Monday, February 27, 2017

What a blessing

Day before I turned to 21, a migraine attack hit me all of a sudden huu. Unfortunately, masa tu dekat luar rumah, off for 2 days and terlupa nak bawak ubat. Having a migraine is no joke I would say. Ones will never kno the painfulness you're facing because takkan kita nak buat muka sakit. Muka kena maintain cool dan handsome (but crying inside lol).

But Alhamdulillah, being surrounded by people who care so much about you -- such a blessing. That kind of sisterhood who'll keep on asking if am okay or not, searching for painkiller pills, minyak angin and what not for me. Even my murabbi offered her service to massage my head.

"Kesian akak. Dulu akak naqibah saya pun urutkan kepala saya masa usrah."

Teringat 2 tahun lepas. Lebih kurang waktu yang sama, malam sebelum 26 Feb sakit kepala jugak. Mungkin Allah sentiasa nak hadiahkan perasaan yang sama tiap kali melangkah ke umur baru. Instead of rasa bahagia (typically), more to peringatan yang kematian tu sangat menghampiri.

Merasai sakit pun is such a blessing.

Bukan sahaja sebagai peringatan, moga dosa-dosa pun turut digugurkan. Haish baik betullah Allah ni.

Then, I received this msg in the morning,
I just want to wish you a happy birthday
Tapi i dont want you to be sad like you did last year

As if she knows that's what I felt last night. The same thought and feeling a year ago -- things like "Have I done enough to make Rasulullah proud of me as how he's really proud of with keislaman Saad bin Abi Waqqash?"

(Sebab waktu tu baru habis baca kisah Saad bin Abi Waqqash)

Anggaplah tahun yg telah berlalu ni sebagai tahun yg banyak mengubah awak
To be a better khalifah and abid insyaAllah
Dan masa masa yg tertinggal ni akan digunakan dengan lebih baik lagi

Thankyou awak for being my Harun from the first time we met and even till now -- never fail to give me such a soothing reminder :)

Hidup kan sebuah perjalanan yg terasa seperti amat panjang
Tp hakikatnya kita hanya sepetang di dunia kan

Harap ukhti terus thabat dan tetap di jalan ini walaupun berliku liku liku tp masih banyak bukti bukti kasih sayang Allah dalam hidup awak kan

And the text goes on. Benarlah bukti kasih sayang Allah sangat terlihat pada insan-insan sekeliling kita. Parents, family, akhawat, kengkawan yang lain tu. Kalau boleh nak peluk sorang-sorang and say thank you sebab merekalah bukti kasih sayang Allah pada kita. Kerana mereka adalah pinjaman Allah kepada kita, maka sangatlah perlu dijaga atas tanda syukurnya kita kepada Dia.


So blessed to read every single wish i received since morning. Kata-kata semangat yang sangat menghidupkan. Rasa nak print untuk dibaca bila mungkin diri rasa nak menyerah. For every du'a you wish upon me, may Allah grant you the same things as well (:


 
Had a small celebration here in Nottingham ^^ Thankyou semorang yang tried so hard to hide things but I can sense from the beginning hahaha and thanks Sharina for da boom choc cheese cake hihi




From Hawariyyun Kesayangan (more to "I give hints that I want this card" hahahaha :p)
Thankyou for the book, I like it soooo much. Gonna make full use of it! InshaaAllah.

.
.
.
.
.
.
.
And thankyou Fazreen, sanggup post hadiah and card dari jauh :')



Love you too.


Monday, February 20, 2017

My Engine Squad

Dan hari ini lengkaplah semua sudah ke bumi Aussie. Masing-masing punya flight date hari yang berbeza. Hm kalau berkongsi tarikh yang sama pun diri ni bukannya dapat hantar secara fizikal. Virtual hug? (Maybe I'm the one who need it the most huhu) Kawan yang sama-sama susah, sama-sama tak tidur malam untuk exam keesokannya. Antara kawan yang akan bantu kau dari arah entah mana-mana. Rasa tak kuat untuk menulis sebenarnya. 

Rasa

Rasa nak nangis

Hahaha

Hati tisu*

Dah berbulan sampai UK tapi tiap kali teringatkan yang korang semua akan ke Aussie, dan aku seorang di sini -- macam mana aku cuba tahan pun, tetap bergenang jua.


#MyEngineSquad


Hanani - yang kalau dekat KMB tu aku jalan sengsorang mesti ada yang tanya, "mana Nani?" manalah aku tahu adoyai. Kat bilik dia lah kot. Rasanya Nani pun bosan sebab kalau dia jalan sengsorang dapat soalan yang sama jugak. Kalau orang call/ws aku dan tak mendapat sebarang jawapan, Nani lah mangsanya. Jauh-jauh datang dari bilik dia semata nak bagitau aku, "Jan, (put any name) suruh check phone kau". Sorry Nani huhu. Tak perlu cerita banyak sebab sebelum ni entah berapa banyak entry pasal engko je.

