Monday, September 24, 2018

UPSHOT Date


Glossop Rd. Sheffield,
21st September 2018





***

Telah menceritakan kepadaku (Abdul A'laa bin Hammad); Telah menceritakan kepada kami (Hammad bin Salamah) dari (Tsabit) dari (Abu Rafi') dari (Abu Hurairah) dari Nabi s.a.w.,

"Pada suatu ketika ada seorang lelaki yang mengunjungi saudaranya di desa lain. Kemudian Allah pun mengutus seorang malaikat untuk menemui orang tersebut. Ketika orang itu ditengah perjalanannya ke desa yang dituju, maka malaikat tersebut bertanya;
"Hendak pergi ke mana kamu?"
Orang itu menjawab,
"Saya akan menjenguk saudara saya yang berada di desa lain".
Malaikat itu terus bertanya kepadanya,
"Apakah kamu mempunyai satu perkara yang menguntungkan dengannya?"
Laki-laki itu menjawab,
"Tidak, saya hanya mencintainya kerana Allah Azza wa Jalla".
Akhirnya malaikat itu berkata,
"Sesungguhya aku ini adalah malaikat utusan yang diutus untuk memberitahukan kepadamu bahawasanya Allah akan senantiasa mencintaimu sebagaimana kamu mencintai saudaramu kerana Allah."
[H.R. Muslim]

***

"Allah akan sentiasa mencintaimu..." :)

Thursday, September 06, 2018

One of a kind

There's only 2 person in KMB calling me "Shizan".

Dan salah seorangnya sejenis;
"Shizan, bangunnn sekarang dah pukul 3 pagi and tengah hujan!!!" 
"Shizan kita tengah marah dengan someone" - dia pegang tangan aku, mata pandang ke depan tahan marah.
"Shizan, awak ni macam laki lah!" - pastu tak puas hati sebab tak ada siapa agree dengan dia
"Shizan jom buat plan Ramadhan!"
2016, Her Ramadhan's planner, and I saved this photo because amazed with her effort


She's the one yang selalu tanya pendapat walaupun sekadar,

"Shizan boleh tak kita nak beli makanan tu?"
"Kalau awak beli sebab lapar, belilah. Kalau sebab nafsu awak tahanlah" -- aku 
Tak lama lepas tu dia datang surau (tempat lepak dan study) dan.. 
"Shizan tengok niiii" -- beserta tangan penuh makanan dari koop dan burger dari food court. 
"Eh! Awak ni!!! >:(" 

Geram pulak aku, sebab tahu dia bukan lapar sebenarnya. Tapi aku join jugak makan beger tu. Rasa tak normal kalau menolak (beger kottt), oh and I can still remember the laughs :') Ya Allah rindunya. Every feeling, things, good/bad news dia akan kongsikan.

She's really one of a kind, not my classmate neither shared the same floor in the block. Masa hujung-hujung sem 2 tiba-tiba dia masuk bilik bawak buku untuk belajar apa semua. Memandangkan waktu tu aku dan rummet jenis yang biar je pintu terbukak malam-malam.

Tapi kitorang macam layan je lah, sesiapa datang bilik tu memang akan rasa macam bilik diorang jugak hahh sebab kitorang jenis tak kisah lah nak bawak 1 kampung masuk pun boleh. Selagi muat.

Bermula saat tu hampir tiap malam dia datang. Kalau tak study, mesti buat kacau. Rajin naik turun tangga, datang bilik bawak makanan. Sembang selagi mampu, boleh kata macam rummet ketiga dah dia ni.

2015, Random sangat tetibe kitorang dapat Dominos :')


Tiba satu petang rummet aku tanya,
"Jan, kau dari dulu memang dah rapat ke dengan dia?",

Rummet aku mungkin expect aku dan dia dah kenal rapat dari blok akademik memandangkan kelas kitorang sebelah-sebelah.
"Tak pun. Sebelum ni kalau jumpa pun ala ala terserempak kat koridor je"
Aku garu dagu jap. Baru terfikir.
"Lah, gaya dia datang bilik malam tu macam dia kenal kau lama"

Bila fikir balik rasa pelik jugak. Ada satu petang waktu sem 3 aku bukak pintu bilik, tengok-tengok dia tengah tidur dekat katil aku. Rupanya dia tengok aku tak ada dekat surau, dia singgahlah bilik nak cari. Tapi bilik aku macam sangat selesa nak tidur kan, ceritanya memang 1-0 lah. Katil menang, dia kalah.

