Thursday, February 22, 2018

Trials

Sebenarnya bila waktu tengah-tengah sibuk dan rasa overwhelmed, semakin terasa nak update blog ni haha :')

Just feel like wanna write something bila rasa tak dapat nak tahan lama dalam hati. Otak ni bising betul dan bila makin sesak makin banyak bercakap dalam hati. Rasa macam kena tulis supaya dia mengalir keluar sampailah hati menjadi lega.

Jadi sangatlah berdoa dan berharap supaya Allah bimbing aku atas apa yang akan ditulis. Sebab takut-takut tulisan-tulisan ni akan fireback aku satu hari nanti. Takut menulis dalam keadaan separuh sedar, sebab yelah jiwa tengah sesak kan. So perkataan tu berlumba-lumba nak keluar dari kepala, tulis ikut sedap hati saja.

Ikut rasa binasa, ikut hati kan mati -- matilah jika tidak dibimbing dengan iman dan takwa.

Maka ya Allah, kurniakanlah kami iman dan takwa pada setiap ketika.



Seperti entri sebelum ni, aku katakan bahawa Allah akan uji pada titik kelemahan kita. Mungkin kelemahan aku sekarang adalah hidup dengan perasaan selesa.

Duit itu ada dan Alhamdulillah sangat cukup untuk teruskan kehidupan di sini. Cukup sehingga bila rasa mahukan sesuatu, semudah itu sahaja untuk beli dan dapatkannya. Walaupun bukanlah secara berlebihan (saving aku masih jaga) tapi tapi... aku tak suka. Rasa seperti nak sukakan hati ni. Macam menyahut seruan nafsu lol.

I'm not living in this world to please myself and my nafs.

Sebab tu aku rasa ini adalah ujian untuk aku.

Sebab tu aku rasa hebatnya orang-orang kaya yang punya duit berjuta. Pastinya mereka ini hebat hingga Allah uji mereka dengan harta sebegitu banyak.

Tentulah hidup aku dekat sini tidak semudah itu. Ada juga ujian yang lain (baca: ujian study contohnya sobs). Tapi ujian kesenangan macam ni lagi aku takutkan ;(

Rasa struggle sangat untuk keep on menjinakkan nafsu.



Moga-moga aku dapat lepasi ujian ini -- Berjaya melepasinya yang pada definition aku untuk menggunakan segala nikmat ini tidak lain tidak bukan hanyalah pada jalan Allah semata. Bukan lagi untuk keseronokan diri sendiri.

Ps: Membeli sesuatu untuk keperluan itu lain ceritalah. Dan sebenarnya kita sendiri tahu pada saat itu kita memang perlu atau sebenarnya menurut nafsu. Ahh kau jangan nak menipu.


Saturday, February 17, 2018

Fakir

"Kita ni selesa sangat kan dekat UK?" 
"Maksudnya?" 
"iyalah duit elaun cukup, masa kita banyak. In terms of basic necessities tidaklah struggle macam dulu."

Aku diam untuk menyusun lagi kata,

"Bukanlah apa, mungkin kita tidak diuji seperti dahulu. Nak mengeluarkan infak untuk dnt, nak luangkan masa ketika sibuknya dengan IB. Yang waktu tu terasa benar diuji kita ni betul ke nak menjalankan SH ni."
"Awak, saya rindu untuk diuji sebegitu"

Benarlah saat yang paling menguji dan sukar itu yang paling diingati dan dirindui.

Saat yang mengajar dan mendidik perasaan menjadi hamba -- yang fakir, lemah, yang tidak punya apa. 

Saat yang membuatkan kita lebih menghargai dengan tarbiah yang kita dapat dan lalui hingga kini.

Maka, segala puji pada Allah yang Maha Bijaksana dalam merancang kehidupan hamba-hambaNya.


Dunkirk, Nottingham

Seminggu kemudian, seperti biasa di meja makan kitorang saling bertukar cerita dan meluah rasa tentang module-module yang diambil, study macam mana? ok ke tak? etc. This ukht was struggling with her microeconomics module (killer module of the year) and I got my not-so-excellent-test result sobs.

Minggu itu juga dapat tahu sewa rumah bukanlah seperti yang kami kira-kirakan. Agent tunjukkan contract sekali lagi dan menambah bahagi sewa rumah untuk bayaran sebulan. Lebih £20 daripada jangkaan. Sudahlah yang sekarang punya sudah tersedia mahal. (Mahal! sampai decide nak pindah next year hahaha) Pening jugalah sebab kita dah allocate duit siap-siap untuk perbelanjaan sebulan. Bulan tu sendiri memang banyak pakai duit dan musim winterzz pula tu yang bil electric gas sudah tentu-tentunya melambung.

