Monday, August 22, 2016

Bubble ll

This entry was made on early July.
So sebenarnya ada je entry bulan July cuma tak publish je hahaha

July, 11th
The "bubble" post was an unintentional one (planning to write about something else but...) Haihhh k the idea was the "bubble" actually. Maybe that post can be the best intro for this entry? Huhuhu ayat bekap



*play*



Tak pernah sangka pun Allah akan hantarkan aku sahabat yang sangat mudah untuk masuk "bubble" kita. Tak perlu dia bertanya, laju je aku bercerita. Kadang, "weah semalam aku ada mimpi tapi lupa mimpi apa!" pun diberita. Orang yang paling sabar bila nampak aku marah. Bila ramai kata tak pernah nampak aku marah aku terus gelak, sebab siapa suka tunjuk kelemahan diri kita. Kecuali dengan orang yang betul rapat dan kita selesa.

Tak perlu pun nak plan untuk sekumpulan dengan dia. Semua Allah aturkan. Bermula dari orientasi, sekelas, G4, CAS Taska, TOK viva voce (sebenarnya banyak lagi sampai terlupa. nanti dah ingat aku update sikit-sikit hahaha) tak perlu pun buat apa tapi jambatan hati itu Allah bina.

Manusia yang aku sendiri tak pernah tahu warna favourite aku apa, tapi dia konfiden pula kata, "aku dah agak kau pilih tu" sebab warna yang aku suka begitu begini. Bila dia cakap baru perasan, apa-apa yang aku puji cantik rupanya berwarna itu. Wujud juga orang yang sedarkan kita kegemaran kita apa. Walaupun tak pernah disebut secara formal , "aku suka ini..." tapi masing-masing dah boleh baca dan layankan saja.

81.1 GB gambar dan video kisah yang terkumpul dari KMB, tak ada satu pun gambar bersama. Sebab tentunya kalau bukan aku yang memegang kamera, pasti dia. (Susah jugak bila suka benda sama ni)


Eh, ada rupanya

(Ok kita tukar mood)


Kadang-kadang kita macam ada language barrier kan.

Bila tengah sembang-sembang, tetibe kau tersangkut sebab tak tau apa "perkataan" yang sesuai dalam malay. Lepas tu translate dalam english dan aku pulak tak tau perkataan apa yang kau guna tu. Sebab kau ni suka guna vocab yang power-power je hahahaha

Ada jugak perkataan "melayu kampung" yang aku guna kau tak tau pulak apa benda tu. Lepas tu tanya aku, "english dia apa?", aku pulak stress sebab vocab aku mana luas. eyy susah jugak kadang-kadang. Engko ni random sungguh, tetibe bagi aku vocab baru tak kisahlah aku tengah jalan, makan, naik tangga, hingga runtuhkan rasa malu untuk tanya "apa maksud benda ni weah?" -- terima kasih jadi kamus bergerak saya :')




Kawan yang kita boleh nak cerita pasal stokin dengan handsocks baru yang cute (girls being girls). Kadang bila dapat pakai stokin-handsocks yang match dengan baju rasa cam sempurna sungguh hari tu hahahaha Nanti birthday, kau kasi handsock, aku kasi socks je lah eh. Tak payah fikir susah-susah (lol dah demand hadiah)

Antara member yang akan terus msg kita bila whatsapp hanya single tick. Sebab kemungkinan besar aku takkan online pun satu hari hahaha yang faham sangat aku memang tak suka kalau benda penting orang bagitau through personal whatsapp. Sebab eh mestilah benda urgent kot, tapi expect semorang online 24/7.

Orang yang perangainya macam kita -- rasa awkward nak buat surprise and kasi hadiah depan-depan. Sedih jugak sebab tak tau nak buat apa masa kau down dengan TOK. Nak tolong TOK pun diri sendiri tak power. So cara yang kurang sikit rasa segannya ialah letak coklet dekat tingkap bilik lepas tu txt,

"weah tadi nampak macam ada benda kat tingkap kau. Cuba pergi tengok."

Esok pergi kelas macam tak ada apa-apa pun yang berlaku. Nasib baik memasing tak cakap apa-apa. Sebab aku tak tau nak bagi reaction apa nanti. Macam dah ada peraturan yang tertulis pulak, "pls jangan cakap apa-apa pasal benda tu! Plss", syukurr masing-masing diam hingga keesokan harinya.

