Monday, December 04, 2017

By Time


"Assalamualaikum kak Ijan, akak sihat?"

This short line -- satu sapaan yang sangat cliche dari seseorang, tapi satu teguran yang aku tak boleh ignore walau ketika tu sedang kejar deadline coursework. Aku hentikan kerja sebentar dan anggap ini adalah 5mins break yang Allah hantarkan.

"Tetiba je teringat 🙈"

Perasaan aku waktu tu bercampur-baur. Gembira sebab dia ws dahulu. Segan dan malu sebab terasa mendapat teguran dari Allah, sepatutnya aku yang perlu tanyakan khabar dia sebelum dia berbuat begitu huhu

But, above all --

Dalam kelemasan tenggelam-timbul-tenggelam-timbul minggu ni kerana banyak perkara yang perlu diuruskan, coursework yang mesti disiapkan, progress test yang menjadi ukuran, dalam masa yang sama study tidak boleh ditinggalkan, termasuklah tuntutan-tuntutan lain yang dipertanggungjawabkan -- semuanya berlaku dalam 1 minggu dan tidak hairanlah mesej pendek sebegini cukup buat aku merasa tenang dan tersenyum hingga ke telinga kesan dari perasaan yang berbunga-bunga.


Mujur di library ketika itu ambil meja yang paling hujung, menghadap dinding lagi. Jadi, bolehlah aku nak senyum lama mana haha such a meaningful 5mins break ^^, terus bersemangat nak siapkan coursework waktu tu juga supaya lepas ni boleh terus fokus dengan preparation aktiviti bersama mereka esok hari (: 

Aku sambung untuk siapkan coursework sejauh mungkin sebab waktu tu ada 2 jam setengah lagi sebelum syura seterusnya bermula. Tiba masa aku terus siap-siap pulang ke rumah dan rupanya kegembiraan tadi tidak terhenti di situ sahaja; 

Bila masuk bilik, benda pertama yang aku nampak adalah ini


-- There's a cute card left on my table T^T tenkiu akak!

Such a small gesture but meaningful enough T^T sorrylah iolls memang cepat sensitif orangnya.  Muka macam kosong tapi hati tisu sobs. Benda kecil pun terasa besar. Lagi-lagi dalam minggu yang dirasakan sesak begini dan kalau orang tanya, "awak ok ke?" tu memang boleh menangis terus hahahahaha

Dalam kekalutan dunia, Allah hadirkan terus kekuatan itu melalui hamba-hambaNya (: 

Tapi, kecil di sudut hati aku bersyukur kerana masih disibukkan dengan kerja-kerja sebegini. Kerana aku yakin pada akhirnya, manusia itu memang akan dan sentiasa sibuk dan bersusah-payah. Allah pernah bersumpah dalam surah al-Balad;

"Sesungguhnya telah Kami ciptakan manusia itu berada dalam susah payah.” (90:4)

Cuma kita diberi pilihan atas hal apa yang kita mahu bersusah-payah? Jika tidak disibukkan dengan hal Islam, maka dia akan disibukkan dengan hal selain Islam. Tapi kita tak perasan yang lagi satu tu sebab

-- dah terbiasa

Analogi mudah: Nak tengok movie, tiba-tiba battery laptop habis. Nak charge tapi charger ada di tingkat bawah. Kita pun sangguplah turun atau suruh orang ambilkan atau cari charger orang lain atau apa-apa sahaja asalkan kita dapat tengok movie.

contoh lagi jelas tapi mungkin kurang relatable; Rompakan bank. Tak semudah tu nak ceroboh dan buat rompakan. Ntah seminggu ntah sebulan untuk mereka rancang secara rapi dan kemas. Semua tu menuntut masa dan strategi yang mendalam.

Maka, jika anda yang membaca sekarang sedang disibukkan dengan hal-hal kebaikan maka bersyukurlah (: Bersyukurlah atas masa-masa yang Allah telah selamatkan. Kerana bukankah masa-masa itu nanti akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.

Moga Allah lindungi kita daripada masa-masa yang dibazirkan.

"By time, Indeed, mankind is in loss. Except for those who have believed and done righteous deeds and advised each other to truth and advised each other to patience."
(al-Asr:1-3)

Nottingham > Sheffield

No comments:

Post a Comment

Have you said Alhamdulillah today?