Saturday, September 23, 2017

Kisah sesat ringkas


KLIA, 16th September 0900hrs



From KL to Nottingham real fast


Tahun ni masuk rumah baru, jadi harap tak peliklah kenapa cawan plastik tu ada atas meja :') Waktu ni baru hari kedua dan tak berapa sempat nak settle down lagi. Mampu tunjuk gambar meja je gais sebab bahagian lain mashaaAllah banyak barang tak kemas lagi. Mmmntahlah aku ni sewa bilik ke sewa office. Keluasan kalau ikut susunan asal memang takde ruang nak solat sangat and nak buat liqa' pun tak lepas. Lepas dah alih-alihkan perabot sana sini pe semua Alhamdulillah ada lah ruang nak buat usrah ke apa.

Dua hari kemudian agent datang nak check inventory. Pastu dia masuklah jugak bilik ni, dia punya terkejut tu; "wow! mashaaAllah mashaaAllah" -- semua bilik reaksi dia macam tu. Maybe sebab bilik perempuan kot. Previous tenant yang stay rumah ni lelaki so mmm memang berbeza lah kot eh keadaan biliknya huhuhuhu

Lepas dia acah-acah over terkejut tu dia tanya;

"Where's the cupboard?" - agent

"Initially, it was there then I changed it to here." - aku

5 saat ke 6 saat,

"Wait, what? Did you mean the ka'abah?" - member

"Yeah, the cupboard (ka'abah)" - agent

Mujur member faham apa yang dia sebut dan maksudkan.

Ka'abah = Kiblat

Ya gais dia tanya aku mana kiblat pastu aku jawab aku pergi tukar kiblat dari sini ke sana. Mesti dia ingat aku ni sesat : ) Allahu, sesuka hati main tukar-tukar kiblat.

Dia punya accent tu kemain aih #SedangkanKiblatpunberubah


No comments:

Post a Comment

Have you said Alhamdulillah today?