Tuesday, May 30, 2017

Lapar ke?


*Setelah 18 jam lebih berpuasa dan lagi 5 minit sebelum berbuka*

"Korang lapar ke?" - housemate

"Tak. Korang?"

"Tak jugak haha"

"Hmm"

"Hm"

*Semua tenung makanan yang dah terhidang atas meja*

"Rasa tak sabar nak berbuka! Bukanlah sebab lapar sangat. Tapi sebab ni 1st Ramadan kita kat sini kot." - semua


;)


1st Tarawih di backyard, Credit: Kak M
“Banyak orang berpuasa, tiada mendapat apa-apa daripada puasanya selain lapar dan banyak orang yang jaga malam (beribadah pada malam hari), tidak mendapat apa-apa daripada jaga malamnya selain kurang tidur.” (Riwayat an-Nasaie dan Ibnu Majah).

Ramadan itu bukan sekadar menahan lapar dan dahaga. Bukan pula pada menantinya waktu berbuka. Ia lebih dari itu! Semoga bulan tarbiah ini membentuk kita menjadi Individu Muslim yang diredhaiNya!

Ramadan Kareem buat semua, moga diberi kekuatan dan kemudahan menjalani ibadah-ibadah di bulan puasa. Moga Allah sampaikan kita hingga ke penghujung Ramadan ;)


Tuesday, May 23, 2017

Ahlan ya Ramadhan


3 days left :')



Have u prepared yourself for this Ramadhan?



One paper down, only one left. Jasad di sini tapi jiwa dah terbayang-bayang nak iftar dekat sana (homesick). Rasa macam dah habis exam pulak hiuhiu Jumpa dekat Malaysia inshaaAllah!

Allahuma ballighna Ramadhan 💕


Monday, May 22, 2017

The Mujahadah that counts


"Ada suggestion lagu best tak?"

Aku tenung msg yang baru masuk. Tutup nota Flip-Flop sebentar dan fokus pada soalan member yang seorang ini. 

"Yang tak lagha"

Balas dia, tak sempat untuk ditanya "lagu cemana"

Tersenyum baca permintaan ni. Maybe because I was once there.

In your shoes?




Semua orang ada *jahiliyyah masing-masing (jahiliyyah yang dimaksudkan adalah hal-hal selain Islam dan tidak membangkitkan iman). Tak semua dalam jalan DnT ini baik sejak azali, lahir-lahir terpelihara dari serangan jahiliyyah dan hal duniawi. Tak semua yang berada di jalan dakwah ini berlatar-belakangkan sekolah agama. Tak semua.

"Terkejut saya dengar kisah akak semua sebelum disentuh tarbiyyah, saya ingatkan akak-akak semua dari dulu baik belaka, tudung bidang 60",

Teringat satu ketika dahulu ada junior katakan ini ketika makan talam bersama. Soalan ni ditujukan ke member yang duduk sebelah (obviously not mehh huhu) Then, terus terbayang saat-saat awal disentuh tarbiyyah, Terbayang wajah-wajah yang sama-sama mahu berubah. Sama-sama menjadi saksi bagaimana setiap dari kita itu bermujahadah :')

Ramai punya tanggapan yang silap pada budak yang mengikuti usrah. Mereka ini bukanlah orang yang baik dan perasan baik.

Tapi merekalah manusia yang selalu rasa mereka ini tidak baik -- Ya, betul tu.

"Sebab saya tak baik lah kot Allah sedarkan saya dengan jalan ini, dan sedar diri ini tak baiklah saya terus memilih jalan DnT untuk perbaiki diri." - X

Nottingham, belakang rumah


Back to kisah diri sendiri,

Teringatlah masa Form 5 dulu first time dapat MP3. Hasil beli dengan duit sendiri. Itu je lah device yang senang nak sorok dari para warden (sedihlah MP3 pun dilarang wuuu) Punyalah semangat isi semua lagu dari komputer.

*Creating new folder -- Malay, English.

Tibalah satu masa terjumpa folder nasheed dalam komputer. Terus copy ke MP3 tanpa fikir dua kali. Tindakan refleks lah kot bila dah semangat sangat dapat MP3 2GB hahhh. Dulu-dulu 2GB tu besar dia rasa macam dapat banglo... Ok tipu.

Maka wujudlah folder baru, "Soul".

Setiap kali bukak MP3 dan pandang folder Malay-English-Soul agak-agak tak tergaru ke hati kalau nak dengar lagu-lagu lagha tu. Macam "gulp" lah jugak, sempat istighfar dua tiga saat lagi. So, setiap kali bukak MP3 kisahnya memang akan terus ke folder "Soul" (Alhamdulillah sisturr). Dengan bebudak bilik study terpengaruh dengan MP3 tu :')

Lama-kelamaan taste genre terhadap lagu berubah

Tanpa sedar.


Smallwood Manor, Uttoxeter 


Sangat appreciate moment ni sebab as time goes by kesedaran tu akan sampai. Sedar yang ini antara titik permulaan tarbiah dari Allah, yang menyelamatkan diri ni dari lagu-lagu lagha huu tell me how to not love Allah ar-Rahim? Yang sentiasa selamatkan kita dari jurang-jurang bahaya.