Dalila - Kelas berlainan sampai ramai tanya, "macam mana kenal dia?". Hm taktau lah, ada satu malam pintu bilik terbukak dia sekati je masuk pastu duduk nak belajar sekali. Begitulah awal perkenalannya. Ringkas. Tapi dia inilah kisahnya tangan tidak mahu lepas. Selalu hulurkan tangan (literally) untuk jalan berpegangan. Tak pernah aku jadi sweet macam tu. Tapi dengan dia terasa hilang janggalnya.

Miya - Kalau Nani sifatnya lari bila nampak orang menangis, Miya berlainan pula. Dia akan duduk dan memujuk dengan kata-kata dari tepi. Kaya dengan motivasi diri. Kalau tengah koyak pastu duduk dengan Miya rasa macam aku tengah pergi kem motivasi hahahahaha tak pepasal dapat ceramah free. Terlalu banyak yang Miya bantu. Kadang rasa segan sebab ntah apa lah yang aku buat untuk balas semua kembali.

Fazreen - Kau dah lama pun di sana. Sebelum aku pergi lagi kau dah mula degree. Sejenis yang sentiasa positif walau apa pun berlaku. Lepas ni dah tak boleh buat lawak sama-sama. Kau kena ingat, lawak kau hambar mana pun aku support. Aku tak harap lebih tapi next time kita duduk semeja moga dah boleh makan sayur bersama. 

Mek - Jangan terlalu merendah diri. Kau kena rasa kau pun sama hebatnya! Terima kasih sebab bagi aku tumpang bilik dan terima aku sebagai tetamu seadanya huhu kalau masuk bilik F223, mesti pulang dengan dialek kelantan baru.

Farzana - Kelas medic tapi tak faham macam mana dia boleh tersesat dalam kalangan kitorang. Blok pun tak sama. Jauh selang satu blok lagi. Tapi ada sahaja dia di mana-mana bilik kita. Sampai kau sendiri hairan bagaimana entah boleh rapat hingga berkongsi cerita. Yang banyak bantu dalam aku buntu. Walaupun experiment chem IA tu aku yang jalankan tapi kau pula yang banyak cari theory berkaitan. Kagum dengan kau punya ketabahan. Selama ini Ireland dalam fikiran, tapi Allah uji dengan dua pilihan yang mana pernah difikirkan. Semoga satu hari nanti kita berjumpa dan masing-masing mampu berkata, "perancangan Allah itu benarlah sebaik-baik keputusan."




Kalau inilah antara orang yang Allah ingin aku dipertemukan, ambil IB dan masuk ke KMB bukanlah suatu perkara yang aku kesali. Selamat masuk belajar :') Kalau nak hantar poskad, pls jangan nak share 1 poskad pastu semua sumbat. Sebab korang ramai kat sana, aku nak poskad dari setiap satu hahahaha


Tuesday, February 07, 2017

Being sweet


*Video call*

Me: Ibu, kakcik nak beli camera ni boleh tak?

Ibu: Beli je lah.
.
.
.
.
.

And me,

Image result for shock expression baby


Twas . the . best . respond . I . could . ever . receive!


Walaupun tak guna duit ibu abah tapi bila ibu bagi kebenaran dan restu rasa macam "fuhhhhhhh lega, kurang rasa serba salah". Atleast balik Malaysia nanti tak ada lah ibu bising "membazir duit beli camera" ke apa sebab ibu dah bagi kebenaran kihkih (emoji pakai sunglasses)


Paling-paling pun Shafiqa je lah bising sebab jeles.





Order malam semalam, tengah hari tadi balik kelas terus nampak bungkusan depan pintu. Free delivery pulak tu. Tak tau nak cakap happy dia macam mana. Rasa macam buat surprise dekat diri sendiri. Bolehlah hadiah sempena birthday hujung bulan ni. Dah lama tak bagi hadiah kat diri sendiri.


To: Shahizan




From: Shahizan


Tak sangka, sweet jugak dengan diri sendiri. hmmm how I wish I could marry myself huhu

K gurau je, janganlah serius sangat.



*Testing*


Friday, February 03, 2017

La taghdab


"Bila last awak marah?"



Soalan yang diterima masa duduk berdua dengan housemate tadi. Berdua sebab sorang lagi balik lambat hari ni. Aktiviti baru sempena tahun baru selepas isya's berjemaah. Paling-paling pun luangkan 10minit masa untuk duduk dan muhasabah seharian. Tazkirah pendek. Hati manusia ni kalau dibiarkan kering, lama-lama makan diri. Tak perasan keringnya, tahu-tahu terasa kosong. Bahaya.