Dalam kepeningan dengan benda yang datang tiba-tiba ni aku terdiam

sebab teringatkan sesuatu...

"Awak nak tahu something tak? Ingat lagi apa yang kita sembang dekat surau Portland hari tu?"

Dia pandang aku, dari riak muka nampak sangat sedang berfikir-fikir lagi.

"Awak, bukan ke kita yang minta untuk diuji. Maka Dia hadirkan semua ini. Berbahagialah sebab Allah mendengar dan sedang memakbulkan doa kita :)"

Highfield Road, Dunkirk.

Takut sangat duduk dekat UK ni. Takut tak perasan sebenarnya Allah sedang menguji.

Merasa senang dan berada dalam keadaan selesa yang paling aku takutkan. Kerana ketika aku merasakan seperti tidak diuji, aku tahu aku sedang diuji dengan kesenangan -- Takut ada masa-masa yang dibazirkan. Takut ada nikmat yang aku kufurkan. Takut ini sebahagian daripada ujian dan dihujungnya aku menemui kegagalan ;(

These few days, selalu sangat reflect dan rasa hebat sangat orang-orang yang kaya harta di dunia ni. Diuji dengan kesenangan itu sebenarnya lebih sukar. Sukar nak membina rasa hamba di saat syaitan membuatkan kita sentiasa merasa cukup.

Kerana di hujung setiap ujian itu akhirnya adalah untuk membawa kita lebih dekat pada Allah. Lebih menjadikan kita manusia yang bersyukur atas nikmat-nikmatNya. Lebih membina perasaan fakirnya kita, seorang hamba kepada Tuhannya. 

Kagum dan cemburu dengan orang mukmin yang kaya tetapi masih mampu mengimani ayat dari surah al-Fatir ini:

يٰأَيُّهَا النَّاسُ أَنْتُمُ الفُقَرَاءُ إِلَى اللّٰهِ ۚ وَاللّٰهُ هُوَ الْغَنِيُّ الْحَمِيْدُ

"Wahai Manusia! Kamulah yang fakir (memerlukan Allah) sedangkan Allah, Dialah yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji" (33:15)


*****

Updated:

Bila baca balik post ni, tiba-tiba teringat bukankah ujian Allah itu custom made? Tak sangka dengan menulis/menaip ini mampu mengingatkan diri aku sendiri haha

Ya untuk Shahizan yang sedang menaip ini,
Dia tahu ujian jenis apakah yang paling tepat dan sesuai buat setiap hambaNya. Dia akan uji pada titik kelemahan kita hingga kita melepasinya. Hingga kita menjadi kuat. Setelah itu akan diuji lagi dengan ujian yang lain. 
Maka janganlah minta untuk diuji seperti masa lalu. Tetapi mintalah ujian yang mengajar kita sesuatu yang baru dengan objektif yang sama iaitu untuk mendidik perasaan hamba dan dihujungnya menjadikan kita lebih bertakwa kepada Dia. 
Kerana sedarlah kita tidak tahu, tapi Allah Maha Tahu. 
Kerana Allah itu mahu kita -- tidak kiralah di saat sukar atau ketika senang, sentiasa sedar kita ini bukanlah siapa. Hanya seorang hamba yang fakir. Yang sentiasa memerlukan Tuhannya.
Ya Rabb, apa jua ujian yang diberikan kepada kami jadikanlah kami seorang hamba yang lebih bertakwa dihujungnya.

Nottingham, 2018.


Saturday, February 03, 2018

Penyakit dan ubatnya


Ada satu ketika, dada terasa sesak dan hati mulai sebal. Tak tahu mengapa dan kerana apa. Terasa seperti ada satu bebanan yang dibendung dan ditanggung. Walau tahu ramai yang sudi menadah telinga, tapi diri sendiri tidak mampu untuk bercerita dan menyusun sebaik-baik kata.

Keliru dan tidak tahu puncanya kerana apa.

Dan akhirnya, Allah jualah tempat dihamburkan segala. Tempat menangis semua.

Lega kerana dilepaskan rasa tanpa perlu mengeluarkan sedikit bicara. 

Kerana aku yakin dia tahu semua.



Nikmat bertuhankan Allah sebagai Rabb dan Ilah itu nikmat yang paling indah dan sangat besar. Di saat diri hilang punca, kita sentiasa tahu ke mana tempat untuk lari kembali.

Kerana Dia sentiasa ada,

dan sememangnya ada.

"Some days you just need to talk to Allah. Pour everything out, even if it makes no sense. Allah understands. Allah knows even the things you forget to mention. Allah hears, Allah sees. Never forget that." - X

Sunny Nott'm


Uni of Notts, Nottingham
2nd February 2018








Salzburg


Salzburg, Austria
22nd-23rd Dec 2017