*(Kita perlu sedar apa jua yang masuk ke dalam hati melalui pancaindera kita lama-kelamaan akan mempengaruhi keadaan hati tu sendiri)

Mungkin ada orang rasa ini perkara biasa, like "hekeleh lagu je pun". Tapi sebab mujahadah setiap dari kita adalah berbeza. Susah juga nak tinggalkan lagu-lagu lama, kalau play semua lagu tu sekarang lyric dia pun masih ada dalam kepala boleh menyanyi lagi sampai habis (kenapalah dulu tak hafaz Quran T^T kalau tak mungkin boleh khatam atleast satu juzu')



"Kita nak puasa earphone. Tapi tak boleh. So might as well, dengar lagu berfaedah mungkin."

Right after baca msg tu aku cuba reply,

taip padam, taip padam, taip padam...

"Ehem osso cannn, ada benda yang kita tak boleh hilangkan terus. Mungkin perlu cari substitute dahulu. Lama-lama nanti mana tahu boleh puasa earphone pulak :p" - dan akhirnya hanya panjang itu yang aku balas.

Teringat analogi botol. Jika kita mahu buang isi keruhnya, jangan biarkan ia kosong. Carilah hal lebih baik yang dapat mengisinya. Kalau dibiarkan kosong takut-takut kita terjatuh ke jahiliyyah lama. Mencari benda yang suatu ketika dahulu pernah mengisi botol itu.

Kelakar pulak bila ingat balik the moment when makin lama makin banyak lagu nasheed yang nak di-update tapi MP3 dah penuh. So, sikit-sikit delete lagu dari folder English/Malay. Eventhough all this while am not playing the music dalam folder tu pun, tapi 4 tahun kemudian baru betul-betul berjaya buang folder yang tak berfaedah tu. (Nak katanya tak mudahlah untuk terus buang begitu sahaja, it's always a process)


Bila dapat msg dari kawan ini, tersenyum juga kerana teringatkan satu hadith Qudsi:

"Seorang hamba yang berusaha mendekatkan diri kepada-Ku dengan ibadah yang Aku wajibkan dan Aku sunnahkan maka Aku akan mencintainya. Bila Aku mencintainya, Aku menjadi telinganya untuk mendengar, matanya untuk melihat, tangannya untuk digerakkan, dan kakinya untuk berjalan. Apabila ia memanjatkan doa, Aku akan mengabulkan. Apabila ia memohon perlindungan, Aku pasti melindunginya. Aku tidak pernah ragu untuk melakukan sesuatu seperti keraguan-Ku ketika mencabut nyawa seorang hamba-Ku yang mukmin. Aku membenci apa yang dibencinya.” 
(HR. Imam Bukhari)

Not literally Allah menjadi telinga, mata, tangan dan kaki kita. Tapi bila Allah mencintai seseorang, Dia akan bimbing pancaindera kita kepada perkara-perkara kebaikan sahaja ^^ Bersyukurlah apabila hati kita tergaru-garu dan rasa mahu mengikis benda yang tak best tu. Boleh jadi itu adalah tanda kasih dan sayangnya Allah kepada kita.


"Not an easy one, but it's the mujahadah that counts."






Sunday, May 21, 2017

It’s not the fall that kills you


“Berapa banyak kes orang bunuh diri dan terjun dari tempat tinggi tapi pengakhirannya di hospital? Tidaklah mati, seperti yang diinginkan. 

Tahukan, yang menyebabkan dia mati bukanlah dari ketinggian berapa dia terjun, tapi bagaimana dia mendarat?” (Usrah, 140517)

View from: 15th floor, Tower Building, School of EEE UoN


Sometimes, we might think what kills the suicider is the height. But nahh Sherlock Holmes pernah buat investigation pasal ni kot (hahaha apa benda sembang sherlock holmes dalam usrah tiba-tiba.)

Indeed, what kills someone is not the fall, but how the landing is.

Melihat perkara ini dari kaca mata fikrah, macam tu jugaklah kot eh ujian-ujian yang Allah beri? Either we’ll be safe or not dari ujian-ujian tu. Safe as in “makin bertambah iman” atau tak safe bila kita “makin menjauh dengan Allah”.

Seperti mana terjun dari bangunan bukanlah penyebab utama kepada kematian seseorang, seperti itu jugalah ujian-ujian yang dihadirkan. Ia tidak membunuh, malah boleh menjadi sebab bertambahnya lagi keimanan kita (tapi landing kena selamatlah tehehee) Penentunya adalah pada landing. Which for this analogy, our landing port is Allah. The One yang kita perlu cari everytime rasa diuji, The Most Safest place untuk mendarat.

Buat semua yang sedang diuji, semoga ujian itu membesarkan lagi hati-hati kita dan semakin membawa kita kepada Allah 😉

And say, 'My Lord, let me land at a blessed landing place, and You are the best to accommodate' (Al-Mukminun:29)

p/s: Doakan esok dah start final!