Early 2015, surau Blok F (asar)
“Assalamualaikumwarahmatullah”
elok memberi salam, elok kepala menghadap ke hadapan,
bahu disentuh pula.
“Awak, dapat mesej dari akak tak?”
“Tak” – bingung
“Awak free tak? Pergi surau blok D jom”
“Ok, saya siap-siap dulu”
Tak pernah disangka sejak petang tu bermulalah satu kehidupan baru. Bertemu dan berkumpul bersama mereka yang bukan sekelas, bukan pula berkongsi course yang sama. Perancangan dan prioriti juga mula berubah. Kadang hingga ke malam berkumpul untuk mencapai tujuan yang satu.
Datang dari latar belakang yang berbeza takkan dapat menghalang perancangan Allah untuk himpunkan kita. Kalau bukan kerana Allah mungkin kita tidak akan bertemu dan berkenalan pun.
"Kerana Allah dan Rasul kita mengerti mengapa kita berukhuwah" - Teh
Bila mana rasa macam tak mampu dan nak terjatuh, Allah terus hantar bantuan melalui mereka. Agar iman tidak lemah, semangat juang tidak turun. Rindu nak berqadhaya bersama. Awal bulan tadi dapat jumpa 10 orang pun dah buat hati saya berbunga-bunga :''') Rindu sangat nak tengok muka semuanya.
"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk." (Al-Imran:103)
Sebagaimana bertemunya kita kerana Allah dan Rasul,
semoga begitu jualah berpisahnya kita kerana Allah dan Rasul.
Allah yuftah alaikum di medan seterusnya akhwati fillah!
No comments:
Post a Comment