Saturday, February 17, 2018

Fakir

"Kita ni selesa sangat kan dekat UK?"

"Maksudnya?"

"iyalah duit elaun cukup, masa kita banyak. In terms of basic necessities tidaklah struggle macam dulu."

Aku diam untuk menyusun lagi kata,

"Bukanlah apa, mungkin kita tidak diuji seperti dahulu. Nak mengeluarkan infak untuk dnt, nak luangkan masa ketika sibuknya dengan IB. Yang waktu tu terasa benar diuji kita ni betul ke nak menjalankan SH ni."

"Awak, saya rindu untuk diuji sebegitu"

Benarlah saat yang paling menguji dan sukar itu yang paling diingati dan dirindui.

Saat yang mengajar dan mendidik perasaan menjadi hamba -- yang fakir, lemah, yang tidak punya apa. 

Saat yang membuatkan kita lebih menghargai dengan tarbiah yang kita dapat dan lalui hingga kini.

Maka, segala puji pada Allah yang Maha Bijaksana dalam merancang kehidupan hamba-hambaNya.


Dunkirk, Nottingham

Seminggu kemudian, seperti biasa di meja makan kitorang saling bertukar cerita dan meluah rasa tentang module-module yang diambil, study macam mana? ok ke tak? etc. This ukht was struggling with her microeconomics module (killer module for the year) and I got my not-so-excellent-test result sobs.

Minggu itu juga dapat tahu sewa rumah bukanlah seperti yang kami kira-kirakan. Agent tunjukkan contract sekali lagi dan menambah bahagi sewa rumah untuk bayaran sebulan. Lebih £20 daripada jangkaan. Sudahlah yang sekarang punya sudah tersedia mahal. (Mahal! sampai decide nak pindah next year hahaha) Pening jugalah sebab kita dah allocate duit siap-siap untuk perbelanjaan sebulan. Bulan tu sendiri memang banyak pakai duit dan musim winterzz pula tu yang bil electric gas sudah tentu-tentunya melambung.

Dalam kepeningan dengan benda yang datang tiba-tiba ni aku terdiam

sebab teringatkan sesuatu...

"Awak nak tahu something tak,

ingat lagi apa yang kita sembang dekat surau Portland hari tu?"

Dia pandang aku, dari riak muka nampak sangat sedang berfikir-fikir lagi.

"Awak, bukan ke kita yang minta untuk diuji. Maka Dia hadirkan semua ini.

Berbahagialah sebab Allah mendengar dan sedang memakbulkan doa kita :)"

Highfield Road, Dunkirk.

Takut sangat duduk dekat UK ni. Takut tak perasan sebenarnya Allah sedang menguji.

Merasa senang dan berada dalam keadaan selesa yang paling aku takutkan. Kerana ketika aku merasakan seperti tidak diuji, aku tahu aku sedang diuji dengan kesenangan -- Takut ada masa-masa yang dibazirkan. Takut ada nikmat yang aku kufurkan. Takut ini sebahagian daripada ujian dan dihujungnya aku menemui kegagalan ;(

These few days, selalu sangat reflect dan rasa hebat sangat orang-orang yang kaya harta di dunia ni. Diuji dengan kesenangan itu sebenarnya lebih sukar. Sukar nak membina rasa hamba di saat syaitan membuatkan kita sentiasa merasa cukup.

Kerana di hujung setiap ujian itu akhirnya adalah untuk membawa kita lebih dekat pada Allah. Lebih menjadikan kita manusia yang bersyukur atas nikmat-nikmatNya. Lebih membina perasaan fakirnya kita, seorang hamba kepada Tuhannya. 

Kagum dan cemburu dengan orang mukmin yang kaya tetapi masih mampu mengimani ayat dari surah al-Fatir ini:


يٰأَيُّهَا النَّاسُ أَنْتُمُ الفُقَرَاءُ إِلَى اللّٰهِ ۚ وَاللّٰهُ هُوَ الْغَنِيُّ الْحَمِيْدُ

"Wahai Manusia! Kamulah yang fakir (memerlukan Allah) sedangkan Allah, Dialah yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji" (33:15)



*****

Updated:

Bila baca balik post ni, tiba-tiba teringat bukankah ujian Allah itu custom made? Tak sangka dengan menulis/menaip ini mampu mengingatkan diri aku sendiri haha


Ya untuk Shahizan yang sedang menaip ini,
Dia tahu ujian jenis apakah yang paling tepat dan sesuai buat setiap hambaNya. Dia akan uji pada titik kelemahan kita hingga kita melepasinya. Hingga kita menjadi kuat. Setelah itu akan diuji lagi dengan ujian yang lain. 
Maka janganlah minta untuk diuji seperti masa lalu. Tetapi mintalah ujian yang mengajar kita sesuatu yang baru dengan objektif yang sama iaitu untuk mendidik perasaan hamba dan dihujungnya menjadikan kita lebih bertakwa kepada Dia. 
Kerana sedarlah kita tidak tahu, tapi Allah Maha Tahu. 
Kerana Allah itu mahu kita -- tidak kiralah di saat sukar atau ketika senang, sentiasa sedar kita ini bukanlah siapa. Hanya seorang hamba yang fakir. Yang sentiasa memerlukan Tuhannya.
Ya Rabb, apa jua ujian yang diberikan kepada kami jadikanlah kami seorang hamba yang lebih bertakwa dihujungnya.

Nottingham, 2018.


No comments:

Post a Comment

Have you said Alhamdulillah today?