysian winter gathering) dekat Wales. Tapi, itu je lah.

Jaulah ke Europe tak dimasukkan dalam perancangan. Kalau beli tiket awal November untuk follow trip akhawat lain pun harga dah mahal (daripada standard price) tak berbaloi lah kiranya.

Tapi ada satu hari ni, housemate ajak ke Ireland.

Terus terima ajakan tu bila fikirkan yang ramai akhawat akan balik ke Malaysia awal January ni. Dan tak pernah lagi melawat diorang dekat sana. Selama ni orang Ireland je yang asyik turun UK.

Flight ke Ireland tepat pukul 10pm, hari last program. Hari last tu jugalah hidung mula tersumbat, selesema, batuk-batuk, sakit perut, rasa nak demam -- hahhh package.

Naqibah pun risau, "awak larat ke nak ke Ireland nanti?"

Masa tu ada lah 50-50 jugak, either proceed je ke Ireland atau nak cancel trip ni. Sudahlah kena gerak sengsorang Wales-Manchester Airport nanti (jumpa housemate dekat Dublin terus), pastu tak prepare any plan pun bila sampai sana nak buat apa hahaha sebab mindset nak ke Dublin untuk spend time dengan akhawat je.

Tapi akhirnya pilih untuk proceed je dengan trip ke Ireland bila fikirkan niat asal setuju untuk ke sana pun sebab nak jumpa akhawat before diorang balik Malaysia. Beserta harapan dan doa supaya trip kali ni memberi seribu makna.

Dun Laoghaire, Dublin

Dan semestinya banyak sangat peristiwa yang berlaku sepanjang di sana. 

Pergi park, park tutup.

Nak ke city, terlajak sampai ke last stop.

Nak ke Merrion, tersesat ke Marion -- Ya gais dua tempat ni berbeza dan jauh-jauh. Nanti eja betul-betul dalam google kalau taknak sendu macam kitorang haha

Pergi Christmas Market, Christmas Market pun dah nak tutup

Nak tengok laut, tapi sampai Dun Laoghaire dah gelap malam (lampu-lampu je lah yang hidup hahaha)

Ibrah untuk drama sepanjang 4 hari dekat sana tu ibaratnya kena buat post asing untuk tiap satu.

Ehem tempat je tutup, tapi kawasan sekitar tu boleh je buat photoshoot lagi :p Park yang tutup tu pun kitorang spent 5 jam dekat situ, bayangkanlah kalau tak tutup entah bila nak balik rumah mmm.

Katanya Butlers Chocolate ni signature Ireland *garu dagu* -- anyhow, apa-apa yang akhawat belanja semua sedap :p

Tapi sebab niat ke Ireland adalah untuk spend time dengan akhawat, so kisah-kisah dekat atas tu pejam mata je. Bukanlah tempat tu yang kita nak pergi sangat, but the people that we want to spend our time with ^^

Dan akhawat punya layanan tak pernah tak first class. Hingga boleh keluarkan air mata terharu. Sentiasa mahukan yang terbaik buat tetamu. 

Sepanjang keberadaan di Ireland, setiap masa reflect macam manalah aku layan tetamu bila ada orang datang Nottingham U_U dah cukup terbaik ke layan tetamu yang datang Notts ni huu.

Sempat jugak waktu tu whatsapp murabbiah KMB yang belajar di Ireland dulu --

"...teringat akak cakap dulu akhawat Ireland ni sweet sweet, sampai sekarang sweet tu diwarisi hahaha."
"Hehe Ireland memang sweet lemak manis ber-cream hiks." - murabbi

Oh well, I approve that (;

Cokargh Park, Dublin

Sejujurnya, jarang-jarang ada peluang untuk bercakap dengan akhawat Ireland. Kalau bertemu hanya di program-program Nasional. Bersembang panjang pun hanya jika makan setalam. Bertemu di program takkan pernah cukup untuk kita kenali seseorang secara dekat.

Dan bila ke sana aku lebih memaknai apa yang mereka lalui. Lebih tahu kehidupan yang mereka jalani. Kita menapaki jalan yang mereka ke kelas setiap hari. Tahu jadual kehidupan mereka, juga apa yang mereka makan selama ni (yelah, ada orang tak boleh hidup tanpa nasi. Ada yang jarang-jarang makan nasi).

Tahu juga jarak dari satu rumah ke satu rumah student Ireland bagaimana. Akan tahu jarak rumah mereka ke rumah adik-adik jauh mana. Jadi, bila diceritakan segala mujahadah mereka, kita lebih mudah untuk faham dan cepat make sense dengan kisah-kisah tu.

