Wednesday, May 29, 2019

Random inner thought

Have you ever listened to a song and it feels so so much related to your feeling then you'll be like, "Eh macam best je kalau dapat buat video dengan lagu ni."

-- Well, I actually did that. Randomly (read: in between my study time huhu) tulah lain kali jangan bukak lagu masa belajar. Such a person who easily get distracted by music -_-"

Hujung-hujung Ramadhan tentunya beri kita lebih perasaan sayu. So, bila dengar lagu-lagu feeling sikit, makinlah bertambah sayu tu huu.

Sedihlah jugak bila dalam Ramadhan busy dengan study. Nak nak pulak exam masa last 10 of Ramadhan ni. Dan setiap kali perasaan macam tu datang, banyak kali remind diri yang study pun ibadah. Kalau study problem macam mana nak bawak DnT ni U_U Moga Allah ampuni dosa-dosa kita dan menjadikan study sebagai alat untuk melajukan lagi DnT.

Usrah last week best sangat bila murabbi remind hakikatnya Ramadhan tak meninggalkan kita pun. In fact, Allah janjikan Ramadhan ni akan datang je pada tiap tahun. Hakikatnya, kitalah yang meninggalkan Ramadhan -- ya, untuk hari-hari yang berlalu, kitalah yang semakin meninggalkan dunia ni.

Dan tentunya kita takkan pernah tahu bila saatnya kematian kita.

Berada di bulan Ramadhan, jomlah gunakan peluang yang ada untuk terus berdoa dan bersihkan diri dari dosa-dosa. Taknaklah jumpa Allah dalam keadaan yang sangat banyak dosa T.T

Pastu masa tengah study tadi bila terdengar lagu Opick ni sedih sangat sebab terbayang dosa-dosa yang sangat banyak ;( Ya Allah, please make us among the muttaqeen.

And this song, eloquently speaks my inner thoughts--



"Ya Allah, we have come near the end of this beautiful month,
and we are going to miss it thoroughly.

Ya Allah, allow us to keep Ramadan alive within us,
in terms of our increased faith,
increased Ibadah,
increased sincerity and increased Imaan.

Ya Allah accepts it from all of us,
every little deed that we could do. 

Ya Allah, our fasting was flawed, 
our prayers were flawed, 
our intentions were flawed,

but Ya Allah, Your mercy is not flawed. 

Ya Allah, grant us Your acceptance
and give us strengths to gain control over our Nafs. 

Ya Allah, allow us to keep our relationship alive
and ever increasing with The Noble Quran.

Ya Allah the primary goal of fasting was to attain 
self-restraint and self-consciousness.
Ya Allah, we tried our best,
but we know we could have done much better.

Ya Allah, accept it from us and change our lives for the better.
Ya Allah allow us to be ever conscious of You in whatever we do.
Ya Allah, make this Ramadan an accepted and life changing Ramadan for all of us. 

And Ya Allah, allow us to witness this beautiful month of mercy again next year,
by Your will."

- Ramadhan 1440H



Friday, May 24, 2019

Begitulah Kasihnya Ibu

Pendam je rasa nak menulis selama ni sebab nak settlekan prioriti lain. Banyak betul benda nak sembang. Ramadhan, Exam, Hari Guru, Hari ibu, Hari-hari dalam hidupku (eh).

Kalau perasan sejak dua menjak ni kerap betul perbincangan tentang surirumah vs. wanita berkerjaya. Satu topik yang tak ada siapa peduli pun untuk beberapa tahun kebelakang. Zaman teknologi kot eh, bila masing-masing ada peluang untuk meluah rasa. Wanita bekerjaya pun penat, menjadi surirumah sepenuh masa pun penat. Masing-masing mahu justify yang kerja mereka lebih memenatkan.

Belajar pun penat (eh tiberr.)

Bukan isu penat je. Dekat socmed pula ramai yang kongsikan kisah-kisah surirumah yang depressed. Isu insecurity pun ada juga. Mungkin makin besar ni kekadang bila duduk sembang dengan kakak-kakak yang dah berkeluarga dan ada anak, kita makin terdedah dengan luahan hati mereka. Baru tahu ada antara mereka disebulungi insecurities. Belum cerita lagi soalan-soalan dari makcik bawang yang menambahkan lagi kesan pada insecurities tu huhu 

Tapi, dalam post ni bukanlah nak justify siapa lagi penat atau pilihan mana lagi bagus -- Sebab diri sendiri bukanlah seorang ibu lagi haha so tak berada di kasut mana-mana pihak pun.

Cuma dari kaca mata seorang anak yang hidupnya dibesarkan oleh seorang surirumah sepenuh masa -- adanya kisah-kisah tersembunyi. Kisah betapa anak-anak para ibu suri sangat menghargai keberadaan mereka di sisi.

Dan ini adalah kisah aku dan ibu, kisah dari lensa seorang anak yang memerhati.

*macam biasalah, sila tekan play*

Setiap kali balik dari sekolah, aku tahu sosok ibu sentiasa menunggu. Ibu tahu jadual sekolah tiap seorang dari kami lima orang. Ibu juga tahu untuk pulang berjalan kaki dari sekolah hanya mengambil masa 30 minit lebih kurang. Ibu akan resah bila tiba waktu sepatutnya tapi anak ibu masih tak pulang-pulang. 
Kalau aku balik lewat petang, jauh 200m dari atas padang aku sudah nampak bayang ibu di tingkap. Itulah tingkap singgahan ibu dalam menghantar anak ke sekolah hingga hilang dari pandangan, juga menjemput anak pulang hingga terlihat bayangan.
Begitulah kasihnya ibu, setia benar menunggu.  
"Kenapa balik lambat? Ada apa-apa ke dekat sekolah?" 
Itulah soalan yang akan aku dapat. Dulu tak reti hargai, tapi bila besar kini terasa nikmatnya ada yang sentiasa peduli dengan keselamatan diri.  
"Hari ni belajar apa?" 
Tanya ibu lagi seperti hari-hari biasa. Mulalah aku pilih cerita-cerita sekolah yang seronok untuk dikisahkan. Cikgu-cikgu yang sangat baik, yang garang, cikgu yang best hah semualah (tapi kisah gaduh-gaduh semua aku simpan rapi kahkah)
Seperti hari-hari biasa ibu akan buka beg dan selak buku latihan satu per satu. 
"Hah, ni ada kerja sekolah karangan ni." 
"Bagusnya, banyak yang betul."  
"Macam mana boleh salah kira? Ni tambah ni sama dengan..." 
"Boleh tambah isi karangan lagi ni...." 
Ibu yang minatnya pada sastera sekian lama, memang suka benar baca karangan anak-anaknya. Tapi karangan aku selalunya biasa-biasa (tak suka buat karangan haha). Shafiqa je yang selalu perform buat karangan (sampai sekarang dia poyo). 
Begitulah kasihnya ibu, sentiasa teliti dalam memerhati.
Aku ingat bila masuk asrama ibu takkan buat rutin ni lagi. Iyalah, pulang bermalam pun sebulan hanya sekali (sobs sedihnya bila fikir balik asrama jauh-jauh ni). Tapi, setiap kali balik ibu tetap akan buka beg sekolah dan periksa kerja-kerja aku.
"Eh, kenapa ni banyak cikgu tanda bulat?" - ibu 
"Sebab tu style tanda orang Jepunlah hahaha" 
Mesti ibu terkejut bila aku 'salah' semua. Sebab semua soalan cikgu tanda bulat, dengan pen merah pula tu. Yaa, itu kerja sekolah Bahasa Jepun. Menjadi budaya Jepun yang betul dibulatkan, yang salah mereka 'tick'. Kalau dulu mungkin ang naik heran awatnya Nobita asyik dapat '0' jaa padahal kertas dia penuh dengan tanda 'tick', hah sekarang ang tau dah sebab apa (eh lari topik pulak). 
Kecil dahulu, ibu akan ambil buku latihan kosong dan buatkan soalan matematik untuk aku jawab. Ibu akan buat kotak warna-warna untuk aku belajar jenis-jenisnya. Juga ada silang kata untuk aku meneka peribahasa. 
Ibu tahu aku suka mewarna, jadi ada beberapa gambar ibu abah photostats banyak benar buat stock aku mewarna. Banyak lagi latihan dan kuiz comel yang ibu akan reka. Maka, jimatlah di situ tidak perlu ke kedai mencari buku-buku. Bukanlah datang dari keluarga yang ada-ada, tapi ibu akan pastikan aku dapat belajar dengan apa yang ada. 
Pernah ketika, manila kad merah ibu guna dan dipotong mengikut bentuk anak panah. Habis setiap perabot di rumah ibu tandakan dengan perkataan-perkataan inggeris. Ditampalnya label anak panah itu di pintu (door), almari baju (cupboard), lampu (lamp), dan banyak lagi jika mahu aku senaraikan satu per satu. 
Begitulah kasihnya ibu, bukan sekadar ibu tetapi juga guru. 
Ibu tak pernah ambil mudah dengan apa jua program sekolah. Walau sukan tahunan yang aku hanya masuk satu acara. Walau hanya solat hajat untuk tujuan peperiksaan. Juga, untuk setiap kali aku menerima anugerah, ibu tidak pernah gagal untuk ada. Mesyuarat PIBG yang kadang abah sedang bekerja boleh sahaja ibu tak perlu bersusah payah ke sekolah. Tapi ibu akan tetap hadir walau berjalan kaki panas-panas lagi. 
Sudah berpuluh tahun ibu hidapi Rheumatoid Athritis (sejenis radang di sendi, sakit-sakit di sendi). Aku tahu ibu sakit bila berjalan jauh, tapi ibu masih memilih untuk datang. Hanya Allah sahajalah sebaik-baik pemberi ganjaran atas sakit-sakitnya kaki ibu berjalan. 
Begitulah kasihnya ibu, mahu sentiasa ada di hari besar anak-anaknya. 
Ruang kerja ibu bukan sekadar itu, malah ibu adalah accountant yang membuat kira-kira, mencatat dan memastikan keluar masuk duit bulanan cukup buat semua. Juga engineer yang membaik pulih barangan rosak di rumah. Ibu jualah mu'alimah yang mengajar aku alif ba ta hingga habis khatamnya al-Quran. Itulah ibu, serba serbi semuanya.   
Tentunya, aku adalah antara manusia yang sangat bersyukur dibesarkan bersama ibu yang sentiasa ada di depan mata. Sentiasa ada menyambut aku pulang dari sekolah. Sentiasa menyediakan juadah untuk satu keluarga.