Tak pernah terfikir pun akan ada close relationship dengan dia ni walaupun kelas sebelah-sebelah. Tapi hebatnya Allah dia temukan kita dengan orang-orang yang tak disangka dengan cara yang sangat unexpected. Walau classmates majority lelaki, tapi ramai sangat kawan perempuan yang Allah hantarkan dekat KMB ni, orang-orang yang baik pula tu sebagai kenalan T^T yang ajak pada kebaikan dan yang tidak menjatuhkan. Students KMB ni memang soleh solehah betul.

There's this one day we met up after IB days. Updating stories and stuffs, then she asked me like always,
"Shizan, awak rasa salah ke apa kita buat ni?" - dia

Aku diam jap beberapa saat. Soalan retorik. Sebenarnya dia tahu sendiri apa yang dia buat tu betul atau salah. Mungkin nak jawapan dari aku untuk bagi dia sedap hati sikit. 
"Awak rasa?" - aku

Tergelak kecil lepas tu. Biarkan soalan tu tak berjawab dan aku sambung minum green tea yang sedap. Aku biarkan lagi dia sambung berfikir. Mungkin sebab taknak selalu bagi jawapan terus, macam ada skema pulak kan.

Aku taknak jawab sebab aku sedar yang kita akan terpisah benua buat beberapa ketika, tak akan selalu ada bersama. Biarlah kali ni awak yakin untuk decide yang terbaik untuk diri.

Hingga kini pun dia akan whatsapp bila buat something. Then "bye"-ed me macam tu je. Eh, senang betul conversation kita berdua hahahaha

2016, Visiting KMB before fly

Antara member yang buat kita selalu termenung jauh jugaklah kenapa korang semua fly Aussie hmm :/ *sebak*

Aku tahu dia tak tahu pun kewujudan blog ni, apatah lagi untuk bukak dan baca entry ni. Tapi kalaulah satu hari nanti aku dah takde bolehlah sesiapa bagitahu aku sangat appreciate kehadiran dia cuma tak reti nak ucap ayat sweet depan-depan je.

Indeed, you're one of a kind. A blessing that Allah has granted me with throughout the IB-journey. Tengs sebab effort sangat tolong improve TOK essay iolls :p


****

I'm writing this entry because I'm missing all of your rants.

"Shizan awak ni peliklah. Tak pernah jumpa orang yang emosi dia berubah in a split sec. Awak baru je menangis tadi sekarang boleh gelak cerita pasal benda lain."

"Oh well, kita kan macam lelaki :P"

- The 2016's conversation

Monday, September 03, 2018

Akhawat Tempang

Ada lah dalam setengah jam dah sampai rumah, tengah duduk-duduk dekat kerusi tetibe;

"Kakcik, ibu dah tau. Abah dah bagitahu." 
-- serius aku bingung. Tahu apa ni? Cuak lah jugak sebab aku tak pernah simpan rahsia apa pun dengan ibu. 


"Tadi bawak kereta 140km/j kan?" - ibu 
Hahahahaha

Aku perasan jugaklah tadi drive dekat lebuhraya PLUS pastu tetibe je dah 140km/j. Cuma masa tu ibu duduk belakang dan tak up to date dengan speed kereta semasa. Selalunya ibu memang akan check dan kalau dah exceed 100km/j tu mesti
"aipp, kakcik pelan sikit." 
"Brakeee brakee!" 
"Cuba perlahan sikit, kereta tu nak masuk."

Pastu tiap kali matikan enjin, boleh pulak ibu kasi rating performance driving aku
"Ok, 8/10. Sebab tadi brake lambat." - Allahu, asyik 8 je bila nak full mark ni.

Jadi, bila aku bawak 140km/j tadi dan ibu tak bersuara langsung adalah sesuatu yang agak rare sebenarnya. Lagi rare sebab abah yang duduk di sebelah nampak dan tahu, tapi abah diamkan je sebab nanti ibu bising punya hahahaha (dah sampai rumah baru cerita)

Sesungguhnya saya sangatlah menghargai kepercayaan semorang mengizinkan saya drive separuh perjalanan (2 jam) :') Ok lah separuh, daripada raya hari tu tak dapat langsung -- kesian abah drive sorang, ngantuk-ngantuk pun tak bagi ganti mmmm.