Cliff of Moher, Galway

Yang lebih utama, mendengar semua kisah-kisah mereka membuatkan diri rasa lebih kerdil. Terasa amal kita sebenarnya sikit sangat nak compare dengan akhawat lain. Rasa mashaaAllah hebatnya mujahadah mereka yang mahukan DnT ni!

Duduk bersama dan mendengar cerita-cerita tarbiyah yang Allah beri pada mereka cukup untuk beri kita kekuatan dan tak mengalah dengan DnT. Sebab kita nampak struggle akhawat lain yang lebih besar -- ada yang habis je kelas perlu lalui perjalanan 3 jam (sehala) ke satu tempat untuk usrah adik-adik, kemudian balik pada hari yang sama (for another 3 hrs) dan esoknya pergi ke kelas seperti biasa.

Untuk kisah-kisah begitu, alasan apa lagi yang kita ada untuk taknak jumpa mad'u yang rumahnya hanya sekangkang kera? U_U

Moga Allah ganjarkan antunna sebaik-baik ganjaran.

Maka akhawati, ziarah dan lawatilah akhawatuna di rumah mereka selalu.

Supaya menemui inspirasi-inspirasi dan kekuatan untuk terus beramal :)

Dan keputusan jaulah ke Ireland untuk winter break kali ni sungguh pilihan yang terbaik dan bersyukur sangat akhirnya dapat juga masa yang betul-betul boleh kenali akhawat secara rapat.


Dublin, Winter 2018

Jazakunallahu khairan kathirahu ahsanul jaza akhawatifillah!

All the best di Penang nanti. Walau antunna tak sempat singgah Nottingham sebelum pulang, inshaaaAllah rumah di Malaysia sentiasa terbuka untuk antunna datang dan singgah ^^

Hingga bertemu kembali kerana Dia :)


Saturday, December 08, 2018

The Ability to Bounce Back

"Khamis lepas saya tak tahu nak buat apa, saya nangis je." -- said this one ukht yang sedang struggle dengan fyp dia

"Samaaa saya pun hari tu tetibe rasa macam nak nanges jeee" -- *aku, dalam hati je lah*

Aku mendengar je waktu tu. Sebab dapat agak juga seminggu dua ni mood dia lain macam. Mesti tengah serabut and overwhelmed dengan study tu.

Dalam seminggu juga aku biarkan dia beberapa ketika untuk bersendirian. Sebab akan ada masa bila manusia ni serabut sangat, kalau boleh taknak jumpa orang pun.

Kalaulah itu apa yang dia perlukan ketika tu, maka aku terus berikan dia masa.

Selalu tak reti nak tanya orang dulu, "awak ok ke tak?" hahaha kalau boleh biarlah orang tu pilih untuk dia yang bercerita dulu.

In a way, tak tahu lah cara ni lebih buruk dari baik ke.

Sebenarnya bergantung juga orang tu sejenis yang macam mana.

Dan mungkin sebab kitorang pun dah tinggal bersama untuk beberapa tahun, jadi pilihan untuk berdiam diri dan tak serabutkan lagi fikiran dia adalah yang terbaik untuk waktu-waktu macam ni.

Ini baru satu kisah.



Dalam minggu lepas juga aku tanyakan pada seorang ukht,

"Awak kan minat Maths? Pernah tak menangis belajar course sekarang ni? (yang jauhlah juga dengan calculation)" 
"Pernah je, baru-baru ni pun keluar lecture terus menangis sebab tak faham hahaha."
Relatable sangat :')

Ada lagi kisah dari whatsapp group pula, bila semorang sama-sama tengah breakdown sebab study and submission;

ey ayat last dia tu sabo je ._.


Dan semalam seorang ukht yang jauh di mata dekat di hati ni whatsapp;

:')

Sedih sangat bila akhawat ramai yang (bolehlah kata) dalam state tengah tak ok, dan masing-masing sedang bermujahadah dengan DnT, life dan study. Had sleepless nights, tidur dekat library etc etc.

Huu sampai ke Nottingham terasa auranya. Sebab tu tak best bila akhawat sedih-sedih ni.

Ni baru kisah menangis pasal study, ada juga kisah yang menangis sebab kena reject dengan adik-adik, mutarabbi tak dapat pergi daurah, menangis sebab banyaknya hak yang tak tertunai.

Senang cerita, akhawat ni memang kuat menangis hahaha



Di hadapan manusia atau specifically mad'u dan mutarabbi kita, mesti kita mahu nampak kuat, kelihatan kuat. Walaupun sedar je diri tak kuat, tapi kita sedar jugak untuk bawa DnT ni kita kena belajar untuk jadi kuat supaya terus berbuat. Yosh! (pabenda tah tetibe semangat taip perenggan ni haha)

Dan untuk kelemahan-kelemahan kita tu, hanya kepada Allah lah ditunjuk dan diadukan segala. Merasa diri lemah, mengakui diri ni lemah, diciptakan lemah, dan tiada apa.

"Allah (juga) hendak memberikan keringanan kepadamu kerana manusia diciptakan (bersifat) lemah." (An-Nisa':28)

Sebab hakikatnya kita ni memang diciptakan lemah huu kalau kita kuat pun sebab Allah yang bagi kita kuat.

Dan jika air mata itu menjadikan kita lebih hamba dan memberi rasa kehambaan pada hati, maka teruskanlah menangis akhawat.

Tapi jangan terlalu lama di fasa tu. Lepas mengadu pada Allah, teruslah menjadi seperti bola yang elastic. Bila jatuh ke tanah, terus melantun ke atas kembali. Cepat-cepatlah melantun, malah melantun dengan lebih tinggi.

Sebab one of the key elements to thabat is -- the ability to bounce back! ;)



Semoga Allah terus meminjamkan kekuatanNya kepada kita.





Yang sedang bermujahadah juga dengan DnT dan study

Monday, December 03, 2018

He Hears and He Knows




Malam semalam Allahu breakdown tetibe.

The stress is taking over me, but choose to be in denial.

Selasa lepas dizzy sangat sampai kena letak kepala atas bantal je, duduk pun rasa berpusing je dunia. Peliklah sebab tak pernah jadi cemni sebelum ni.

Bila check symptom, could be one of it sebab stress.

Semalam tetibe migraine, dan bila terbayang je workload for this week tetibe je menangis. Kelakar betul ish. Menangis sebab sakit sangat dan stressed kot lols.

That time, I'm accepting "OK THIS IS STRESS" dan masa tu bisik pada diri "kamon Jan mengaku je dan jangan in denial lagi. It's ok to not be ok."

So, pagi tadi bangun awal sikit.

Ntahlah sebab rasa Allah je yang faham susahnya nak proceed dengan EEE ni. CW susah, study susah. Dah lah susah, tak minat pulak tu. Markah CW baru-baru ni teruk pulak. Makin down huhu.

Lepas solat semua, ingat nak baring jap sebab migraine tak hilang lagi. Tapi ntah kenapa ada satu perasaan yang suruh jugak bukak Quran. The last page I stopped was at the page before surah at-Talak. 

So tadi bila baca page pertama surah at-Talak -- sampai dekat bahagian Allah suruh bertawakal pada Dia tu, terus sebak...

"Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." (at-Talak:3)

Rasa direct sangat cara Allah pujuk supaya jangan risau T_T Allah akan buat kerja Dia, dan kita pun kenalah buat kerja kita (usaha dan tawakal pada Dia).

Pastu Allah sambung lagi dekat ayat seterusnya;

"...Dan barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia menjadikan kemudahan baginya dalam urusannya." (at-Talak:4)

T_T

So dekat page tu, Allah suruh bertawakal dan bertakwa pada Dia U_U and that hits me on the right moment.

Betullah, kalau nak jawapan dari Allah lepas berdoa bacalah al-Quran. InshaaAllah jumpa jawapan.

And that consoles me on sooo many level.

T_T

***

Ingat nak start buat kerja sikit pagi ni, so bukaklah youtube nak bagi berbunyi bilik ni. Pastu youtube suggest:

 

Weayy :')

Pastu scroll twitter, tetibe the first three tweets antaranya:



Hah goosebump guwe

Percaturan apakah ini

Semua datang pada masa yang sangat tepat wuwuwuwu *nangis

Dan ada lagi,

tadi terbukak satu post lama. Dan dalam post tu ada share one of my fav ayah(s);
 

Kenapa? kenapa semua benda pun on point sangat dengan apa yang tengah dialami sekarang.

Ya Allah, Kau memang Maha tahu segala isi hati. Bukan setakat tahu, malah menenangkan hati yang gelisah ni U_U

Rasa macam wow dan sweetnya Allah pagi ni (ok tapi hari-hari Allah sweet)

Ada jugak share dengan few akhawat. 

Ada yang sweet;


dan ada juga --

Hmmm

*****

Ok nak sambung buat kerja balik.

Ya, Shahizan ni memang mudah distracted -- kejap-kejap bukak youtube/twitter/blog. Punyalah random tetibe boleh buat entri ni (sebab alang-alang terberhenti dekat blog ni hihi)

Doakan sayaaaa, doakan supaya tak stress stress dan tenang sentiasa.

Kerana pada akhirnya, semua ni akan berlalu juga fiuh.