Seperti yang lain, sebelum-sebelum ni aku sendiri tak pernah ada kesedaran menjadi seorang ibu yang menjaga rumah sepanjang masa penat sebenarnya. Mana tidaknya, ibu hebat benar menyorokkan kepenatan dirinya. Juga dahulu tiada platform seperti facebook untuk para suri kongsikan struggle mereka.

Buat ibu-ibu yang memilih untuk menjadi surirumah sepenuh masa -- mungkin tiada siapa fahami atau hargai apa yang anda lalui dan lakukan kini kerana mungkin anak masih kecil, masih tidak petah berkata atau mengerti apa. Tapi, menjelang dewasa tentu-tentu merekalah antara manusia yang sangat bersyukur kerana anda sentiasa ada di depan mata! 

Buat wanita bekerjaya, anda juga adalah sumber inspirasi semua kerana sungguh setiap ibu adalah kebanggaan anak-anak mereka. Cuma kalau mahu tahu kisah dari kaca mata seorang anak yang membesar dengan ibu bekerjaya kena tunggu orang lain lah yang buat post hihi sebab mak saya surirumah so saya kongsikan kebanggaan saya menjadi anak kepada seorang surirumah :p

p/s: Ini hanya kisah yang sempat recap dalam satu malam. Entri macam ni kalau simpan lagi lama, lagi banyak memori terkeluar. Tak habis menaip nanti. Eloklah publish terus bila dah habis menaip tu.


