Friday, March 13, 2015

"Adik puasa hari ni"




Rabu lepas sampai rumah bawak balik corn cup. Letaklah atas meja, tapi tak ada siapa pun makan. Peliknya hmmm situasi yang jarang-jarang berlaku.


"Adik puasa hari ni" -- ibu


Eh kenapa? Bukan nak kata berdosa kalau puasa sunat hari Rabu. Cuma yelah kenapa? Kenapa tak Khamis? Kenapa adik aku dah insaf ni? Hahahaha


"Minggu ni dia exam" tambah ibu


Hahahahahaha exam week rupanya budak ni. Rasa nak dendangkan ayat Yassin je dekat telinga dia ni. Nak tunggu exam week baru nak puasa sunat eh. Nak kata kecik dah besar dah.  Tapi bagus jugak. Atleast dia ada rasa nak puasa sunat tu. 


Samalah macam kita dulu, bila musim spm kemain bangun qiam, solat sunat, puasa sunat. Terasa tak? Itulah yang dikatakan mematlamatkan alat, mengalatkan matlamat. (Kenapa aku dulu macam tu T^T)




Dalam diam aku kagum jugak. Sekurang-kurangnya budak ni dah faham, bila kita lakukan kebaikan (beribadah) Allah akan balas dengan kebaikan juga (in term of she wants good results lettew) hahahaha Tak apa lah dik, slow slow kasi kau faham motif kita atas dunia ni (:


semua benda pun perlu belajar. Nak bagi semua orang faham kena kayuh pelan-pelan.


Untuk adik aku ni, aku nak jinak-jinakkan dia dengan buku macam ni. Harap dia rasa menarik. Sebab aku pun suka baca buku ni kihkih




Paling mengharukan, lepas dia dapat buku ni dia terus balut T^T dan dia baca malam semalam sampai tertidur. Dia macam bagus tau tapi adik, esok kau exam. Baca buku sekolahlah. Haish risau aku dia ni.


And just noticed that there's comments asking about the scholarship thingy at my previous previous post. U may check my replies at that post hehe (baru nak reply, busy kateko)


allahumma balighna fi ramadhan #96daysleft


4 comments:

syakirah izwanie said...

Baguslah terdetik juga niat di hati untuk ingat Allah :) Goodluck la adik nk spm tu

Anonymous said...

rindu mina, tolong la tengok tengok kan dia tu. pasal sekolah dia n kawan kawan. risau juga sebab dia tu macam tak tahu semua benda.

shafiqa

Shahizan Azmi said...

Kannn, saya pun fikir macam tu jugak ^^ eh adik baru F2

Shahizan Azmi said...

InshaaAllah sisturrr