Wednesday, April 19, 2017

2 in 1 - IBrogaSurvivor


Bila scroll draft entries, baru perasan tak publish pun entry panjat Broga (hahahaha punyalah dah lama cerita tu) Ada dua entry pulak, sebab dua kali naik dalam masa seminggu. Tapi dua-dua tak publish :') Mungkin waktu tu nak procrastinate jap sebab nak settle benda lain dulu. Tak sangka procrastination tu selama ini. Hebat betul bisikan syaiton! (biasalah manusia semua benda nak blame syaitan kan)

Nak post dua-dua dekat sini can ahh? Kalau tak boleh pun, nak jugak hahaha acah je tanya tadi as courtesy *flip tudung
.
.
.
.
.
.

1st Entry, 200516 - KMB


"Jan jadi ke pergi Broga?" - Nani

"Tak tahuu, semua diam je ni. Kita tunggu kalau takde siapa cakap pape maksudnya tak lah kot huhu"

(note that, kalau sembang dengan Nani literally memang sebut "huhu" "hehe" "hihi" tu, sampai Fad pun tak tahan dengar hahaha)

Ok

K


Ingatkan memang tak jadi. Tiba-tiba habis je last paper (Statistics) Nani macam semangat nak pergi. Aku pun macam "Yaaa ya! nanti dah balik nogoghi bila lagi nak ke Broga dengan dia ni". Kitorang pun berusahalah recruit orang-orang lain nak cukupkan 6 orang. Agak susah sebab classmate cam ramai ada hal, nak ajak kengkawan lain ramai tak habis paper lagi tsk.

Kenapa 6 orang? Sebab kitorang ke sana naik Grand Livina. Pergi dan balik KMB-Broga bayar RM 27/person. Bagi aku murah jugak alhamdulillah sebab KMB ke sana dalam 32km gitu. Tapi kalau darab 6, kaya jugaklah pakcik tu kan. Boleh tahan jauh sebab sempat tidur. Adik-adik KMB yang nak no teksi ni bolehlah pm (eh?) 


So ceritanya dapat jugaklah 6 orang tu.

Sebenarnya nak gerak 4.30pagi. Tapi kesian pulak pakcik teksi tu.

"Waktu apa yang memudahkan pakcik?" - aku

"Acik ambil pukul 5am ya"

Pakcik tu betul-betul sampai KMB pukul 4.59am T^T ketepatan masa dia tu mampu membuatkan sesiapa mengesat tangisan terharu


400m sebelum sampai Broga ada surau/madrasah, bolehlah solat Subuh dekat situ. Tapi kalau nak solat dekat Broga ok je sebab ada surau kecik awal-awal pagar masuk tu. Cuma kena bersesak/beratur sebab ramai sangat orang. Tapi kitorang pergi weekdays so takdelah ramai sangat masa tu (berdasarkan bilangan kereta)



Kosong je laluan depan tu hahh


Betapa excitednya si Nani ni, dia boleh buat Broga macam tempat jogging dia. Kitorang bergembira je jalan slow-slow ikut si dia ni dari belakang. Sebelum sampai tanah rata yang pertama tu dah penat gilaa sebab semorang first time panjat dan kita tak tahu berapa jaraknya dari bawah. Kita expect dekat huhuhu (expectation hurts). Tak reti nak bajet tenaga, awal-awal dah guna banyak. Cepat benar penatnya. Sebab tu kemain lama rehat dekat tanah rata yang pertama tu. Hmm lama. Memang lama.

Bermakna juga lama tu sebab dapat peluang mathurat pagi dengan Nani and Aida. Rasa berbunga-bunga sangat masa baca mathurat dekat atas tu. Merasai nikmat yang kita kecil dan lemah dan doa-doanya pun terkandung maksud yang kita sangat berkehendakkan sesuatu dari Allah yang Maha Kaya. Tambah dengan mood angin sejuk lagi :')

Kalau bukan sebab kekuatan dan rezeki yang Allah bagi, tak mampu jejak kaki sampai ke atas ni pun.

Tak perasan duduk rehat berapa lama dekat kawasan pertama. InshaaAllah bila dah sampai stesen pertama, nak ke puncak-puncak seterusnya lebih mudah. Mungkin sebab dah tak letak apa-apa expectation kot hahaha

Yang motivate kitorang untuk sampai ke atas adalah "kat atas ada jual nasi lemak gais, sikit je lagi". Tapi semua faham itu ayat harapan, dan penipuan T^T Walaupun dah turun ke bawah, tak ada satu pun kedai yang bukak. Sunyi je huuuu Mana jualan nasi lemaknya?




