"Jan cuba tengok tarikh ni"
Aku tengoklah, 26/01/2017
"Kenapa? Pattern cantik eh?"
Member dah start kerut muka.
Ok ok aku cuba lagi
"Okayyyy baru perasan ni tarikh kita gerak spain kan. Dah sebulan dah"
Hahaha akhirnya tak sangka berjaya jawab apa yang dia nak. Kadang manusia ni memang selalu macam ni. Kita dah ada jawapan dan kita nak orang jawab jawapan yang dah ada dalam fikiran kita. Eh, faham ke? Atau makin berbelit bahasa aku ni. Huhu lama tak menulis dari hati. (Cuba menaip tanpa backspace)
Fitrah seorang blogger ke apa eh suka cakap dalam hati ni. Kadang rasa malas gila nak menaip sampaikan sambil berjalan tu terfikir, "boleh tak apa yang aku fikir sekarang terus auto publish je dekat blog" haha sorry tak minta pun jadi malas begini huu sebab tu guna tumblr senang. Eh tetibe.
Ok berbalik kepada tekaan-tekaan aku tadi tu, sebab tu kadang cikgu TOK kata "There's no right or wrong. Don't be afraid to answer any questions." -- Tapi aku masih in doubt. Sebenarnya cikgu nak kitorang jawab jawapan yang cikgu dah sediakan kan kannnnn?
Ok lah atas tadi tu teaser mukadimah je hahaha ya Rabbi sorry tak masuk point pun dari tadi.
Masa buat entry pasal Spain tu konon nak buat sambungan kisah setiap tempat (yelah untuk diri sendiri jugak baca nanti bila dah tua ke apa nak mengimbau kenangan hohoho) takdelah, gurau je. Niat untuk buat entry sambungan bagi memudahkan sesiapa yang nak ke Spain nanti. Sebab aku faham perasaan terpinga-pinga sebelum nak ke sana :') Artikel yang aku jumpa pun sangat membantu. So, nak lah jugak menjadi sebahagian yang membantu orang lain tu.
Cuma tak jumpa-jumpa lagi passion menyambung kisah Spain walaupun dah sebulan berlalu hahaha dan hari ni nak gerak ke Warwick yeay! (bunyi bunga api)
Orang selalu tertanya-tanya macam mana aku susun barang dalam beg sampai kadang boleh bawak beg kecik je untuk berjalan 3 hari. Dah terbiasa menjadi minimalist mungkin (poyo je ni). Tak ada lah tips sangat pun, cuma untuk perempuan aku faham perasaan nak kena bawak tudung lagi. Kalau baju lain warna, tudung yang warna ala-ala baju pun kena bawak jugak :') Belum lagi sejenis yang handsocks dan socks pun nak sama. Sebab tu jadi perempuan senang dapat pahala sebab dia ada kesabaran yang tinggi untuk mengemas dan menyusun barang (tetibe).
Off to London-Spain-London
Ok dan untuk memudahkan kita berjalan jauh, bawaklah baju/tudung yang tak perlu iron. Ntahlah, ikut lah kita ni jenis manusia macam mana. Ada orang dia tak kisah bawak tudung banyak, dan tak kisah nak iron. Tapi tu lah huhu bukan sejenis aku tu.
Jadi sebagai seorang yang acah minimalist, aku akan bawak baju-baju yang boleh suit dengan 1 tudung. Sebolehnya. Sebab tak sanggup nak masukkan tudung dalam beg nanti kena iron lagi bila nak pakai :') Kalau ya pun bawak tudung dalam beg, aku akan pastikan tudung tu jenis yang kau sumbat camne pun dalam beg tapi bila dikeluarkan tak berkedut, tak perlu di-iron.
Habis je menaip perenggan atas, baru dapat relate kenapa kebanyakan baju aku warna kelabu/hitam hahaha sebab itu antara warna yang boleh masuk dengan apa-apa warna tudung pun.
Kadang bantai je blend in warna asal masuk dan konfiden kena tinggi hahahaha
Mana nak dapat tudung tak berkedut walau disimpan di dalam beg selama 3 hari?
Tak perlu pun beli tudung harga 800rm untuk sejenis kain tudung macam ni. Selalu tudung tak berkedut ni ada jual tepi jalan, dalam pasaraya cemtu je. Range harga pun dalam 10rm hahaha bahagia aku membeli tudung begini. Sebab bila dah pakai orang tak tau pun kau beli dekat mana, melainkan dia tanya sebab nampak cantik (eh) hahaha
Ok tu je nak cakap. Inilah akibatnya bila biarkan jari terus menaip apa yang hati bisikkan tanpa henti. Ntah mana kronologinya. Tapi moga nampaklah point yang kita mahu melahirkan lebih ramai muslimah minimalist tapi masih kelihatan kemas, bersih, dan hensem. Eh cantik. Eheh.
Thanks sebab penat-penat baca sampai habis :')
No comments:
Post a Comment