Jumaat lepas kan ada tusyen kan dekat dewan masjid. Sebab minggu ni adalah minggu bebudak asrama balik rumah dan akan attack pusat tusyen tu (maklumlah bebudak asrama masuk fgehh hoho) so cikgu venn buat kelas dekat masjid - besar sikit. kalau nak guna dewan pusat tusyen tu akan ada yang gigit jari sebab lambat sikit je dah tak boleh masuk. lagi-lagi kelas add maths/english/sejarah. Bayangkan subjek english dengan sej pun sampai belakang kauuu penuh dia!
Aku, Ecah, Safiyyah, Piyo dan Najwa sendiri pernah kena situasi macam tu. Terpaksalah Addmaths masuk kelas kedua - waktu petang. Mujur ada Ali Maju. Lepak lepak luu sap kok luu... K tak ada rokok. Main-main je, main-main je! jangan terus scroll bawah nak komen "terkejut mak perempuan hisap rokok"
Bertenang semua. Gambar atas ni tak ada kaitan langsung. Saja letak.
kisah atas tu ringan-ringan je. Aku rasa kena asah skill menaip. Makin lama makin matang penulisan aku. Hua hua perasannnnn! Dush! Baca benda matang-matang ni mana best kan. Macam baca sejarah. Baca satu ayat rasa nak hempas buku. Oh Spm!
******
******
Sebenarnya nak cerita, Jumaat lepas masa break untuk solat Jumaat first time aku tengok suasana Hari Jumaat yang meriah. Pukul 10am keluar rehat, aku tengok depan masjid tu dah pong pang pong pang diorang angkat khemah, susun meja, bancuh air, masak berger, gantung jubah, susun kayu sugi.
Oh inikah bazar Jumaat!
Oh inikah bazar Jumaat!
Jadi masa break pukul 1 tu semua orang jalan-jalan dari satu gerai ke satu gerai. Oh meriahhhh! Rasa seronok. Bau wangi -Makanan. Uhuk uhuk. Makanan yaaa! Aku jalan sikit bau nasi ayam, jalan depan lagi bau berger.
Dan aku jalan depan lagi nampak satu asap. Dengan rasa teruja aku bauuuu...
"ECAHHHHHH!"
Aku tarik lengan kiri beliau. Mata berair. "Ecahhh! aku ingat tu asap makanan. Weahhh rokok! Aku bau asap rokok dengan sengaja"
ahhh tak ada lah menangis mana. cuma kesal. aku tak pernah rela sebegitu biarkan asap masuk ke dalam peparu. sob sob. selama ni aku tahan nafas je. tak sampai hati nak tepis-tepis asap depan smoker. Nak jaga hati para smoker. baik kan aku? Hahaha
pengajaran
#jangan sesuka hati hidu asap tanpa melihat sumbernya
#jangan merokok di tempat awam
Kepada jin-jin di luar sana, sila hisap rokok di tempat tertutup. Tolong lah jangan hisap rokok dekat kawasan makanan yang terdedah seperti keadaan di atas. Haish.
Hari tu je dah macam-macam manusia aku nampak. Manusia yang tak pergi solat Jumaat. Orang habis solat dia terus start enjin balik rumah. Manusia yang tak dengar khutbah, bila iqamat baru masuk masjid.
hmm hm
pengajaran
#jangan sesuka hati hidu asap tanpa melihat sumbernya
#jangan merokok di tempat awam
Kepada jin-jin di luar sana, sila hisap rokok di tempat tertutup. Tolong lah jangan hisap rokok dekat kawasan makanan yang terdedah seperti keadaan di atas. Haish.
Hari tu je dah macam-macam manusia aku nampak. Manusia yang tak pergi solat Jumaat. Orang habis solat dia terus start enjin balik rumah. Manusia yang tak dengar khutbah, bila iqamat baru masuk masjid.
hmm hm
3 comments:
haha,akak dah selalu tengok orang begini. lagi-lagi kalau baru balik kolej,fuyoohh,mcm2 gelagat ado.
Selamat balik ke asrama, rugi x komen semalam....ni komen ni x tau bila dapat baca.....
Apo nak diruginya. Tetap akan dibaca ni hah! :D
Post a Comment