Banyak benda belajar sepanjang daki Broga. Alasan awal-awal pergi sebab nak tunaikan hajat kawan, dan kemudian sedar yang Allah bagi peluang waktu free, dan hadirkan orang yang mendorong kita ke sana mesti ada sebab. Time tu terus set niat yang lebih utama. Semoga kita ke sana bukanlah satu aktiviti yang sia-sia, dan diganjarkan pula pahala ibadah kepada kita.


Bukankah qawiyyul jismi adalah salah satu daripada muwasafat tarbiyyah individu muslim eheh


Selain melihat kebesaran Allah, moga kita ni lebih merasakan diri ni adalah hamba yang tak ada apa-apa pun tanpa Dia. Kalau bukan dengan keizinan dan kekuatan yang Allah beri, mungkin nak keluar dari KMB pun kita tak mampu.


Alhamdulillah, belanjalah bukti sikit sampai atas sekali haha

#IBrogaSurvivor

Biasalah tengah semangat baru habis IB pehtu gi Broga, terus wujud # gitu



.
.
.
.
.
.

2nd Entry, 290516 - Serdang


"Esok pukul 4.30am semua orang dah bersiap ya. Kita akan pergi ke satu tempat.
Pakai baju sukan siap-siap."

"Akak, saya ada PVC je. Selamat ke untuk pakai ke tempat tu?"

"Boleh je."


Sebab ayat "boleh je" pakai PVC, 


tak expect pun tempatnya adalah



Tadaaa -- BROGA


Terkejut bukanlah sebab baru 9 hari lepas kita naik Broga. Tapi sebab kita pakai PVC kot huhuhu 




Bila dapat tau Nina pun pakai PVC rasa macam best jugak sebab ada geng. Tapi... sorry Nina terpaksa betrayed bila Kak Aida bagi pinjam kasut sukan dia huehue :p


Sebab kali ni pergi waktu weekend, jadi bilangan pengunjung waktu tu sangatlah...... (nak menulis pun terasa sesak) Padahal waktu tu sampai lagi awal daripada yang first time naik (200516). Baguslah rakyat Malaysia ni..... Suka exercise hiuhiu


Betapa kerdilnya manusia ni kan

Suka je naik lagi walaupun baru je seminggu lepas pergi sana. Sebab sangatlah berpegang dengan prinsip, "Andai kata kita pergi tempat yang sama 10 kali, kita akan peroleh 10 pengalaman yang berbeza"


Lepas ni kalau ada orang nak ajak saya naik lagi pun ok je (lolzz)


Benarlah pengalamannya berbeza. Kali ni kita pergi beramai-ramai. 4 kereta gitu. So, tak boleh fikir diri sendiri je. Walaupun di tengah-tengah pendakian macam terpisah kepada dua kumpulan (hahaha tak perasan) tapi bila ada yang penat, kita berhentilah sama-sama.


Sangat appreciate dengan struggle few akhawat untuk mendaki (since this is not her kind of activity) but still, she's trying :') you guys are just awesome!


Sangatlah belajar untuk sampai ke puncak tak perlu menjadi laju pun sebab kita tak bertanding dengan sesiapa. Determination tu lah sebenarnya yang akan bawa kita pergi lebih jauh walaupun dalam perjalanan tu akan ada momen-momen kepenatan (Macam tu jugalah dalam Dnt ni). Sebab tu tak pelik sepanjang pendakian akan bertembung  je dengan adik yang masih kecik atau pakcik yang dah tua. 



Kalaulah kengkawan first trip aku tahu betapa meriahnya kawasan Broga masa weekend mesti diorang jeles hahaha sebab last time pergi tak ada satu kedai pun bukak. Dengan penuh rasa lapar kitorang tunggu teksi datang ambik pehtu singgah mamak breakfast dulu sebelum balik KMB hehehe.


Tapi, walaupun kedai ni bukak bukannya kitorang singgah makan pun. Sebab akak-akak dah bawak roti untuk breakfast kitorang (yeayyyyy!)


Makanan alas perut sementara menunggu makanan berat dekat next destination

"Lepas ni kita nak pergi mana akak?"

"Ada lah..."


Suka betul akak-akak ni main aucak aucak dengan kita hmm


No comments: