Saturday, June 04, 2016

That Stereotype


230516

1530 hrs



"Abang, kenapa macam sunyi je ni?"

"Kahkah habislah, mesti kau dah lambat ni"

"Huhu silaplah nak takut-takutkan aku. Tentatif yang dia bagi pendaftaran dari 2.30pm sampai 4.30pm. Kalau nak kata aku silap masa, aku counter dengan jadual dia kasi ni."

Mujur ibu tak ikut hantar sekali. Kalau tak mesti ibu risau sebab aku lambat (manada lambat sebenarnya huu) Kita sama-sama pegang prinsip ni kan -- kalau tak salah, tak ada apa yang perlu dirisaukan.

Maka aku dengan bergayanya tinggalkan beg roda bawah tangga blok F pehtu terus pergi dewan untuk daftar (selepas telefon kawan untuk tanya manakah gerangan manusia yang lain)

"Jan, kitorang dekat dewan dah ni. Tengah taklimat."

Alhamdulillah walaupun sampai tak awal sangat tapi dapat bilik tingkat 1 huhu sebab rummet tuliskan nama siap-siap. Mimi punyalah tak puas hati sebab dia datang awal dari aku tapi dapat tingkat 3 hahahaha


***************************************

Tak lama habis IB Exam terus dapat panggilan ke BTN. Aik rasa tak kena pulak perkataan "panggilan" tu. Nampak macam benda yang tiba-tiba hoho padahal sebelum exam dah tau pun tarikh dengan tempat.

Alhamdulillah tak perlu berebut isi nama dengan student lain untuk pilih tempat sekian-sekian. Sebab certain student dah di-cop kan namanya untuk BTN di kuarters KLIA. Tak sampai 30 orang rasanya dari KMB yang akan ke BTN kuarters KLIA. Yang lain akan ke BTN Klang, N9, etc (tak ingat hehe)

Mungkin ada yang google search tentang BTN di kuarters KLIA ni atau junior sekolah lama yang masih setia baca blog hakak (tsk terharu jap) yang akan ke BTN ke apa en. Jadi entri ni khas untuk anda. 

Walaupun aku sendiri takde lah sampai google search ke apa sebab tak terfikir pun. Baru habis exam kot huahua. Mungkin jugak sebab Shafiqa dulu BTN sini jadi apa-apa benda yang tak pasti terus rujuk dia. Kagum jugak bila dapat tau ada kengkawan yang google search pasal BTN ni.


Kepada sesiapa yang akan BTN di kuarters KLIA boleh bersyukur sekarang. 




Sebelum bercerita tentang apa BTN ni dengan penuh perasaan, eloklah kita beri gambaran tempat ni macam mana. Selalunya itulah antara alasan kenapa orang google search kan.




Ingat lagi penyelaras program cakap, "kami minta maaf tak dapat sediakan penginapan macam hotel"

Ya Rabbi, apa lagi yang kami mahukan? Tak tahu lah kalau dia cuba guna gaya bahasa litotes ke pe en huhu Apa yang mereka sediakan dah cukup selesa. Kalau nak cerita secara detail apa yang ada dalam bilik ni memang boleh timbulkan rasa eh, ni kem ke hapa?

Alhamdulillah, bilik yang disediakan adalah 2-3 orang sebilik. Almari baju setinggi siling disediakan, ruang ala dapur siap sinki pun ada di penjuru bilik. Tandas yang bersih, dan air yang laju (bak kata Anis). Ada satu pintu untuk ke bahagian luar yang aku rasa kalau ada mesin basuh hah boleh letak kat situ (eh tapi tak ada lah)

Bila kita cakap Kem BTN, maka ia tetap kem. Tak pernah jumpa mana-mana kem yang tak tekankan disiplin. Jadi ketepatan masa bukan suatu hal yang main-main lah kan. Kalau tak, habis kena bebel dengan Pakcik-pakcik bekas askar dengan polis.

Tapi rasa best je sebab itu memang nature pakcik-pakcik kan hahaha dan umur diorang pun plus minus macam ayah kita (dalam 50-60 an gitu) apa yang diorang bebelkan kita dengar dengan rasa hormat je. Tak terfikir pun untuk ambil hati ke apa.



Dataran kawad, tempat riadah etc yang selalunya akan dikendalikan oleh jurulatih-jurulatih (pakcik-pakcik askar) yang dalam garangnya ada juga kemesraan mereka (haa gitu). Tak perlu risau sebab orang kat sana baik-baik je.




Dewan makan yang awal-awalnya bolehlah nak duduk dengan member-member sebulu, se-kmb. Tapi bila dah dapat kumpulan masing-masing, kena makan ikut kumpulan. 

Walaupun waktu tu jumlah peserta 90 orang (sikit berbanding BTN dekat tempat lain) tapi sebab fasi tak ramai, so 1 kumpulan ada 15 orang. Dengar khabar BTN lain dalam 10-11 person/group walaupun pesertanya 140 orang.

