Monday, September 05, 2016

Let's redefine "yang terbaik"


"Saya cabar awak semua ni untuk belajar di luar negara!!!" - kata seseorang sebagai ucapan pembakar semangat calon spm di sebuah sekolah uhuk uhuk




Ingat lagi masa ni perhimpunan dekat dataran (kenapa bukan dalam dewan???) berdiri lagi sepanjang perhimpunan tu. Kata-kata semangat sebelum SPM. Tengok muka sorang-sorang semua dah lesu sebab penat berdiri. Tapi ucapan cikgu berapi-api nak bakar student bagi panas sebelum ambik SPM. Panas jugaklah matahari atas kepala tengah hari tu.

Walaupun ada 4 ke 5 orang kata diri ni macam lelaki (outlier betul pandangan ni) tapi moto "pantang dicabar" tu tak tertanam dalam diri huhu tak ingat dekat entry mana pernah cerita betapa teruknya perangai "tak kisah" ni. Jenis follow the flow. Tak kisah belajar mana lepas habis spm. Tak pernah aim tinggi. Tak pernah ada cita-cita nak belajar ke luar negara. Tak pernah terfikir nak ambik engineering dekat UK. Tak kisah apa akan terjadi lepas ni, just nak belajar pandai-pandai lepas tu nak jadi cikgu! hahaha

Sungguh tak terancang kehidupan seorang Shahizan yang dulu. Nak jadi cikgu atau apa pun perlu ada perancangan.


Jangan main-main 2103 tu :')

Akhirnya datang jugak kesedaran bahawa sindrom "tak kisah" ni bahaya sebenarnya. Tapi masih tak ada idea apa yang kena buat lepas SPM ni. Tak tau nak masuk uni mana. Jadi sepanjang F5 tu selalu sangat doa,

"ya Allah berikanlah aku segala kebaikan di dunia dan di akhirat yang aku ketahui dan yang tidak aku ketahui. Jauhilah aku dari segala keburukan di dunia dan di akhirat yang aku ketahui dan yang tidak aku ketahui."

Jumpa doa ni dalam majalah SOLUSI dekat PSS. Sangat tersentuh dengan doa ni sebab rasa diri ni lemah and tak tau apa yang terbaik pun untuk diri sendiri. Dekat PSS tu jugak terus hafal doa ni dan diamalkan selalu lepas solat, tiap kali hujan, antara azan-iqamat, waktu-waktu afdhal berdoa.

Alhamdulillah lepas keluar keputusan SPM, Allah hadiahkan satu tempat tarbiyah. Walaupun pada awalnya menangis sebab dapat program yang susah gila (katanya) tapi memang susah pun ok. Siapa buat IB taulah struggle nak dapat sijil tu macam mana huhahuha

And so, Alhamdulillah for the 2 years of tears and struggles T_T Allah permudahkan segala


KMB satu tanah tarbiyyah dan tanah bertuah yang tak pernah terfikir pun akan berjumpa dengan ramai orang yang baik-baik. Cikgu baik, makcik DS baik, makcik cleaner baik, senior baik, kawan yang baik, kucing-kucing pun baik :') Tempat yang mengajar tak ada jurang antara senior dan junior. Betapa mereka menyantuni junior yang baru masuk dengan perkara yang paling asas iaitu, "carilah Allah"

"Lihatlah pada qudwah Rasulullah yang menyantuni para sahabat yang baru masuk Islam. Akhlak sesama sahabat bagaimana yang dah lama masuk Islam dan yang baru sahaja masuk Islam. Belajarlah daripada sirah ansar dan muhajirin, tak ada isu senior buli junior pun. Malah saling membantu."

Kalaulah, kalau semua faham dan amalkan Islam yang sebenar. Cantik sangat Islam tu. Kalaulah benar Allah makbulkan doa saya sebelum SPM tu, benarlah ini kebaikan yang Dia hadiahkan. Tempat yang mendidik perasaan izzahnya dengan Islam. Yang menundukkan dan membawa erti kehambaan dalam diri saya.

"Bersyukurlah IB ni susah. Mungkin dari situ kita mula rasa manisnya pertolongan Allah dan kebergantungan dekat Dia" - senior


I just want us to re-define "kebaikan" sebenarnya

Apa erti "YANG TERBAIK" dalam hidup kita?

Belajar tinggi? Fly overseas? Gaji besar?


Kalau itu lah "TERBAIK" yang kita maknai, tak adil lah untuk orang yang tak berpeluang untuk ke sekolah, tak adil untuk yang belajar di tanah air sendiri, tak adil untuk buruh nelayan dan juga petani. Ironinya, bukankah Allah itu Maha Adil?


Ok sekarang cuba baca cerita dalam gambar bawah ni,

Stumbled upon this picture via twitter.

Eh dah baca belum perenggan dalam gambar ni?

Ok lah quote balik sebab mesti ada yang malas nak zoom in gambar ni;

"Adik-adik perlukah abang ulang? 
Nak doa, jangan doa nak dapat 9A ke, 8A ke, 7A ke atau beberapa A yang korang nak. Doalah: "Ya Allah, berikanlah keputusan yang terbaik untuk hidup aku."  
Kalau dapat 9A, belum tentu lagi terbaik untuk hidup kita. Ada member abang, dapat 10A, tapi satu uni pun dia tak dapat. Ada juga kawan abang yang lain, dia dapat 3A saja. Tapi terus dapat pergi luar negara. Sebab tu kena hati-hati dengan doa tu."

********

Ya betul, ada orang tak straight A pun masa SPM tapi rezeki untuk belajar di overseas. But, ain't agree with this writing because notice that, adakah "fly ke overseas" is the idea (target) dan kebaikan yang penulis tu maksudkan?

Hmmm

Adik-adik, perlukah kakak ulang?

Kalau belajar ke overseas akhirnya menjadikan awak lebih merasa hamba tentu-tentu itu yang terbaik. Kalau 10A pastu belajar dalam negara dan akhirnya lebih membawa awak lebih kenal dengan Pencipta, itu juga yang terbaik!

Teruskan doa yang terbaik dalam setiap perkara. Terbaik bukanlah fly ke overseas

Tapi sejauh mana takdir kehidupan tu membawa awak kepada Allah."

Biiznillah (:


6 comments:

Anonymous said...

mina nak exam pt3 ni. ibu ckp lambat lagi. haha
-shafiqa-

Anonymous said...

Perkataan "Buruh nelayan dan juga petani" adalah satu plagiat

Shahizan Azmi said...

Selalu lupa nama kau tak ada "h" dekat hujung (emoji garu dagu)

Shahizan Azmi said...

hahahaha kasi chance lah

waja1197 said...

Tahniah Shahizan.... From cg shukri, ex-sktms

Shahizan Azmi said...

huwaaa cikgu thanks! T^T Doakan kami semua