Cuti summer ni memang target nak biasakan diri untuk drive selalu. Itupun hanya bila ada abah dekat rumah (read: ada kereta).

Ban Pecah, Kuala Kurau

Kesedaran ni semua datang masa tengah bukak discussion nak jaulah ke Terengganu

270618,
"After pergi walimah tu nak jalan-jalan Kemaman pun ok. Cuma kena fikir transport kat Kemaman..." - Ukht H
"Terengganu ada UBER tak?" - aku. Cukuplah sekali aku tak aware masa pergi Bagan ritu. 
"Sewa kereta drive je lah. Kan senang. Eh ke semua tak ada lesen? hehe." - Murabbi

Hah dari situ kantoilah, ada lesen tapi jarang bawak kereta. Pastu semua kena 'basuh' dalam ws group dengan murabbi.


"Salah satu benda besar is akhawat tempang. Dulu kak Muharikah cerita, akhawat kadang-kadang takut drive. Dia dari dulu kalau datang Dublin terus bawak kami jalan-jalan."

Sentuhan Kak Izzi ni selain daripada mengetuk kotak fikiran kitorang, selalunya hati masing-masing memang cair lah.

Bila murabbi kata 'akhawat tempang' ni salah satu benda besar dalam DnT ni terasa 'gulp' jugak sebab aku lah salah sorang akhawat tempang masa tu hahaha *nangis dalam hati*

Bila bercerita tentang 'akhawat tempang' ni memang terimbas satu-satu peristiwa sepanjang summer ni. Dekat Malaysia public transport bukanlah macam UK lagi yang kalau tak ada kereta pun boleh survive ke mana-mana. Struggle jugak untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat -- melainkan kalau ada kereta.

Ada sekali discussion USKAB tu boleh pulak kitorang plan nak mintak tolong adik-adik yang drive 😂 teruk betul perangai sebab semua 'tak boleh' drive. Ish ish akhawat kita kena berubah -_-

Mujurlah dekat KL senang request Grab. Tapi kalau duduk dekat kawasan yang Grab/taxi tak available hah cemana. Kalau duduk dekat Perlis (contohnya) nak tak nak memang kena mobil, takkan nak ziarah adik naik LRT. Besarnya mujahadah akhawat negeri lain untuk reach adik T_T

Teringat lagi masa rehlah akhawat hari tu, kesian this one ukht sebab dia dah penat tapi kena drive jugak sebab tak ada siapa boleh ganti huuu sebenarnya banyak lagi peristiwa sadis bila akhawat ramai yang 'tempang' :'/

"Haha tapi serius ukhuwah rasa lain sangat bila drive. Bawak pelan-pelan, doa, nyanyi-nyanyi, sembang-sembang" 
-- sambung murabbi sambil buka kisah-kisah manis dia satu ketika dahulu
"Rindunya tarbiah bil ahdas. Tarbiah peristiwa. Selalunya itu lebih berbekas dalam hati. Kalau tanya akak tentang pengisian maybe tak ingat. Tapi boleh ingat saat naik kereta, tidur dekat masjid. Benda-benda gitu memang berbekas."
:)

Selalu rasa menarik sangat DnT ni, sebab boleh jadi antara pushing factor untuk kita buat benda-benda yang kita tak minat, tak terfikir untuk buat pun. Kalau bukan sebab DnT mungkin tak anggap benda ni something yang serius. Pastu sampai bila-bila lesen tu akan jadi hiasan semata eheh.

Hujung-hujung perbualan tu murabbi sekali tolong surveykan harga kereta sewa :') kitorang sewalah juga akhirnya tapi bukan dari KL. Sewa from Terengganu. Menjerit kang ibu-ibu kitorang kalau drive dari KL, terus tak izinkan pergi Terengganu nanti 😅

Tekpelah £6 je :')

****

P/s: pagi tadi breakfast dengan ibu dan tetibe,
"Kakcik bawak 140 km/j... abah pun tak pernah bawak 140km/j" 
-- eheh habislah aku 😅 kisah ni mesti tak terhenti hingga 7 keturunan

P/s/s: Alhamdulillah saya bukan akhawat tempang dah ;)