Monday, September 03, 2018

Akhawat Tempang

Ada lah dalam setengah jam dah sampai rumah, tengah duduk-duduk dekat kerusi tetibe;

"Kakcik, ibu dah tau. Abah dah bagitahu." 
-- serius aku bingung. Tahu apa ni? Cuak lah jugak sebab aku tak pernah simpan rahsia apa pun dengan ibu. 


"Tadi bawak kereta 140km/j kan?" - ibu 
Hahahahaha

Aku perasan jugaklah tadi drive dekat lebuhraya PLUS pastu tetibe je dah 140km/j. Cuma masa tu ibu duduk belakang dan tak up to date dengan speed kereta semasa. Selalunya ibu memang akan check dan kalau dah exceed 100km/j tu mesti
"aipp, kakcik pelan sikit." 
"Brakeee brakee!" 
"Cuba perlahan sikit, kereta tu nak masuk."

Pastu tiap kali matikan enjin, boleh pulak ibu kasi rating performance driving aku
"Ok, 8/10. Sebab tadi brake lambat." - Allahu, asyik 8 je bila nak full mark ni.

Jadi, bila aku bawak 140km/j tadi dan ibu tak bersuara langsung adalah sesuatu yang agak rare sebenarnya. Lagi rare sebab abah yang duduk di sebelah nampak dan tahu, tapi abah diamkan je sebab nanti ibu bising punya hahahaha (dah sampai rumah baru cerita)

Sesungguhnya saya sangatlah menghargai kepercayaan semorang mengizinkan saya drive separuh perjalanan (2 jam) :') Ok lah separuh, daripada raya hari tu tak dapat langsung -- kesian abah drive sorang, ngantuk-ngantuk pun tak bagi ganti mmmm.

Cuti summer ni memang target nak biasakan diri untuk drive selalu. Itupun hanya bila ada abah dekat rumah (read: ada kereta).

Ban Pecah, Kuala Kurau

Kesedaran ni semua datang masa tengah bukak discussion nak jaulah ke Terengganu

270618,
"After pergi walimah tu nak jalan-jalan Kemaman pun ok. Cuma kena fikir transport kat Kemaman..." - Ukht H
"Terengganu ada UBER tak?" - aku. Cukuplah sekali aku tak aware masa pergi Bagan ritu. 
"Sewa kereta drive je lah. Kan senang. Eh ke semua tak ada lesen? hehe." - Murabbi

Hah dari situ kantoilah, ada lesen tapi jarang bawak kereta. Pastu semua kena 'basuh' dalam ws group dengan murabbi.


"Salah satu benda besar is akhawat tempang. Dulu kak Muharikah cerita, akhawat kadang-kadang takut drive. Dia dari dulu kalau datang Dublin terus bawak kami jalan-jalan."

Sentuhan Kak Izzi ni selain daripada mengetuk kotak fikiran kitorang, selalunya hati masing-masing memang cair lah.

Bila murabbi kata 'akhawat tempang' ni salah satu benda besar dalam DnT ni terasa 'gulp' jugak sebab aku lah salah sorang akhawat tempang masa tu hahaha *nangis dalam hati*

Bila bercerita tentang 'akhawat tempang' ni memang terimbas satu-satu peristiwa sepanjang summer ni. Dekat Malaysia public transport bukanlah macam UK lagi yang kalau tak ada kereta pun boleh survive ke mana-mana. Struggle jugak untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat -- melainkan kalau ada kereta.

Ada sekali discussion USKAB tu boleh pulak kitorang plan nak mintak tolong adik-adik yang drive 😂 teruk betul perangai sebab semua 'tak boleh' drive. Ish ish akhawat kita kena berubah -_-

Mujurlah dekat KL senang request Grab. Tapi kalau duduk dekat kawasan yang Grab/taxi tak available hah cemana. Kalau duduk dekat Perlis (contohnya) nak tak nak memang kena mobil, takkan nak ziarah adik naik LRT. Besarnya mujahadah akhawat negeri lain untuk reach adik T_T

Teringat lagi masa rehlah akhawat hari tu, kesian this one ukht sebab dia dah penat tapi kena drive jugak sebab tak ada siapa boleh ganti huuu sebenarnya banyak lagi peristiwa sadis bila akhawat ramai yang 'tempang' :'/

"Haha tapi serius ukhuwah rasa lain sangat bila drive. Bawak pelan-pelan, doa, nyanyi-nyanyi, sembang-sembang" 
-- sambung murabbi sambil buka kisah-kisah manis dia satu ketika dahulu
"Rindunya tarbiah bil ahdas. Tarbiah peristiwa. Selalunya itu lebih berbekas dalam hati. Kalau tanya akak tentang pengisian maybe tak ingat. Tapi boleh ingat saat naik kereta, tidur dekat masjid. Benda-benda gitu memang berbekas."
:)

Selalu rasa menarik sangat DnT ni, sebab boleh jadi antara pushing factor untuk kita buat benda-benda yang kita tak minat, tak terfikir untuk buat pun. Kalau bukan sebab DnT mungkin tak anggap benda ni something yang serius. Pastu sampai bila-bila lesen tu akan jadi hiasan semata eheh.

Hujung-hujung perbualan tu murabbi sekali tolong surveykan harga kereta sewa :') kitorang sewalah juga akhirnya tapi bukan dari KL. Sewa from Terengganu. Menjerit kang ibu-ibu kitorang kalau drive dari KL, terus tak izinkan pergi Terengganu nanti 😅

Tekpelah £6 je :')

****

P/s: pagi tadi breakfast dengan ibu dan tetibe,
"Kakcik bawak 140 km/j... abah pun tak pernah bawak 140km/j" 
-- eheh habislah aku 😅 kisah ni mesti tak terhenti hingga 7 keturunan

P/s/s: Alhamdulillah saya bukan akhawat tempang dah ;)

No comments: