Akhirnya minggu ni dapat balik. Cuti hari keputeraan Sultan Perak. Jeles aku doo. Dulu aku pernah berharap hari jadi aku akan dijadikan cuti umum seluruh Malaysia. Dan sekarang aku masih berharap kehkeh. Tapi... ummm yelahh siapa je kan aku ni.
Minggu lepas bebudak F1, F2, F4 balik rumah. Untunglah tak ada exam besar. Diorang kena balik sebab SABDA jadi tuan rumah dan beberapa dorm lelaki diperlukan untuk penginapan player kriket (HKSBP). Untuk F3 dengan F5 sekolah tetap berjalan seperti biasa. Biasalah kalau semua cuti nanti kena sekolah ganti. Nampak tak permainannya di situ?
Tapi seronok jugak bila dekat sekolah tinggal 2 batch je. Tempat basuh baju kosong je. Biasanya F1 je akan conquer. Sudahlah ada 2 tempat je untuk basuh baju. Balik-balik muka sama je dekat situ, tak kasi chance langsung dekat orang lain. cis cis! Siapa senior sekarang? *Hampir semua ayat ada perkataan 'je'. Annoying pulak baca.
Tapi tak apa, sekarang dah ada dobi dekat ASPURI! hahahihihuhuhoho. Kepada bekas senior, sila jeles.
Ini gambar 2 tahun lepas. Game baru-baru ni aku tak jumpa lagi gambarnya.
Dan minggu ni F1, F2, F4 balik lagi (???) Kenapalah? Tak puas lagi cuti 5 hari minggu lepas? Jeles ni jeles. Nasib baik minggu ni F5 boleh balik.
Musim demam datang lagi. Faktor cuaca mungkin. Bila pagi tu terik seterik-teriknyaaaa maka petang akan hujan selebat-lebatnya. Makin terik pagi tu makin lebat petang nanti. Jangan terpedaya dengan cuaca di Bagan Datoh. Kesian jugak tengok budak kriket main panas-panas. Rasa lah korang cuaca dekat Bagan Datoh ni. Kahkah. Untuk game kriket, tiga jam tu paling sekejap rasanya. Ehmm patut lah budak2 kriket semua errr... burn?
[credits]
Panas betul.
Nasib baik aku demam masa dah nak dekat-dekat balik rumah. Masa menaip ni pun mata tengah merah. Ya, macam zombie duduk depan laptop. Jika ada typo rasanya boleh faham kan kenapa? Harapnya tiadalah.
Tapi demam aku tak sepanas Safiyyah sampai muka naik merah. Tak seteruk Adilah macam dah tak reti nak bercakap. Budak hyper bila demam memang mendadak eh perubahan dia? Hahaha Sorry Adilah! (kenyit mata) Menurut mereka berdua ini lebih baik demam dekat rumah. Atleast rasa secure sikit. Senang dapat ubat. Tak payah nak pergi pejabat ambik borang ke klinik tunggu van dan tiba-tiba van tak ada sebab hantar wakil sekolah lah ape lah blablabla.
Alah tapi kalau dah demam tu dah nak datang jugak masa kau dekat sekolah, jangan sedih sedih. Kawan kan ramai. Apa guna kawan masa kita sakit? Ehem, kalau kau tak reti telan ubat pil, suruh lah kawan kau hancurkan pil tu. Eh macam familiar je cerita ni. Hahaha.
Akhir sekali, selamat bercuti buat rakyat negeri Perak. Cikgu kemain happy sampai lupa kasi homework. Alhamdulillah.
1 comment:
Tumpang rindu nak baca blog hapdet....ada jugak bukak blog ini....mana tau kut2 ada balik umah....:D
Post a Comment