Sebab hari hari adalah hari ibu, jadi tiada istilah terlambat untuk ucapan selamat hari ibu kepada ibu-ibu yang ohsem di luar sana! (fuh punyalah tipikal alasan dia)

Semoga Allah kurniakan syurga buat ibu-ibu kita 😊

Tuesday, May 14, 2019

Alpaca Farm

Mayfield Alpaca, Sheffield
4th May 2019.


Yang ntahlah buat kali keberapa ke sini. Bila dekat UK memang boleh terpasang niat nak jadi farmers. Duduk dekat ladang, jaga haiwan, tanam pokok, dengan padang hijau luas huuu bestnya. Dekat Malaysia tak terfikir sebab.... panas 😆

This is kiutttt

Haiii merenung masa depan ke tuww

/cari benda tersembunyi/


Alhamdulillah dah masuk submission week. Tak sabar nak submit coursework satu per satu walaupun ada 2 coursework yang tak siap 50% pun lagi hahaha tapi still lega sebab mula merasai ruang untuk bukak buku dan belajar dengan tenang (read: 90 pages of report dah siap T_T)

Ceh, tenang ke padahal exam next week huhu padan muka belajar lagi last minute.

Sunday, May 05, 2019

The Opposite But It Completes

"Dalam dekapan ukhuwah,
kita merasakan kehangatan sahabat.

Dia tahu kelemahan kita,

tetapi menunjukkan kekuatan kita.

Dia merasakan ketakutan kita,

tetapi membangkitkan keyakinan kita.

Dia melihat kekhuatiran kita,

tetapi membebaskan jiwa kita.

Dia mengenal ketidakmampuan kita,

tetapi memberi kita kesempatan."

-DDU-

How this quote from DDU will always remind me of you, one of my Harun(s) in DnT :')



The one that --
always know my limit,
always try to serve my love language,
always help in saying 'no' when I can't even say so,
always encourage me in the things that I love to.

Always be the one that knows all of my 'why(s)',
and always behind me for every decision made in DnT.

Usrahmate for almost 5 years but the taaruf process is still ongoing, and always be :p 

Personaliti yang sangatlah berbeza and opposite, terkejut betul awal-awal dulu satu rumah dengan dia ni hahaha antaranya dia sejenis suka bagi hadiah depan-depan pastu paksa orang bukak waktu tu jugak. Budak KMB pun tau macam mana cara aku bagi hadiah -- selalu bagi sorok-sorok pastu lari. Hah imagine lah cemana aku nak face orang sejenis straight macam ni err.

"Jan, love language awak ni selalunya kena buat apa eh? Saya takutlah dengan orang love language X ni" - her, forever.

"Eyyy samalah! Ingat saya tak takut ke dengan orang yang love language macam awak! -_-"

My top love language is her lowest, and her 1st love language is my last T_T Kitorang ni memang banyak perbezaan dalam apa jua perkara. Tapi kalau nak rebel tu boleh pulak sama-sama satu kepala hahaha.

Belum cerita lagi tahap extremely extrovert dia awal-awal dulu tu mmm mujur ada bertahun-tahun untuk selami personaliti sejenis macam ni. Lama-lama dia serap perangai kita sikit, kita serap perangai dia sikit -- so personaliti kitorang berdua dah reach equilibrium point dan sekarang tak ambik masa lama untuk faham each other :p Tengs sebab 'balance' kan personality saya.

Sanah helwah ya ukhti! Lagi 7 tahun awak dah masuk 30 xP Kerjalah dekat KL mana tau satu usrah lagi ke hihi

p/s: Macam mana banyaknya rahsia saya yang awak pegang, macam tu jugak rahsia awak dekat saya. So, jangan nak kuat membahan sangat eh





Thursday, May 02, 2019

Dean Village

Dean Village, Edinburgh
1st May 2019

(ok ni bukan dekat Dean Village)

(eh ni pun bukan)

*****

Haluuu saya dah jatuh hati lah dengan tempat ni U_U
Nottingham dah jatuh di tangga kedua nampaknya.