Sunday, December 31, 2017

To what extent does SOCMED(s) are needed

*Dah lama (yeke) tak buat post panjang macam ni. Saja pesan awal-awal supaya tak menyesal spend masa lama dekat sini huhu*


Salzburg, Austria

Tak lama lepas habis IB (last year) scroll lah balik timeline FB tahun 2010-2013 macam tu. Ada satu section di FB boleh buka balik 'activity' dulu-dulu. Jadi aku tekan satu per satu dan baca sendiri comment-comment merapu, conversation yang tak ke mana -- terus semuanya dibuang. Banyaknya tak terkira *Phew, lap peluh*.

"Tengah padam jahiliyah ke? Kehkehkeh" - Shafiqa

Aku dah agak ada orang perati dari belakang. Aku pandang dia dan buat muka "hekeleh" lantas sambung kembali kerja dalam mengikis karat-karat jahiliyah lama.

Sendiri malu dengan diri yang dulu. Takut akan ada masa, silam itu memakan diri jika tiada usaha untuk membuangnya. Kalau ditakdirkan aku mati dengan tinggalan yang menambahkan saham dosa, alangkah ruginya diri ni.

"Huhu lenguhnya jari buat benda ni." 
"Tahu, sebab tu aku buat FB baru terus." - Shafiqa

Mulanya  ada juga perancangan begitu. Tapi sayang pulak sebab ada beberapa folder gambar zaman sekolah dalam fb lama (yang di private untuk simpanan sendiri hahaha). Memang buat FB tu macam ggl drive, dah jadi tempat penyimpanan files.

Berjam-jam aku masih di situ dan rasa masih banyak lagi yang kena delete. Bayangkanlah kalau satu conversation dekat bahagian comment je dah nak beratus hmmm Akhirnya aku ambil keputusan untuk buang je acc lama dan wujudkan acc FB yang.

Jadi persoalannya, perlu ke buat yang baru? Tak boleh ke kalau tak ada langsung?

To what extent SOCMED(s) are really needed? -- atleast for me,


Image result for social media gif

K gais jaga-jaga, atas tu tadi semua intro. Rasa macam baru nak masuk part yang serius ni hahaha

Kalau tak silap (betulkan kalau salah), penghujung 2009 baru bermula wave ramai pindah ke FB daripada myspace (sis bukan generasi friendster hahaha). Tapi masa ni tiada lagi generasi pakcik-makcik, akak-akak bukak bisnes dan buat jualan runtuh di FB, walau FB Page dan FB group dah ada tapi tidaklah aktif mana. Masa tu adalah zaman create fb acc kalau tak main game, mesti saling singgah-menyinggah di wall kawan-kawan untuk bertegur sapa huhu

Pertengahan 2010 wave perpindahan (generasi guwe) dari FB ke twitter pula. Kiranya masa tu siapa dah guna twitter, FB mereka mula bersawang. Twitter suatu ketika dahulu sekadar serve the purpose untuk update apa yang dia tengah buat dan tidak kurang juga twitter acc dari Indonesia yang asyik "yuk follow yuk". Tapi twitter kini menjadi medan untuk membuat lawak hambar, budaya bashing, kutuk-mengutuk, menjatuhkan orang lain. Everything isn't as how it was before. -- nasihat aku, privatelah acc twitter anda. Walau dalam zaman screenshot dan viral ini anda masih tak dapat elakkan semua ni daripada berlaku, tapi dapatlah kurangkan sedikit kebarangkalian tu.

Join Instagram lambat sikit, after spm macam tu. Tapi rasanya member dah ramai buat insta penghujung 2012 gitu. Untuk rakyat marhaen seperti aku, purpose insta ni sama je dari dulu sampai sekarang aku tengok (advertisement tolak tepi jap). Socmed paling sekejap yang aku ada sebelum deactivate dan menyepi sekian lama. Sebab waktu tu tak clear apa yang insta ni boleh benefit pada aku. Mengikut kajian yang dibuat pun, instagram adalah laman sosial yang paling tidak membantu remaja.

Image result for social media gif
Okay... maybe that's not really the solely reason.

Mungkin selepas tarbiyah datang memberi salam.

Awal-awal di KMB dulu rasa overwhelmed sangat setiap kali bukak insta, twitter dan fb (malas nak hurai panjang mmm nanti jadi entri lain pulak hahaha). Jadi, langkah yang diambil adalah semua SOCMED dibuang huhu tapi kehidupan masa tu rasa bahagia dan tenang sangat. Mungkin otak dan fikiran kurang serabut melihat perangai manusia hehehe walau hidup hanya berkisar di KMB sahaja dan tak tahu update member lama langsung. Ok tak ada lah langsung sebab still keep in touch thru whatsapp.

Dedulu Insta tak boleh deactivate, ada pilihan delete je. Ingat lagi masa share dengan Shafiqa yang aku rasa nak delete insta,

"Masa datang perasaan nak delete tu, kau buat je terus. Kalau tangguh-tangguh nanti tak terbuat langsung." - Shafiqa

Aku seperti biasa, seorang adik yang sentiasa tsiqah dengan kakaknya (hahahaha) mengambil pandangan ini. Orang kedua yang aku share lepas buang insta adalah kakak naqibah aku sendiri. Biasalah bila dengan akak usrah ni sekali dengan "the why(s)" aku share.

