Saturday, May 25, 2013

Berkira

Bila entri yang terakhir nampak ada shafiqa comment, baru lah aku sedar yang dia masih baca blog adik dia ni. hak hak rindu lettew. tau tak sekarang ni aku masih sibuk mencari module fizik yang kau nak tu. Tak sempat jumpa pun before kau fly Febuari lepas.


Tipulah tak sedih masa aku dapat tau kau dah nak pergi. kalaulah aku tak telefon ibu malam tu mungkin aku tak tau langsung kau dah nak fly lagi 3 hari. Untuk balik rumah semata-mata nak hantar kau memang tak akan lah. Bukan aku tak nak. Rasa macam mengada gila nak mohon balik semata-mata nak hantar kakak. Aku rasa malu untuk buat permohonan balik walaupun aku memang nak balik. So, aku duduk atas katil diam-diam nangis sengsorang. Ceh, lagipun minggu tu tengah sibuk exam.

Berbalik ke kisah 4 tahun lepas, aku tahu kau masuk asrama sebab kau serba salah paksa aku masuk asrama dulu. kahkah padan muka kau. paksa aku lagi. tapi ummm yeah Allah knows best. Jalan hidup kau dah ditentukan dari awal. Dialog kau yang selalu buat aku bosan 

"aku nak belajar overseas. kalau tak sia-sia aku masuk asrama. aku bangun awal pagi, basuh baju sendiri tapi at the end masuk UTP yang budak sekolah harian masuk. macam tu baik aku sekolah harian biasa je." 

Statement yang agak kejam tapi lantaklah kalau tu boleh jadi pembakar semangat kau. Disebabkan kau ni memang suka berkira dan cerewet, aku fahamlah kenapa kau boleh buat statement macam tu. Aku anggukkan je kepala. Berkira  gila dohhh takat basuh baju guna mesin tak payah ungkit lah. aku ni 5 tahun basuh guna tangan. bangun awal pagi pun nak berkira. 2 tahun je pun dalam asrama. Ok cukuplah aku counter back, banyak lagi tapi nanti tak jadi pulak nak buat entry sedih hahahaha.


muka budak berkira

Tapi, sebab kau masuk asrama lah kau belajar lebih. Aku tak jamin dekat rumah kau boleh belajar sebanyak mana masa yang kau peruntukkan belajar dekat asrama. kan? Dan bila kau masuk UM, aku ulang 'ayat berkira' kau tu. kau jawab;



"nak buat macam mana dah tak dapat overseas"


Ada satu kali tu aku duduk sebelah kau kita main-main apply biasiswa ni. Dan tak lama lepas tu kau dapat surat. Kahkahkah itulah main-main lagi~ entah berapa bulan dia menangis kena belajar bahasa Korea. Tapi biasalah semua benda ambil masa. Sekarang bukan main happy lagi asyik berjalan je. Menyampah pulak aku.

Lagi menyampah bila dia bawak semua baju pergi sana. Bila aku nak keluar, baru perasan baju ni takde, baju tu hilang. Ahhhh susah betul main kongsi barang ni.


Btw, jaga diri jaga iman. Aku sentiasa doakan kau dari jauh. Semoga segala urusan kau dipermudahkan


2 comments:

  1. Sedih pulak baca ni. Dah la lama giler x update blog....dah update, emo pulak. Btw, study smart ya....:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama eh? haha sebulan dekat sekolah sibuk exam tak terasa masa berlalu ;)

      *batuk batuk* gila tak emo, masa menaip pun boleh bergenang wakakaka *malu* okayyy study smart sentiasa ^^

      Delete

Have you said Alhamdulillah today?