Ada satu ketika, dada terasa sesak dan hati mulai sebal. Tak tahu mengapa dan kerana apa. Terasa seperti ada satu bebanan yang dibendung dan ditanggung. Walau tahu ramai yang sudi menadah telinga, tapi diri sendiri tidak mampu untuk bercerita dan menyusun sebaik-baik kata.
Keliru dan tidak tahu puncanya kerana apa.
Dan akhirnya, Allah jualah tempat dihamburkan segala. Tempat menangis semua.
Lega kerana dilepaskan rasa tanpa perlu mengeluarkan sedikit bicara.
Lega kerana dilepaskan rasa tanpa perlu mengeluarkan sedikit bicara.
Kerana aku yakin dia tahu semua.
Nikmat bertuhankan Allah sebagai Rabb dan Ilah itu nikmat yang paling indah dan sangat besar. Di saat diri hilang punca, kita sentiasa tahu ke mana tempat untuk lari kembali.
Kerana Dia sentiasa ada,
dan sememangnya ada.
"Some days you just need to talk to Allah. Pour everything out, even if it makes no sense. Allah understands. Allah knows even the things you forget to mention. Allah hears, Allah sees. Never forget that." - X
No comments:
Post a Comment