Monday, August 08, 2016

01. Random Rant

Lama tak update. Untuk orang yang pernah berwawasan untuk buat atleast 1 post/month seperti aku (cough) rasa macam lama pulak tinggalkan benda ni. Tengok last post (June) dan sekarang dah August.

Ntahlah, rasa tak best nak menulis dalam zaman screenshot dan viral ni. Kadang rasa tah papenya zaman yang aku lalui sekarang. Tengok berita pun, diorang screenshot ulasan-ulasan menteri dari facebook, ucapan artis dari twitter. Sampai rasa "eh kerja wartawan sekarang ni duduk depan komputer dan scroll social media je ke?" huhu siapalah hamba untuk judge pekerjaan mereka. Tapi serious lah korang rasa reliable ke benda-benda screenshot ni? Lepas tu up masuk berita. Macam... eh berita ni kelakarlah.

Sangat bahaya untuk keluarkan pendapat sekarang. Fikir betul-betul. Jangan ikut sangat emosi marah tu. Kadang kita marah 2 minit je. Tapi sayang orang dah screenshot status emosi kita. Itulah terlajak perahu boleh diundur, terlajak status orang screenshot. Walaupun acc twitter kita private, tapi aku still beware dengan zaman screenshot ni haih.

Banyak kali je nak tweet bila rasa tengah marah tu (syaitonirrajim) tapi tiap kali nak tekan "tweet" button tu mujur timbul rasa untuk discard balik. Kadang terlepas jugak tapi selalu rasa tak sedap hati and terus delete balik. Tak best lah kan kalau rasa marah yang kurang seminit tu nanti rosakkan relationship kita dengan orang lain. Walaupun kita rasa itu twitter kita dan kita punya hak, tapi tweet baik-baik je eh hehe atau benda gembira atau apa-apa je yang tak akan beri kesan buruk pada diri kita.

Yang lagi kelakar bila bukak facebook orang upload screenshot dari twitter. Dekat twitter screenshot status/comments dari FB. Dia jadi kelakar sebab akan ada 2 views yang berlainan untuk 1 benda yang sama bila golongan yang mendominasi facebook kebanyakannya orang tua dan golongan professional. Tapi twitter pulak bersepah dengan anak muda yang bercinta, tak kurang juga yang patah hati, kesempitan hidup di universiti dan sebagainya.

Sebab tu bagi aku tak sesuai sebenarnya bila bawak isu facebook ke twitter dan sebaliknya. Contoh, bila lawak twitter dibawa ke facebook, akan ada banyak negative comments sebab sarcasm di twitter akan diambil serius (alasan: seperti perenggan di atas). Sama jugak bila isu facebook dibawa ke twitter kemudian diulas dengan penuh rasa pemberontakan oleh warga twitter (alasan: seperti perenggan di atas)

Titik persamaan antara 2 golongan ni bila diorang dapat screenshot "status menarik" dari wechat.... Eh tak fahamlah jenis manusia yang suka viralkan kelemahan orang lain. Ke korang faham sebenarnya?

Warga Wechat yang paling tabah sebenarnya. Walaupun dihentam berkali-kali sebab penggunaan/ejaan bahasa inggeris yang silap, diorang tetap mencuba tanpa rasa rendah diri. Yang ejek-mengejek sampai viral ni memang bangsa kita punya perangai je. Mat Saleh punyalah tak heran grammar berterabur ke apa. Tak boleh ke kita ajar dan betulkan english dia terus? Kenapa perlu viralkan kesalahan?

At the end, aku rasa blogspot paling selamat sekarang ni hahahaha sebab tak ada siapa singgah dan baca. Kalau ada pun ntah sorang dua yang tak move on macam aku lagi ni kot. Ramai blogger dah berhenti blogging. Kalau nak keluarkan pendapat semua dah boleh tulis panjang-panjang dekat facebook, tak perlu buat blog pun.

Looking back at my previous posts and blog archive, tak sangka hampir 7 tahun jugak bertapa dekat sini (since 2009 sebenarnya tapi banyak post masuk draft). Bloggers zaman aku awal-awal bukak blogspot dulu pun ramai dah kahwin. Irinie Nadia pun dah nak masuk anak ketiga, Maria Elena dah dua anak. Fatin Liyana pun :') how time flies.

Sayang sebenarnya nak delete blog. Dulu buat pun memang untuk ceritakan benda yang kita lalui kat asrama. Acah lepas SPM nak all out lah semua kisah. Tapi itulah, acah je tu. But still, apa yang ada ni pun bila baca balik kemain jugaklah mood rindu dia.

Sama jugak bila dah masuk KMB. BANYAK SANGAT BENDA NAK CERITA. Tapi sebab tak ada masa. Setiap kali nak update blog mesti waktu tu dalam kereta lah, laptop tak ada, jauh dari rumah. At the end, kita bisik dan cerita dalam hati je huhu kalaulah apa yang kita bisik ni terus tertulis.

Kisah dari KMB terlalu banyak yang beri kesan pada diri. InshaaAllah satu hari nanti blog ni akan dibanjiri kisah-kisah sepanjang IB dan moga bermanfaatlah untuk generasi seterusnya yang mengambil IB huhu


Bestnya, lama tak membebel :')


Assalamualaikum.


Oh wait, rasa pelik pulak tak letak gambar.



Antara tempat yang kita selalu lari bila stress dengan IB


2 comments:

amirah said...

Kadang2 mira rasa nak detach dari semua social media ni... fb/ ig/ twitter/ we chat/ whatsapp.. biarlah mira x tau apa tu snow app, boomerang app, snapchat app. Uhuk.. i just wanna live my life happily.. tgk dunia. tgk org sekeliling.. tgk dorang dan komunikasi BETOL! BETOL! Tapi... i guess this is our world know.. kalau kita x join.. kita yg ketinggalan.. x tau apa2 ttg ... mira rasa kita harus bijak memilih mcm shahizan kata... post 2 minit boleh merosakkan hubungan.. terima kasih for the reminder. Moga sentiasa qowiy!

Shahizan Azmi said...

I was once deactivated my twitter and IG hahahaha (facebook tak, sebab KMB selalu update info through fb huhu) masa tu rasa tenang sangat. One of the reasons sama macam mira, rasa nak detach dengan benda-benda ni. Masa tu rasa tak jumpa niat yang betul lagi kenapa perlu buat semua acc ni. Sampailah ada sorang akak said something yang buat kita nampak keperluan untuk activate balik huhuhu tapi itulah, kena selalu refresh niat supaya benda ni menjadi alat untuk menyatukan kita bukan memecahbelahkan ^^ inshaaAllah, mira pun moga dipermudahkan urusan