Salah satu sebab dalam seribu alasan, aku shut down SOCMED bila rasa benda-benda ni yang mengawal hati aku, dan bukanlah sebaliknya. Seperti kapal yang dimasuki air akan tenggelam, begitu juga hati yang terlalu banyak dunia masuk ke dalamnya.

*Sigh*

Sebab aku tahu keadaan diri (iman) yang lemah dan tak mampu ketika itu, maka aku buang semuanya.


Salzburg, Austria

Perlu ke wujudkan SOCMED semula?

Hujung sem 4 aku berkenalan dengan seorang kakak BFG dari Aussie. Sembang-sembanglah dengan dia keperluan untuk ada insta dan sebagainya. Kak N kongsikan pada aku;

"Tapi sekarang ni mad'u kita generasi yang berhubung melalui SOCMED. Kadang-kadang untuk membina ikatan hati pun melalui SOCMED (huhu). Plus, untuk keep updated dengan keadaan mereka, SOCMED adalah salah satu alat yang boleh digunakan." - Kak N

Papp!

Balik dari selepas jumpa Kak N, terus whatsapp murobbi untuk consult dan minta pandangan patut atau tidak untuk create ig acc baru. Sejujurnya aku tak suka instagram ni sebab banyak grey area huhu tapi bila aku dah clear dengan keperluan benda ni, dan meletakkan beberapa guideline kepada diri sendiri maka, aku buatlah satu mmm

Dan bila rasa terlalu overwhelmed, atau mungkin niat aku dah lari -- aku akan deactivate to tajdid my niat back.

Just so we know, sebagai seorang hamba yang memahami tujuan hidupnya, sepatutnya kita dah mampu untuk bezakan 'alat dan matlamat'. Kenapa tak nak utilize alat yang tersedia ada. Lagi-lagi sekarang ni kita hidup dalam society yang luangkan banyak masa dengan smartphone dan SOCMED. Mad'u tu di hujung jari je sepatutnya huhuhu

Maka tidak hairanlah bila melihat ikhwah akhawat yang sentiasa berusaha menembusi media untuk menyebarkan fikrah Islam. Sebab kalau kita tidak menggunakannya, maka Jahiliyyah akan menguasainya.

Setiap dari kita akan ada tujuan yang berbeza. Orang yang berniaga mahu mencapai target pelanggannya, ada orang sekadar mahu berkongsi kehidupannya, agen MLM akan mencari mangsa-mangsanya, instafemes/twitfemes pula mahu aim followers ramai supaya boleh buat paid review. (tetibe teringat statement, "ingat jadi instafemes/twitfemes boleh buat duit ke" - hahaha say no more)

Walau tujuan kita berbeza, tapi janganlah hingga SOCMED itu memakan diri.

Selagi kita mempunyai guideline dan prinsip meletakkan dunia 'di tangan' inshaaAllah selamat.

Monday, December 11, 2017

Snowtinggham


Highfield Road, Nottingham
“Tidakkah kamu melihat bahawa Allah menggerakkan awan, kemudian mengumpulkannya, lalu Dia menjadikan bertindih-tindih, maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya. 
Dan Allah menurunkan dari langit, gunung-gunung berisi butiran-butiran es yang dijatuhkan kepada siapa pun yang dikehendaki-Nya, dan dipalingkan dari siapa pun yang dikehendaki-Nya. 
Kilauan kilat awan itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan.” (An-Nur:43)

Ended my tilawah and tadabbur after maghrib at this ayat :') Subhanallah, such a coincidence sebab hari ni salji turun dengan sangat lebat dekat Nottingham. Amazed at how Allah menyusun segala aturan. Dari sebesar-sebesar mengawal cuaca hingga sehalus-halus penyusunan kehidupan -- yang mungkin secara kasarnya hanya pada tilawah ayat berkisar salji je.

But, it's not a 'je' moment for me. I get the goosebumps bila Allah mengatur supaya aku membaca ayat tentang salji pada masa yang aku kira sangat tepat dengan apa yang berlaku sekitar.

Subhanallah for all of His creation, Subhanallah for all of His beautiful plans (:

Dunkirk, Nottingham

Hanya pada salji itu sahaja, aku dapat merasa cinta dan kasih sayang dari Dia. Kemudian disalurkan pula kepada orang sekeliling, dan cinta dari Tuhan yang mereka terima itu diekspresikan pula kepada aku.

Ibarat rantaian cinta yang tiada henti-henti.

Alhamdulillah for all of the uncountable love and blessings that we received endlessly.

Atas segala nikmat yang diterima moga kami ini akan sentiasa dimasukkan dalam golongan hambaNya yang sedikit, yakni hambaNya yang bersyukur. Bukanlah pula hambaNya yang kufur.

