Friday, January 13, 2017

Learn Sirah as you wish



Currently, sedang cuba untuk menghabiskan Umar Series. Ada 30 episod, boleh tengok dekat youtube. Pastu set quality kepada HD eh hahaha part HD tu penting ok sebab nak memberi lebih minat bagi menghabiskan semua episod tu.

Saja recommend kan tentang Umar Series ni. Sebab ada orang berusaha nak pelajari sirah tapi struggle untuk membaca (not their thing lah gitu) and maybe they're more into movie. Who knows kan.

Personally, jarang tengok movie sebab susah sikit nak feel. Kadang tertidur. Jadi kalau ada yang lebih berminat membaca daripada tengok movie, sangat recommend untuk membaca Raheeq Makhtum atau english version-nya, The Sealed Nectar.

Latar belakang penulisnya bolehlah cuba google "Syeikh Sofiyyur Rahman". Kalau nak cerita pasal penulis ni pun memang copy dari google jugak nanti haha but basically, macam mana terlahirnya buku Raheeq Makhtum ni (kisah secara ringkas) macam ada pertandingan menulis tentang sirah lengkap Rasulullah dan Raheeq Makhtum ni menang dapat no.1. Hah simple je kan explanation dari seorang Shahizan huhu

Sirah lengkap dari keadaan masyarakat Arab sebelum kerasulan hingga kewafatan Rasulullah. Recommended sangat walau sebenarnya tak habis pun baca lagi (opsss) tinggalkan dekat Malaysia sebab beg dah berat. Ada lagi kitab yang bagus untuk ketahui sirah, contohnya kitab Sirah Nabawiyah. Tak start lagi baca yang ni sebab nak habiskan Raheeq Makhtum dulu huu (doakanlah dapat habiskan secepat mungkin T^T)

Untuk kisah sirah sahabat, boleh dapatkan buku "65 gambaran kisah sahabat". Ada 2 jilid dan belilah dua-dua ya (Y) seronok sangat sebab cara penceritaan buku-buku yang disebut ni bukanlah ala-ala ensiklopedia tapi jalan penceritaan (tak tau lah apa term yang sesuai nak digunakan). Macam baca novel gitu.



Seronok bila tahu kisah setiap sahabat. Kisah-kisah yang "eh wujud rupanya orang yang sanggup buat macam ni" dan kita tahu kisah diorang bukanlah fairytale. Kadang belajar pasal sahabat ni yang menariknya kita boleh relate kan dengan kehidupan kita sendiri. Sebab sahabat ni pun pernah buat kesalahan.

Contohnya kisah Abu Dzar panggil Bilal dengan gelaran yang hingga Rasulullah menegur dia (baca). Kita zaman sekarang macam lek lek je nak ejek orang kan hmm Lagi kisah tentang Ikrimah yang tahap itsarnya di Perang Yarmuk win betul. Dekat KMB dulu bila semua tahu kisah itsar Ikrimah, semua orang nak jadi Ikrimah, sampai tak ada siapa nak start minum/makan dulu sebelum ada orang lain mulakan lol

"Sebab ni yang paling senang kita boleh contohi" - dialog biasa semua

hahahahaha

Dan banyak lagi kisah-kisah sahabat yang kita boleh belajar and ambik pengajaran. Seronoklah dekat KMB dulu bila dapat tau kisah sahabat baru, ramai yang akan make effort untuk jadi seperti mereka. Ok rindulah KMB.

Umar Series tu walaupun 2 tahun lepas dah siap download dalam laptop ni tapi tak pernah istiqamah dalam menghabiskannya. Berkepuk je lah dalam laptop. Mungkin ada hikmahnya sebab awal-awal dulu tak familiar sangat dengan kisah-kisah sahabat. Sekarang bila tengok Umar Series, boleh relate kan semua scene dengan apa yang kita pernah baca. Dan kita dapat detect watak-watak yang ada dalam tu dengan cepat. 

Contohnya watak Ali b Abu Talib bukanlah sepanjang masa masyarakat Makkah ni panggil Ali. Ada masa dipanggilnya, "Abu Hassan" -- Bapa kepada Hassan. Kalau tak familiar mungkin kita akan blur sekejap dengan apa yang dah terjadi huhu

Tiba-tiba rasa nak promote Umar Series ni bila dah sampai episod 17. Sedih gila episod tu. Dah lama tak rasa perasaan camni bila tengok movie. Rasa makin rindu dekat Rasulullah T^T episod 17 ada scene kewafatan Rasulullah, sedih sangat tengok reaksi sahabat. Umar dengan sikap garangnya siap nak pancung siapa cakap Rasulullah telah wafat. Lepas tu datang Abu Bakar dengan ayat lejennya,



Kemudian, terdiamlah Umar di situ.

Semalam banyak betul share scene ep 17 ni dalam igstory. Seronoklah bila dapat trigger minat orang lain untuk tau cerita apa yang kita share tu. Sebab berharap sangat dapat timbulkan interest ramai orang untuk mengenali sirah, walau hanya bermula daripada 30 ep bersiri (:

Oh ya, semua buku yang disebut tu inshaaAllah boleh jumpa dekat mana-mana kedai buku. But to be precise, selalunya beli buku dekat ImanShoppe, Serdang. Berdekatan situ ada kedai buku yang jual buku-buku macam ni jugak tapi tak ingat apa nama kedai dia. Kebanyakan buku dah bertukar kulit, dan inshaaAllah selagi tajuk bukunya sama isi dalam juga sama.

Las but not least, selamat mengenali Sirah! ^^,


No comments:

Post a Comment

Have you said Alhamdulillah today?