Friday, March 22, 2013

Dua Puluh Enam Dua 2013

Selamat hari lahir 24 hari yang lepas kepada diri saya sendiri, tidak ketinggalan juga kepada Lili Shuhadah, Nisa Afiqah dan Zaim Shahrel.

Disebabkan tarikh 26Feb tiap tahun jatuh pada hari exam, aku lagak orang kurang kasih sayang membuat ucapan pada diri sendiri. Cuma bezanya tahun lepas paper BI tahun ni paper BIO. Tambah 'O' je kat hujung. Haih nervous pulak jawab exam masa hari lahir.

Masing-masing sibuk study untuk persiapan diri. Ahhh sedangkan aku sendiri boleh lupa esoknya 26 Feb apatah lagi orang lain. Tapi kepada yang masih mengingati terima kasih saya ucapkan. Dalam kesibukan diri sempat jugak curi masa buat kad ucapan a.k.a kertas ucapan.


Maka penuhlah meja dengan sticky notes merata-rata. Tak apa. Faham sangat bila tiba musim periksa ni. Semua pakat guna apa yang terdekat. Sebenarnya aku berharap ada laa yang selitkan nota sejarah sikit. Lahai, cikgu bukan check pun kertas-kertas yg student selit dekat meja. Ya, itu boleh dianggap sebagai hadiah hari lahir paling bermakna!

Malangnya tak ada siapa pun yang lakukan sedemikian. Sejarah dapat C pulakkkkk! HAHAHAHA tak cantik dah slip periksa. cis! nasib baik tak fail je. Fuhhhh...

Bulan Feb lepas, 
member-member yang balik dari KESUMA ada cerita masa dekat sana diorang jumpa budak muka sama macam aku. Bart cakap dia hensem. Saja nak tebalkan perkataan hensem tu. Aku percaya Bart! (batuk-batuk). Tapi bila aku tanya Que, dia macam susah nak cakap yang budak tu hensem. Alah biasalah, jarang sebenarnya nak jumpa lelaki yang puji kaum sendiri hensem. Dan Que bagi kata putus "budak tu tak hensem tapi dia cantik lahhh". Ehem ehem alah Que ni nak puji aku berkias-kias puleee. kahkah.

Kepada orang yang muka sama, 
mungkin kita kembar terpisah (lah sangat) jadi aku dengan sukacitanya nak ucapkan selamat hari lahir 24 hari yang lepas kepada anda anda yang rasa punya iras yang sama dengan saya. Mungkin kita lahir pada tarikh yang sama. ya, mungkin...

0000, 26Feb 2013
Peristiwa bermula dengan kejadian air nescafe dan air milo dua-cawan-penuh tertumpah atas buku teks bio. elok-elok nak stay up untuk exam terus stay up nak bersihkan lantai dorm. hua hua hua. Boleh pulak ada yang fikir air tumpah ni prank. Benda serius kot! malam tu semua moody. tensyen. semua gara-gara nescafe tertumpah. bermula saat itu aku tak suka nescafe. aku serius.

tak suka tak bermakna tak kan minum kan?

Terima kasih juga kepada si pemberi2 hadiah yang memberi secara terus, secara orang tengah dan secara pos laju. 

pos laju?

eh?


p/s: oh ya, result spm aku 9A+. tolong jangan tanya lagi lepas ni. muehehe.


8 comments:

  1. Asik bukak blog ini....asik x update sejak bulan lepas...oh, lupa...tuan besar kan bz study....:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mohon kerajaan perbanyakkan lagi cuti sekolah. Tahun ni sebulan sekali ke balik :>

      Delete
    2. Heppp....nak peksa x leh balik selalu. Dok situ diam2....bulan depan plak update belog eh....opppps, sempat lg hapdet minggu ini....:D

      Delete
    3. oh typo dekat atas tu - *je
      haha nampak gaya macam tu lah coraknya -.-' sebulan sekali buat entry.

      Delete
  2. All the best for SPM! from; senior Nova-X (ahaks senior lah sangat)

    ReplyDelete
  3. Awww thanks kak farah :') kalau free moh lerr datang sabda ;D haha

    ReplyDelete
  4. inshaaAllah after habis exam jun ni. Hehe :D

    ReplyDelete

Have you said Alhamdulillah today?