Moga juga cinta ini tidak akan berkurang dan pudar walau diberi nikmat setinggi bukit atau dihantar ujian seberat batu. Malah atas segala hal yang diterima bakal menambah dan menguatkan lagi cinta kita pada Allah Rabul A'lamiin (:


Jazakunallahu khairan kathira usrahmates for the love and affections :) Moga cinta-cinta ini membawa kita lebih erat dan akrab dengan Allah

(Missing one in the photo)




"Kalau boleh tiada satu saat pun dalam kehidupan kita keinginan terhadap Allah itu berkurang. Wana'uzubillah jika ketika itu Allah menarik nyawa kita maka alangkah ruginya kita." - X

Monday, December 04, 2017

By Time


"Assalamualaikum kak Ijan, akak sihat?"

This short line -- satu sapaan yang sangat cliche dari seseorang, tapi satu teguran yang aku tak boleh ignore walau ketika tu sedang kejar deadline coursework. Aku hentikan kerja sebentar dan anggap ini adalah 5mins break yang Allah hantarkan.

"Tetiba je teringat 🙈"

Perasaan aku waktu tu bercampur-baur. Gembira sebab dia ws dahulu. Segan dan malu sebab terasa mendapat teguran dari Allah, sepatutnya aku yang perlu tanyakan khabar dia sebelum dia berbuat begitu huhu

But, above all --

Dalam kelemasan tenggelam-timbul-tenggelam-timbul minggu ni kerana banyak perkara yang perlu diuruskan, coursework yang mesti disiapkan, progress test yang menjadi ukuran, dalam masa yang sama study tidak boleh ditinggalkan, termasuklah tuntutan-tuntutan lain yang dipertanggungjawabkan -- semuanya berlaku dalam 1 minggu dan tidak hairanlah mesej pendek sebegini cukup buat aku merasa tenang dan tersenyum hingga ke telinga kesan dari perasaan yang berbunga-bunga.


Mujur di library ketika itu ambil meja yang paling hujung, menghadap dinding lagi. Jadi, bolehlah aku nak senyum lama mana haha such a meaningful 5mins break ^^, terus bersemangat nak siapkan coursework waktu tu juga supaya lepas ni boleh terus fokus dengan preparation aktiviti bersama mereka esok hari (: 

Aku sambung untuk siapkan coursework sejauh mungkin sebab waktu tu ada 2 jam setengah lagi sebelum syura seterusnya bermula. Tiba masa aku terus siap-siap pulang ke rumah dan rupanya kegembiraan tadi tidak terhenti di situ sahaja; 

Bila masuk bilik, benda pertama yang aku nampak adalah ini


-- There's a cute card left on my table T^T tenkiu akak!

Such a small gesture but meaningful enough T^T sorrylah iolls memang cepat sensitif orangnya.  Muka macam kosong tapi hati tisu sobs. Benda kecil pun terasa besar. Lagi-lagi dalam minggu yang dirasakan sesak begini dan kalau orang tanya, "awak ok ke?" tu memang boleh menangis terus hahahahaha

Dalam kekalutan dunia, Allah hadirkan terus kekuatan itu melalui hamba-hambaNya (: 

Tapi, kecil di sudut hati aku bersyukur kerana masih disibukkan dengan kerja-kerja sebegini. Kerana aku yakin pada akhirnya, manusia itu memang akan dan sentiasa sibuk dan bersusah-payah. Allah pernah bersumpah dalam surah al-Balad;

"Sesungguhnya telah Kami ciptakan manusia itu berada dalam susah payah.” (90:4)

Cuma kita diberi pilihan atas hal apa yang kita mahu bersusah-payah? Jika tidak disibukkan dengan hal Islam, maka dia akan disibukkan dengan hal selain Islam. Tapi kita tak perasan yang lagi satu tu sebab

-- dah terbiasa

Analogi mudah: Nak tengok movie, tiba-tiba battery laptop habis. Nak charge tapi charger ada di tingkat bawah. Kita pun sangguplah turun atau suruh orang ambilkan atau cari charger orang lain atau apa-apa sahaja asalkan kita dapat tengok movie.

contoh lagi jelas tapi mungkin kurang relatable; Rompakan bank. Tak semudah tu nak ceroboh dan buat rompakan. Ntah seminggu ntah sebulan untuk mereka rancang secara rapi dan kemas. Semua tu menuntut masa dan strategi yang mendalam.

Maka, jika anda yang membaca sekarang sedang disibukkan dengan hal-hal kebaikan maka bersyukurlah (: Bersyukurlah atas masa-masa yang Allah telah selamatkan. Kerana bukankah masa-masa itu nanti akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.

Moga Allah lindungi kita daripada masa-masa yang dibazirkan.

"By time, Indeed, mankind is in loss. Except for those who have believed and done righteous deeds and advised each other to truth and advised each other to patience."
(al-Asr:1-3)

Nottingham > Sheffield

Friday, December 01, 2017

My Heart is A Kite


"My heart is a kite
held by a string
in the middle of the storm.

Oh Allah,
I'm not asking You
for a calmer storm.
Rather, I am asking You
for a thicker string.

Oh Allah,
I'm not asking You
to end this storm soon.
Rather, I am asking You
to make me stronger,
so that I may hang on longer
and see the rainbow
after the storm ends."

-Anon-


Dunkirk, 20th Nov 2017