"Mmmm saya tak tahu macam mana nak define marah tu"

Bila duduk dan berfikir, topiknya pula menyentuh perihal marah dan sabar (gabungan topik yang menarik) banyak perkara-perkara lepas yang playback dalam kepala.


Perlu ke perasaan marah tu?

Wujud ke manusia yang tak ada rasa marah?


Kadang kita ingat orang yang diam sejenis penyabar ni tak pernah marah. Personally, terfikir je mesti pernah timbul perasaan marah dalam diri diorang. Tapi diam-diam mereka hilangkan rasa marah tu dengan cara yang terbaik.

Yang akan membezakan kita adalah bagaimana kita counter rasa marah tu. Yang membezakan kita adalah kesabaran dalam diri masing-masing. Sebab tu kena banyak berdoa supaya Allah beri kesabaran dalam bersabar. Dalam surah Al-Imran pun Allah ada berfirman tentang sabar atas sabar; 


"Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu" (3:200) 


Rasulullah sendiri pernah rasa marah dengan orang yang membunuh Hamzah, marah terhadap Wahsyi sampaikan tak mampu menatap wajah Wahsyi hingga saat kewafatan baginda. Tapi Rasulullah tetap memaafkan Wahsyi dan tak membalas pun pembunuhan yang dilakukan Wahsyi (sebelum keislamannya).


"Pentingkan sabar ni sebenarnya" - housemate


Indeed, tak hairanlah Allah banyak nyatakan ayat berkaitan kesabaran dalam al-Quran. Banyak ayat-ayat best dan ganjaran yang Allah janjikan buat orang yang bersabar. Antaranya ayat 5 dari surah az-Zumar yang dikongsikan housemate tadi;


"Hanya orang-orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpa batas" (39:5)


Bestkan bila kita ingat kesabaran ni ada batas. Tapi sebenarnya Allah ajarkan kita dalam bersabar tu kena bersabar lagi. Sabar ni tiada batas sebenarnya mungkin sebab tu ganjarannya juga tanpa batas :')


"Saya rasa kalau tak dikurniaan perasaan marah, saya akan jadi ignorant" - aku

Sebab pernah berjumpa dengan sejenis manusia yang tak kisah pun dengan apa yang berlaku dekat sekeliling dia. Biarlah apa pun yang terjadi asalkan hidup aku tak diganggu. Kawan langgar peraturan sekolah pun dia tak kisah. Orang buang sampah merata pun dia tak kisah. Terserempak dengan golongan yang hembus-hembus asap rokok pada muka bayi pun dia tak kisah. Maka akan terbinalah generasi yang nafsi-nafsi. Biarlah apa berlaku pada ummat, selagi aku masih selesa di sini.

Itu bukanlah definition manusia yang penyabar tapi ignorant sebenarnya hmm ehem

Sabar itu hanya akan terlihat bila diri diuji dengan kelemahan diri.

Dan hanya Allah je tahu hal apa yang dapat menguji kesabaran kita.

Marah ni satu perasaan yang timbul bila orang buat benda yang kita tak suka. Saja nak redefine perkataan 'marah' -- jangan pulak pergi google atau cari dalam kamus ke apaKadang perasaan marah tu boleh menjentik sensitiviti kita untuk bergerak. Again, in a rational way. Sebab tu perlunya sabar untuk menentukan output tindakan kita.

'Marah' diciptakan bukan untuk menjadikan manusia tu pemarah, tapi untuk melatih dan menonjolkan sifat 'sabar' itu (: Manusia tak akan kenal 'kesabaran' kalau tidak diuji dengan 'kemarahan'.

Perasaan marah yang timbul bila orang buat perkara yang kita tak suka itu fitrah. Tapi kemudian, teruslah mencari jalan untuk hilangkannya. Sebab tu juga bila timbul rasa marah, terus bisikkan pada diri "la taghdab" (jangan marah). Jika berdiri, kita duduk. Jika sedang duduk, kita baring. Air whudu' juga boleh menyejukkan hati yang panas. Ok, boleh terus google tips menghadapi perasaan marah lepas ni.

Tapi ingatlah, kesabaran itu hanya dapat diukur bila diri ni diuji.

p/s: Orang yang suka melenting sana-sini tu dia bukan marah, tapi baran. Orang baran ni kita kena hati-hati sikit huhu takoddd


Terdetik untuk menulis bila sepanjang hari ni terasa diuji benar kesabaran tu


"Saya sedihlah tiap kali timbul rasa marah, 5 minit kemudian saya akan menyesal." - aku :(