Tuesday, November 01, 2016

Tawakal


Hari tu rasa nak cerita problem kita dekat housemate,
Jarang sebenarnya untuk ceritakan inner conflict ni dekat sesiapa.

Tapi kebetulan waktu tu juga housemate buka cerita someone. Kawan yang kita kenal.

Ujian yang dia lalui sangatlah menguji. Rasa diri sendiri pun tak mampu bayangkan kalau berada di tempat dia. Semoga pintu yang ditutup itu, Allah membuka 10 lagi pintu buat awak.

Teringat tentang konsep tawakal. Bagaimana seorang hamba tu seharusnya percaya dengan kerja Allah dengan mewakilkan Dia atas segala urusan kita. Urusan setelah kita berusaha dan akhirnya Allah lah yang akan mengaturkannya dengan sebaik-baik aturan.



Semoga kisah bagaimana awak mengakhiri IB dan menghadapi ujian-ujian tu menjadi qudwah buat yang mengetahui dan mengenali awak.

Nak dibandingkan dengan diri sendiri mungkin apa lah sangat yang Allah uji.

Terus terdiam.

Mungkin elok terus menjadi rahsia diri dan Allah.


No comments:

Post a Comment

Have you said Alhamdulillah today?