Thursday, March 16, 2017

In the first place

"Kenapa awak pilih EEE?"


Had a great sharing with a final year EEE student just now. 

Up there-- was the first Qs she asked. Round table. Dalam 6 orang berikan jawapan. Ada seorang lagi, tapi terlewat sampai. Maka terlepaslah dia daripada soalan asas ini.

"Bukan apa. Akak tanya supaya bila kita rasa nak give up, this reason yang akan menguatkan kita kembali. The reason why we chose EEE in the very first place."


Indeed. Kalau asas tak kukuh macam mana nak proceed.


"Saya tidak memilih EEE tapi saya memilih Uni of Notts" -- yang dijawab dalam hati sebab tak semua akan faham akan alasannya.




Teringat usrah pertama di Notts, 

Murabbi agihkan 1 kad buat tiap orang. Diatasnya perlu menulis sebab-sebab kenapa memilih 'jalan ni'. Kad tu pulak perlu diletakkan di tempat-tempat yang kerap kita pandang.

"Supaya satu hari nanti bila kita diuji dengan mehnah dunia dan rasa nak berhenti, alasan-alasan ni akan menguatkan dan mengingatkan kita kenapa pun kita memilih jalan ni pada awalnya."

Kadang kita selalu terlepas pandang dengan sekecil-kecil perkara.

Niat dan muhasabah.

Sedang itu lah perkara yang perlu diingatkan dan diperbaharui sekerap mungkin. Apa pun yang mahu kita lakukan, pada akhirnya redha Allah itu yang mahu kita kejar.


يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِى عَلَى دِينِكَ


No comments:

Post a Comment

Have you said Alhamdulillah today?