Monday, February 20, 2017

My Engine Squad

Dan hari ini lengkaplah semua sudah ke bumi Aussie. Masing-masing punya flight date hari yang berbeza. Hm kalau berkongsi tarikh yang sama pun diri ni bukannya dapat hantar secara fizikal. Virtual hug? (Maybe I'm the one who need it the most huhu) Kawan yang sama-sama susah, sama-sama tak tidur malam untuk exam keesokannya. Antara kawan yang akan bantu kau dari arah entah mana-mana. Rasa tak kuat untuk menulis sebenarnya. 

Rasa

Rasa nak nangis

Hahaha

Hati tisu*

Dah berbulan sampai UK tapi tiap kali teringatkan yang korang semua akan ke Aussie, dan aku seorang di sini -- macam mana aku cuba tahan pun, tetap bergenang jua.


#MyEngineSquad


Hanani - yang kalau dekat KMB tu aku jalan sengsorang mesti ada yang tanya, "mana Nani?" manalah aku tahu adoyai. Kat bilik dia lah kot. Rasanya Nani pun bosan sebab kalau dia jalan sengsorang dapat soalan yang sama jugak. Kalau orang call/ws aku dan tak mendapat sebarang jawapan, Nani lah mangsanya. Jauh-jauh datang dari bilik dia semata nak bagitau aku, "Jan, (put any name) suruh check phone kau". Sorry Nani huhu. Tak perlu cerita banyak sebab sebelum ni entah berapa banyak entry pasal engko je.

Dalila - Kelas berlainan sampai ramai tanya, "macam mana kenal dia?". Hm taktau lah, ada satu malam pintu bilik terbukak dia sekati je masuk pastu duduk nak belajar sekali. Begitulah awal perkenalannya. Ringkas. Tapi dia inilah kisahnya tangan tidak mahu lepas. Selalu hulurkan tangan (literally) untuk jalan berpegangan. Tak pernah aku jadi sweet macam tu. Tapi dengan dia terasa hilang janggalnya.

Miya - Kalau Nani sifatnya lari bila nampak orang menangis, Miya berlainan pula. Dia akan duduk dan memujuk dengan kata-kata dari tepi. Kaya dengan motivasi diri. Kalau tengah koyak pastu duduk dengan Miya rasa macam aku tengah pergi kem motivasi hahahahaha tak pepasal dapat ceramah free. Terlalu banyak yang Miya bantu. Kadang rasa segan sebab ntah apa lah yang aku buat untuk balas semua kembali.

Fazreen - Kau dah lama pun di sana. Sebelum aku pergi lagi kau dah mula degree. Sejenis yang sentiasa positif walau apa pun berlaku. Lepas ni dah tak boleh buat lawak sama-sama. Kau kena ingat, lawak kau hambar mana pun aku support. Aku tak harap lebih tapi next time kita duduk semeja moga dah boleh makan sayur bersama. 

Mek - Jangan terlalu merendah diri. Kau kena rasa kau pun sama hebatnya! Terima kasih sebab bagi aku tumpang bilik dan terima aku sebagai tetamu seadanya huhu kalau masuk bilik F223, mesti pulang dengan dialek kelantan baru.

Farzana - Kelas medic tapi tak faham macam mana dia boleh tersesat dalam kalangan kitorang. Blok pun tak sama. Jauh selang satu blok lagi. Tapi ada sahaja dia di mana-mana bilik kita. Sampai kau sendiri hairan bagaimana entah boleh rapat hingga berkongsi cerita. Yang banyak bantu dalam aku buntu. Walaupun experiment chem IA tu aku yang jalankan tapi kau pula yang banyak cari theory berkaitan. Kagum dengan kau punya ketabahan. Selama ini Ireland dalam fikiran, tapi Allah uji dengan dua pilihan yang mana pernah difikirkan. Semoga satu hari nanti kita berjumpa dan masing-masing mampu berkata, "perancangan Allah itu benarlah sebaik-baik keputusan."




Kalau inilah antara orang yang Allah ingin aku dipertemukan, ambil IB dan masuk ke KMB bukanlah suatu perkara yang aku kesali. Selamat masuk belajar :') Kalau nak hantar poskad, pls jangan nak share 1 poskad pastu semua sumbat. Sebab korang ramai kat sana, aku nak poskad dari setiap satu hahahaha


No comments: