Sunday, December 31, 2017

2018

Posted this on 8pm, 31st December 2017 UK time. Tapi time settings blog ni ikut waktu Malaysia pulak huhu 
______________________________

4 jam lagi sebelum ke tahun baru.

Cepatnya masa berlalu. Bukan tempoh masa dalam setahun ni yang aku maksudkan. Tapi sepanjang kehidupan aku sendiri. Rasa segar lagi ingatan aku tengah duduk di pintu rumah nak sarung stoking untuk ke tadika. Seorang aku yang celaru mana satu stoking kanan, mana satu stoking kiri. Tanpa mengetahui sebenarnya tak wujud pun perbezaan antara keduanya.

Dan esok (secara tidak official-nya selagi belum Februari) aku dah melangkah ke umur 22 tahun. Seriuslah dah 22 tahun? Fourier Transform pun tak faham-faham lagi ni TTT_TTT Semalam nak hadam benda tu pun sampai muntah-muntah. Ceh poyo je, padahal muntah sebab masuk angin tak makan hahaha ralit sangat dengan buku sampai lupa nak makan.

Tak sangka boleh stress juga tenung buku lama-lama ni. Jadi untuk hilangkan rasa mendap tu, aku saja je lah bukak blog ni dan baca-baca balik entri lama. Kelako betul sebab macam tengah cakap dengan diri sendiri. Boleh pulak aku gelak-gelak baca post lama sambil berbisik kelakar jugak aku ni hahahaha bila baca post zaman dedulu patutlah ramai salah faham yang aku ni lelaki mmm.

Sebab bila baca balik pun aku boleh in doubt, "yang menulis ni lelaki ke". eh.

Tapi Alhamdulillah, semakin membesar nampaklah entri dan penulisan aku makin keperempuanan (ceh). Dah nak 9 tahun dah blog ni kalau orang tersalah faham lagi tak taulah aku nak eksplain macam mana. 

Winter exam dah nak dekat. Mohon sangat doa dari semua. Manalah tahu ada antara doa anda yang penuh berkah, Allah pilih dan makbulkan :')

Tahu exam dah nak dekat, tapi kelmarin sempat juga siapkan 1 video jaulah hahaha antara cara untuk hilangkan stress juga sebenarnya tu selain daripada blogging.


Sebab rasa tak sempat untuk cerita panjang tentang jaulah, harap video ni dapatlah memberi gambaran jaulah winter kali ni.

P/s: Jaulah Spain tahun lepas punya hutang pun tak terlunas lagi kurkur

Moga kita masuk ke tahun 2018 dengan semangat baru untuk menjadi Individu Muslim yang lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ni (:


Electric Mountain, Wales - PMS17


No comments:

Post a Comment

Have you said Alhamdulillah today?