Sunday, December 31, 2017

To what extent does SOCMED(s) are needed

*Dah lama (yeke) tak buat post panjang macam ni. Saja pesan awal-awal supaya tak menyesal spend masa lama dekat sini huhu*


Salzburg, Austria

Tak lama lepas habis IB (last year) scroll lah balik timeline FB tahun 2010-2013 macam tu. Ada satu section di FB boleh buka balik 'activity' dulu-dulu. Jadi aku tekan satu per satu dan baca sendiri comment-comment merapu, conversation yang tak ke mana -- terus semuanya dibuang. Banyaknya tak terkira *Phew, lap peluh*.

"Tengah padam jahiliyah ke? Kehkehkeh" - Shafiqa

Aku dah agak ada orang perati dari belakang. Aku pandang dia dan buat muka "hekeleh" lantas sambung kembali kerja dalam mengikis karat-karat jahiliyah lama.

Sendiri malu dengan diri yang dulu. Takut akan ada masa, silam itu memakan diri jika tiada usaha untuk membuangnya. Kalau ditakdirkan aku mati dengan tinggalan yang menambahkan saham dosa, alangkah ruginya diri ni.

"Huhu lenguhnya jari buat benda ni." 
"Tahu, sebab tu aku buat FB baru terus." - Shafiqa

Mulanya  ada juga perancangan begitu. Tapi sayang pulak sebab ada beberapa folder gambar zaman sekolah dalam fb lama (yang di private untuk simpanan sendiri hahaha). Memang buat FB tu macam ggl drive, dah jadi tempat penyimpanan files.

Berjam-jam aku masih di situ dan rasa masih banyak lagi yang kena delete. Bayangkanlah kalau satu conversation dekat bahagian comment je dah nak beratus hmmm Akhirnya aku ambil keputusan untuk buang je acc lama dan wujudkan acc FB yang.

Jadi persoalannya, perlu ke buat yang baru? Tak boleh ke kalau tak ada langsung?

To what extent SOCMED(s) are really needed? -- atleast for me,


Image result for social media gif

K gais jaga-jaga, atas tu tadi semua intro. Rasa macam baru nak masuk part yang serius ni hahaha

Kalau tak silap (betulkan kalau salah), penghujung 2009 baru bermula wave ramai pindah ke FB daripada myspace (sis bukan generasi friendster hahaha). Tapi masa ni tiada lagi generasi pakcik-makcik, akak-akak bukak bisnes dan buat jualan runtuh di FB, walau FB Page dan FB group dah ada tapi tidaklah aktif mana. Masa tu adalah zaman create fb acc kalau tak main game, mesti saling singgah-menyinggah di wall kawan-kawan untuk bertegur sapa huhu

Pertengahan 2010 wave perpindahan (generasi guwe) dari FB ke twitter pula. Kiranya masa tu siapa dah guna twitter, FB mereka mula bersawang. Twitter suatu ketika dahulu sekadar serve the purpose untuk update apa yang dia tengah buat dan tidak kurang juga twitter acc dari Indonesia yang asyik "yuk follow yuk". Tapi twitter kini menjadi medan untuk membuat lawak hambar, budaya bashing, kutuk-mengutuk, menjatuhkan orang lain. Everything isn't as how it was before. -- nasihat aku, privatelah acc twitter anda. Walau dalam zaman screenshot dan viral ini anda masih tak dapat elakkan semua ni daripada berlaku, tapi dapatlah kurangkan sedikit kebarangkalian tu.

Join Instagram lambat sikit, after spm macam tu. Tapi rasanya member dah ramai buat insta penghujung 2012 gitu. Untuk rakyat marhaen seperti aku, purpose insta ni sama je dari dulu sampai sekarang aku tengok (advertisement tolak tepi jap). Socmed paling sekejap yang aku ada sebelum deactivate dan menyepi sekian lama. Sebab waktu tu tak clear apa yang insta ni boleh benefit pada aku. Mengikut kajian yang dibuat pun, instagram adalah laman sosial yang paling tidak membantu remaja.

Image result for social media gif
Okay... maybe that's not really the solely reason.

Mungkin selepas tarbiyah datang memberi salam.

Awal-awal di KMB dulu rasa overwhelmed sangat setiap kali bukak insta, twitter dan fb (malas nak hurai panjang mmm nanti jadi entri lain pulak hahaha). Jadi, langkah yang diambil adalah semua SOCMED dibuang huhu tapi kehidupan masa tu rasa bahagia dan tenang sangat. Mungkin otak dan fikiran kurang serabut melihat perangai manusia hehehe walau hidup hanya berkisar di KMB sahaja dan tak tahu update member lama langsung. Ok tak ada lah langsung sebab still keep in touch thru whatsapp.

Dedulu Insta tak boleh deactivate, ada pilihan delete je. Ingat lagi masa share dengan Shafiqa yang aku rasa nak delete insta,

"Masa datang perasaan nak delete tu, kau buat je terus. Kalau tangguh-tangguh nanti tak terbuat langsung." - Shafiqa

Aku seperti biasa, seorang adik yang sentiasa tsiqah dengan kakaknya (hahahaha) mengambil pandangan ini. Orang kedua yang aku share lepas buang insta adalah kakak naqibah aku sendiri. Biasalah bila dengan akak usrah ni sekali dengan "the why(s)" aku share.

Salah satu sebab dalam seribu alasan, aku shut down SOCMED bila rasa benda-benda ni yang mengawal hati aku, dan bukanlah sebaliknya. Seperti kapal yang dimasuki air akan tenggelam, begitu juga hati yang terlalu banyak dunia masuk ke dalamnya.

*Sigh*

Sebab aku tahu keadaan diri (iman) yang lemah dan tak mampu ketika itu, maka aku buang semuanya.


Salzburg, Austria

Perlu ke wujudkan SOCMED semula?

Hujung sem 4 aku berkenalan dengan seorang kakak BFG dari Aussie. Sembang-sembanglah dengan dia keperluan untuk ada insta dan sebagainya. Kak N kongsikan pada aku;

"Tapi sekarang ni mad'u kita generasi yang berhubung melalui SOCMED. Kadang-kadang untuk membina ikatan hati pun melalui SOCMED (huhu). Plus, untuk keep updated dengan keadaan mereka, SOCMED adalah salah satu alat yang boleh digunakan." - Kak N

Papp!

Balik dari selepas jumpa Kak N, terus whatsapp murobbi untuk consult dan minta pandangan patut atau tidak untuk create ig acc baru. Sejujurnya aku tak suka instagram ni sebab banyak grey area huhu tapi bila aku dah clear dengan keperluan benda ni, dan meletakkan beberapa guideline kepada diri sendiri maka, aku buatlah satu mmm

Dan bila rasa terlalu overwhelmed, atau mungkin niat aku dah lari -- aku akan deactivate to tajdid my niat back.

Just so we know, sebagai seorang hamba yang memahami tujuan hidupnya, sepatutnya kita dah mampu untuk bezakan 'alat dan matlamat'. Kenapa tak nak utilize alat yang tersedia ada. Lagi-lagi sekarang ni kita hidup dalam society yang luangkan banyak masa dengan smartphone dan SOCMED. Mad'u tu di hujung jari je sepatutnya huhuhu

Maka tidak hairanlah bila melihat ikhwah akhawat yang sentiasa berusaha menembusi media untuk menyebarkan fikrah Islam. Sebab kalau kita tidak menggunakannya, maka Jahiliyyah akan menguasainya.

Setiap dari kita akan ada tujuan yang berbeza. Orang yang berniaga mahu mencapai target pelanggannya, ada orang sekadar mahu berkongsi kehidupannya, agen MLM akan mencari mangsa-mangsanya, instafemes/twitfemes pula mahu aim followers ramai supaya boleh buat paid review. (tetibe teringat statement, "ingat jadi instafemes/twitfemes boleh buat duit ke" - hahaha say no more)

Walau tujuan kita berbeza, tapi janganlah hingga SOCMED itu memakan diri.

Selagi kita mempunyai guideline dan prinsip meletakkan dunia 'di tangan' inshaaAllah selamat.

No comments:

Post a Comment

Have you said Alhamdulillah today?