Tuesday, May 30, 2017

Lapar ke?


*Setelah 18 jam lebih berpuasa dan lagi 5 minit sebelum berbuka*

"Korang lapar ke?" - housemate

"Tak. Korang?"

"Tak jugak haha"

"Hmm"

"Hm"

*Semua tenung makanan yang dah terhidang atas meja*

"Rasa tak sabar nak berbuka! Bukanlah sebab lapar sangat. Tapi sebab ni 1st Ramadan kita kat sini kot." - semua


;)


1st Tarawih di backyard, Credit: Kak M
“Banyak orang berpuasa, tiada mendapat apa-apa daripada puasanya selain lapar dan banyak orang yang jaga malam (beribadah pada malam hari), tidak mendapat apa-apa daripada jaga malamnya selain kurang tidur.” (Riwayat an-Nasaie dan Ibnu Majah).

Ramadan itu bukan sekadar menahan lapar dan dahaga. Bukan pula pada menantinya waktu berbuka. Ia lebih dari itu! Semoga bulan tarbiah ini membentuk kita menjadi Individu Muslim yang diredhaiNya!

Ramadan Kareem buat semua, moga diberi kekuatan dan kemudahan menjalani ibadah-ibadah di bulan puasa. Moga Allah sampaikan kita hingga ke penghujung Ramadan ;)


No comments:

Post a Comment

Have you said Alhamdulillah today?