Pernah masuk bilik tetibe nampak ada penanda buku atas meja aku. Tapi tak ada nama pemberi (kengkawan KMB baik sangat sebab suka selit nota cam bagi semangat gitu) so aku tanyalah masa makan kat DS,

"Eh ada bagi aku bookmark ke semalam?"

"Kenapa tanyaaaaa? Malulahhh!"

Ok. K. Tanya je. Sebab tak ada nama. Rupanya kena bukak plastik penanda tu dulu. Ada note dalam tu. Yelah, sebab kalau dapat barang dalam plastik rasa sayang nak bukak. Ingat aku tak segan ke tanya soalan tu huehue

*Sentiasa rasa kagum dengan orang yang reti bagi hadiah depan-depan



Selalunya orang akan stress masa sem 3 sebab workloads yang bertimpa-timpa. Alhamdulillah sem 3 dipermudahkan, atau mungkin sebab dah penat stress dan lali kesan dari sem 2. Yaaa, sem 2 sensitif benar masa tu. Setiap kali teringat yang JPA nak buang student kalau tak reach requirement sem exam terus rasa nak nangis sebab (weah susah gila rasa macam tak mampu nak puaskan hati sponsor)


Ada sekali tu bukan rasa nak nangis, tapi mental breakdown mashaaAllah teruk benar. Duduk pulak sengsorang kat belakang kelas mulalah nak fikir bukan-bukan. Member ni kalau tengok orang tengah mental breakdown terus lari (sebab tak reti nak pujuk) tapi tak kisahlah sebab aku pun jenis cemtu jugak huhahuha. Tak tau nak buat apa kalau orang nangis. Tapi aku baik sikit sebab aku tak lari hahahaha (tak boleh lupa kau lari bila nampak jiran kau nangis)


So kalau tengah sedih aku tak kisah pun orang approach atau tak sebab nanti macam lagi sebak. Sebab tu bila sedih cari port yang tak ada orang dulu huhu




Sampailah satu masa ni dapat surat masa sem 4. 

"I couldn't help you in any sort of way that time... (bla bla bla) The only thing I could offer was prayers. And thank God that Allah answered my prayers by you being here right at this moment" (March, 2016)

Rasa cam nak nangis (gembira, terharu) sebab terasa sangatlah yang Allah bagi kejayaan ni bukan sebab usaha kita semata tapi ada doa orang lain (ibu, abah, kawan) yang Allah makbulkan. Tak kisah pun masa tu kau tak buat apa, sebab kalau aku jadi kau, aku macam tu jugak kot hahahaha serius nii. Paling tak tahan, ayat pertama dalam surat tu "tak tau nak cakap english ke malay lol"


For these 2 years kau sentiasa ada as support system cukup untuk buat aku rasa sayangnya Allah pada hamba-hamba Dia, Sangat!


Terima kasih untuk sama-sama tak tidur malam siapkan that "Au Revoir" masa sem 1, banner megafair masa sem 2, banner "Sehati Serumpun" for Y1 registration day dan gantung sama-sama awal pagi masa hujan. Kalau kau tak teman, aku pun malas nak siapkan. Terima kasih tumpangkan rumah, sama-sama rewang siapkan makanan untuk jamuan raya walaupun akhirnya kau tak dapat pergi sebab deman.


Thankyou classmate for the effort T^T ntah berapa banyak tangan buat ni hahaha

Terima kasih sebab selalu teman ambik bakul dobi. Bawak sama-sama sampai blok. Terima kasih teman belajar sampai awal pagi, teman nak consult cikgu-cikgu sebab takut kalau pergi sorang kena attack tak tau nak cakap apa. Terima kasih sebab selalu share cheesecake. Terima kasih sebab selalu alert setiap kali lengan baju terselak and tolong tarikkan handsocks. Terima kasih sanggup pegang kaki and seret aku untuk pergi KULSEM.


Terima kasih sebab selalu bawa pada kebaikan.


Terima kasih sebab selalu teman susah senang T^T





IB wasn't easy if Allah didn't sent you around. You're truly one of His gifts.


Alhamdulillah.


Update: August, 16





And thankyou for this video too :') The one that u suppose to give me during sem 2. Tapi bagi after graduation day. Procrastination at its best betul :''''') Pls dah pergi Aussie jangan buat perangai macam ni.

No comments:

Post a Comment

Have you said Alhamdulillah today?