Hahh makanya, sumbatlah 15 orang untuk 2 meja panjang ni. Time breakfast atau minum pagi macam hm ok ok lah lagi sebab tak berpeluh ke apa. Tapi lepas riadah terus dinner perasaan dia mashaaAllah. Tapi tengok muka semorang macam rileks je, so kita pun pura-puralah rileks. Eh ke diorang pun pura-pura jugak.

Huhu sookay, ada situasi berpura-pura itulah yang terbaik.


 Sebahagian ahli kumpulan

Sebahagian lagi dah tunggu kat dewan, sebahagian lagi dekat pondok guard nak pinjam bendera Malaysia dengan payung untuk malam persembahan huhahuha mekasih pakcik


 Dah tentu-tentu gambar atas ni bukan tempat untuk ambik whudu'.

Yaaa, ini tempat basuh pinggan setelah makan. Part of nak disiplinkan kitorang agaknya. Bersyukur jugak sebab selama ni duduk SABDA 5 tahun abang DM yang basuhkan pinggan. Masuk KMB pun akak DS basuhkan pinggan kita. Peluang untuk membasuh pinggan tu hanya di blok lepas buat megi atau di rumah sahaja.

Ruang basuh pinggan pun selesa, siap dibumbungkan lagi. Sabun basuh pinggan berderet. Nak ceritanya, kemudahan sana sangat bestlah.

Menu pun setiap hari lain-lain. Sedap pun saing-saing lauk KMB dah. Moga acik-acik yang masak lauk tu dimurahkan rezeki.



Tentu-tentu ramai yang menyampah bila dengar kena pergi BTN. Tapi kita suka je sebab kita faham yang kita akan belajar satu ilmu baru yang hanya tempat tertentu je kita akan dapat. Benda-benda yang memang dah ada pun dalam buku teks sejarah sekolah menengah tapi penerimaan masa dulu dengan sekarang tak sama. Punyalah struggle dulu nak hafal Astaghfirullah.

Mungkin dulu kita tahu, tapi sekarang kita faham.

Ramai je yang membawa stereotaip BTN ni adalah kem untuk mencuci fikiran kita. Tapi bukan sebenarnya, sebab BTN dekat kuarters KLIA ni tak doktrin kita dengan apa-apa unsur politik pun. Tiada unsur-unsur biased. Mungkin kedua belah pihak memang datang untuk mengajar dan belajar tentang sistem negara ni bagaimana. Maka, berlapang dada lah untuk menghadiri kem BTN untuk memudahkan penerimaan ilmu tu huhu

"BTN ni tidak mengganggu-gugat pegangan politik kita pun sebenarnya" -- quoted daripada ucapan wakil peserta dan dipersetujui oleh ramai orang. Kita tahu pandangan peserta lain bila kita duduk semeja dan sembang-sembang dengan mereka.

*Note: Tapi saya tidak menjanjikan BTN di tempat lain sama 100% seperti di sini huu

Suka sangat bila sampai ke penghujung program semua orang bawa satu perasan yang sama. Tanggapan masing-masing tentang BTN sebelum dan selepas pun dah tak sama. Rasa best BTN ni (despite the facilities) sebab semorang dekat sana best kot hahaha penyelaras program, jurulatih-jurulatih, penceramah, fasilitator, peserta-peserta semua hebat-hebat belaka (dan sangat best).

Persembahan setiap kumpulan pun sangatlah menarik. Rasa nak rakam je tapi sebab peraturan tak membenarkan sebarang rakaman di dalam dewan kan :'(




Alhamdulillah, sesi perbincangan pun jadi menarik sebab dapat groupmates yang best. Walaupun ada je waktu-waktu mata berair sebab tahan mengantuk dalam diam.

The best moment, ada sekali tu bila bukak pintu bilik LDK semorang tengah baca nama YDPA ramai-ramai sebab fasi nak tasmik nanti lol. Alhamdulillah semua lepas hahaha



Memang sengaja upload gambar yang semorang dah tak reti nak duduk diam. First time berkumpul dengan IBJPA student dari MCKK since JPA asingkan perempuan dengan lelaki punya tempat persediaan.


"budak laki KMB memang selalu kena macam ni eh?"

"Macam mana?"

"Duduk cangkung kat bawah"

huhuhuhuhu


Semua peserta tajaan JPA (dan 4 orang penaja lain) dari -- KMB, MCKK dan IMU


Presenting part of your future leaders, inshaaAllah.




4 comments:

Unknown said...

cijannnn, nanti kau fly manaaaa? hehe

sabmeera said...

Yes! BTN dkt kuartes KLIA best gilaaaaa haha. Nanti cijan fly mana eh? Btw, congrats dah habis IB :D

Shahizan Azmi said...

Kalau ada rezeki, inshaaAllah UK :')

Shahizan Azmi said...

mekasih akak ^^ rasa tak percaya je dah habis IB ni hahaha InshaaAllah UK (tengah tunggu result sebenarnya)