Saturday, October 27, 2012

01. Dormmates - Roti bakar


Dari sini kita boleh nampak kantin dan Dewan Makan

Assalamualaikum kepada peminat roti semua. Roti jugak sangat sinonim dengan budak asrama yang memang perut asyik minta untuk diisi. Bila DM bukak, tak nak pergi makan. Merungut makanan tak sedap. Dan inisiatif selain DM dan kantin yang cekik darah adalah makanan dalam locker sendiri. 

Bagi menarikkan lagi gaya pemakanan piramid makanan, kami-kami ada buat pesta roti bakar secara kecil-kecilan. Maggi? Ehem, kalau makan maggi setiap minggu selain daripada botakkan kepala, kau juga boleh muntah darah sebab terlampau muak.

Untuk pengetahuan semua, aktiviti bakar-bakar ni memang terkenal dekat mana-mana asrama sejak dulu lagi.

Baiklah, antara bahan dan radas yang diperlukan untuk buat roti bakar ni adalah seperti di bawah :



1. Roti
2. Sebarang perisa untuk roti
3. Dua helai kertas (tiada dalam gambar)
4. Pisau
5. Iron
6. Arus elektrik

Ok, roti ni memang payah nak dapat. Kalau beli dari rumah... Alahai kau tau tau je lah expired date untuk roti ni memang tak sempat bulan nak purnama  Tak ada pilihan lain selain beli di Bagan semasa outing atau di kantin. Nasib baik harga roti ni fixed dekat mana-mana je. Kalau tak mesti kantin jual mahal jugak.

Iron dan arus elektrik adalah benda yang paling penting. Kalau tak kau akan makan roti kosong bersama nutella di mana tak ada fungsi entri ni dibaca. Kita nak buat roti bakar! Roti bakar! Come on bro setakat roti biasa tak cool kan. Kahkah.

Langkah1
Kita warm up dulu iron tu sampai lampu merah yang menyala terpadam. letakkan sekeping roti, atau dua atau seberapa banyak yang agak-agak kertas tu boleh tampung.


Langkah 2
tutup roti tu dengan satu lagi kertas dan tekapkan dengan iron. Hah masa tu kau iron lah kertas tu sampai rasa roti dah cukup rangup. Kalih-kalihkan kertas tu macam goreng ayam untuk pastikan kedua-dua belah permukaan rangup.


Langkah 3
Rasa dah rangup untuk dimakan, angkat kertas bahagian atas dan bersedia untuk fasa seterusnya.


Langkah 4
Sapukan roti bakar dengan apa-apa jem yang kau nak. Lagi sedap kalau kau campurkan perisa dia.



langkah 5
Potong roti bakar kepada beberapa bahagian. Ini bukan kau nak makan sorang. Hidup jangan nak sorang-sorang sangat. Lagi-lagi bila pesta makan macam ni. 



Bila kau makan, rasa dia cair dalam mulut. Sempurna betul roti bakar menggunakan iron ni. kerangupan roti dapat di-adjust secara manual. Iron adalah radas yang paling penting untuk sesebuah dorm. Iron ni sangat universal sifatnya. Selain untuk gosok baju dan buat roti bakar, kau boleh buat 'milo bar' dan masak telur guna iron. Hahhhhhh....!

Sekian sahaja buat kali ini. Terima kasih :)


yang menurut perintah : Esok dah balik asrama. Boleh cuba-cuba.

Thursday, October 25, 2012

Korban

Aku rasa ni kali pertama dan terakhir aku bedah tikus putih. Bukan takut bukan geli. Aku sendiri tak faham, setiap orang yang lalu meja kumpulan aku mesti akan keluarkan bunyi seperti "eeee!" "ahhh!" "woi!" "apa korang buat?!" "bapak kejam!" tak kurang juga yang lalu tanpa keluarkan bunyi tapi buat reaksi macam kerutkan dahi, terus tutup mulut, hidung, mata. ahhh semua organ dia nak tutup.

Muka aku pun jadi terkejut bila orang yang lalu terkejut. Terkejut 2 saat dan sambung kerja macam biasa. sambil-sambil tu aku fikir. apa yang aku dah buat, semua orang bukan bedah cara yang sama ke. kalau aku kejam, yang lain tu apa? Tak kejam?

Tak apa, kita cool. Aku dengan diyana sambung buat tanpa rasa loya. bila dah siat habis-habisan sampai bahagian kepala, baru aku sedar yang deria bau kitorang tak berfungsi! Patutlah rasa lain macam dari awal. Dah nampak otak tikus baru naik bau bangkai. Padahal orang depan meja dah buat muka nak muntah tengok tikus kitorang. Errr...


SATU


DUA


TIGA


EMPAT


LIMA

Kes 5 tu orang lain punya. aku rasa macam bahaya nak tunjuk korban hasil kumpulan aku. Bentuk kepala pun dah hilang. Err... Tak payah tunjuk lah.

Aku rasa bukan aku sorang je yang tanam cita-cita untuk seludup kulit tikus ni buat pencil case atau dompet atau hiasan dalam locker. Ada kumpulan yang betul-betul pergi basuh kulit tu nak simpan. Phewwwwwww!


Oh aku ada tikus supermannnnn! Jeng jeng jenggg!



p/s: Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha! :D


p/s/s: Ada sorang kawan ni masa proses nak 
matikan tikus dah meleleh-leleh air mata.